Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Penahanan Deposit RM10,000 oleh ODASAJA

Saya, untuk kepentingan dealers komputer Bumiputra ingin meminta pendapat pembaca. Ada beberapa orang rakan yang saya kenali (Bumiputra dealers kepada ODASAJA yang pernah mengendalikan pembelian komputer melalui wang KWSP) kini menghadapi masaalah mendapatkan balik wang deposit RM10,000 yang disimpan oleh ODASAJA SDN BHD.

ODASAJA telah mensyaratkan semua dealers yang ingin membekal komputer skim kwsp ini mestilah membayar RM10,000 untuk disimpan oleh ODASAJA SDN BHD. Rata rata ODASAJA telah menyimpan antara 2 tahun atau lebih 3 tahun dari mereka ini. Apabila Skim ini dimansuhkan oleh kerajaan lebih setahun dulu, Bumiputra dealers ini telah meminta dipulangkan wang RM10,000 itu. Tetapi ODASAJA mengatakan ianya akan dipulangkan hanya selepas 1 tahun dari penghantaran komputer terakhir kepada pembeli. Sekarang ramai yang telah sepatutnya layak menerima balik wang deposit RM10,000 mereka kerana telah melebihi 1 tahun tempoh yang diberikan alasan. Namun ODASAJA tetap enggan memulangkan wang berkenaan dengan cara mendiamkan diri apabila surat, email telah dihantar untuk menuntut balik wang itu.

Kami dapat membayangkan ODASAJA sudah mendapat pulangan yang terlalu banyak menerusi simpanan wang deposit dealers ini. Anggaran kami jumlah deposit dari semua dealers mungkin melebihi RM10 juta. Kalau dimasukkan kedalam fixed deposit bank, bayangkanlah berapa faedah yang diterima oleh ODASAJA setiap bulan. Mungkin juga ini menyebabkan ODASAJA terus mahu melengah-lengahkan pemulangan wang deposit berkenaan.

Dealers ini, (syarikat Bumiputra kecil) merasakan tidak berbaloi mengambil khidmat peguam kerana kos peguam akan merugikan mereka. Memang kita sedia maklum, kos guaman terlalu tinggi untuk tuntutan yang kecil pun (tetapi bagi Bumiputra kecilan ini RM10,000 amat diperlukan sangat untuk meneruskan perniagaan, lebih lebih lagi ramai yang sudah gulung tikar akibat pembatalan skim kwsp ini).

Saya ingin mendapatkan pandangan dari pembaca yang bijak pandai dan mungkin ada yang mempunyai bidang kuasa berkaitan agar dapat saya nasihatkan mereka (Bumiputra dealers) ini tindakan yang wajar diambil mereka.






___________________________
Terbitan : 1 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com