Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kos tunai haji masih tinggi - Ungku Aziz

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Tabung Haji disaran menurunkan lagi kos menunaikan haji secara muasasah yang masih lagi tinggi walaupun potongan lima peratus diberikan seperti yang diumumkan pada Bajet 2004 Jumaat lalu.

Pada masa yang sama Tabung Haji juga perlu memberi harga istimewa kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang mahu mengerjakan ibadah itu.

Pengasas Tabung Haji, Profesor Diraja Ungku Aziz yang mencadangkan perkara itu berkata, sekiranya masih sukar bagi Tabung Haji untuk memberikan diskaun yang lebih banyak, maka wajarlah potongan istimewa diberikan kepada mereka yang pertama kali mengerjakan haji dan golongan berpendapatan rendah.

``Kalau dengan sedikit diskaun lagi, Tabung Haji kata rugi, saya rasa tidak logik.

``Kalau betul pengurusan haji merugikan, buktikan secara terperinci kos-kos yang terlibat,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam Tabung Haji menjelaskan penurunan kos mengerjakan haji secara muasasah adalah di antara RM472 dan RM479 mulai tahun depan.

Dengan kadar baru itu, kos mengerjakan haji bagi Semenanjung ialah RM8,937 (turun RM472), Sarawak RM9,054 (turun RM476) dan Sabah RM9,096 (turun RM479).

Setelah Tabung Haji disamun, kini UMNO Baru sedang gairah untuk menelan FELDA pula.






___________________________
Terbitan : 19 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)