Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

EKSPLOITASI NAFSU WANITA

Sister in Islam (SIS) yang bernaung di bawah payung kuasa UMNO(baru) kononnya berjuang untuk wanita. Atas hasrat yang serupa, Mahathir melalui kuasa politiknya menubuhkan satu kementerian khas kononnya untuk menjaga kepentingan wanita. Disamping itu, Puteri UMNO(baru) ditubuhkan sebagai antara sayap utama UMNO(baru). Semua itu kononnya bertujuan untuk menjaga kepentingan wanita. Sejak mereka ditubuhkan, banyak perkara kontroversi yang membabitkan wanita-ulamak telah ditimbulkan, antaranya ulamak dilantik oleh kalangan lelaki oleh itu mereka hanya menafsir ugama dari pandangan lelaki lalu hanya kepentingan mereka saja yang diambil berat.

SIS mungkin pernah dengar " Nafsu wanita 9 dan akal wanita 1" sebaliknya "Nafsu lelaki1 dan akal pula 9". Sampai sekarang belum dengar apa apa komen dari SIS, Puteri UMNO(baru) dan Kementerial Hal Ehwal Wanita, khasnya Sharizat Jalil mengenai perkara ini.

Apakah pentingya SIS, Puteri UMNO(baru) dan Kementerian Hal Ehwal Wanita dengan mempertahankan kedurjanaan Mahathir dan rakan konspiratornya memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim ?.

Mahathir pula percaya bahawa melayu mudah lupa dan genetic mereka pula resesif - rujuk ucapan dan buku Delima Melayu. Untuk merealisasikan kepercayaan Mahathir itu, nafsu dan akal yang ada pada manusia lelaki dan wanita akan diekploitasi. 9 nafsu yang ada pada wanita itu digunakan sepenuhnya samada melalui SIS, Puteri UMNO(baru) atau Kementerian Hal Ehwal Wanita. Wanita-wanita Malaysia menjadi leka dengan rancangan propaganda jahat UMNO(baru)- Mahathir & Konspitaornya melalui program-program kewanitaan. Dalam masa yang sama usaha memburuk-buruk imej ulamak dan islam dilakukan serentak, Disebabkan oleh nafsu yang 9 dan akal yang 1 itulah, maka wanita seolah-olah menjadi agen utama menghentam undang-undang islam dan alim ulamak di Malaysia.

Adakah wanita rasa diri mereka digunakan sedemikian rupa oleh agen konspirator ala yahudi?.

Untuk menyedarinya, ialah wanita berkenaan perlu tahu bahawa dalam diri mereka ada 9 nafsu dan 1 akal. Sebaliknya wanita perlu tahu dan faham dalam lelaki pula ada 1 nafsu dan 9 akal. Soalnya, adakah wanita boleh terima kenyataan ini?. Atau menyalahkan lagi tafsiran yang dibuat keran pentafsir dulu dulu dari kalangan lelaki?. Jika wanita tahu dan faham semua ini, maka eksploitasi nafsu dan akal wanita oleh konspirator Mahathir akan melalui jalan payah.

Pengalaman sewaktu menaiki keretapi dari Butterworth - Kuala Lumpur suatu masa dulu sungguh lucu dengan wanita yang memiliki 9 nafsu dan 1 akal. Dalam gerabak sangat sesak dengan penumpang, nasib baik kerana dapat duduk di kerusi. Kerusi dibaris depan yang bertentangan, dipenuhi oleh Mat Terap(Askar) dalam full uniform. Tiba datang 3 wanita sambil memohon dari saya untuk duduk di kerusi saya dan dua lagi rakan yang lain. Wanita berkenaan nampak kuat. Kawan saya kata, wanita pun kena sama-sama dengan lelaki lain yang berdiri kerana baru boleh sama martabat mereka, selepas kawan saya kata begitu, askar askar di depan kami pun mempelawa tiga wanita berkenaan duduk di kerusi mereka dan askar askar itu pun berdiri. Kami bertiga selamba saja dan nampaknya askar dan wanita wanita itu seolah-olah bangga dengan cara mereka. Tidak sampai setengah jam, askar tadi duduk di atas lantai kereta api di tepi wanita-wanita tadi dan saya pun mula lelapkan mata, bila terjaga, nampak jelas di hadapan kami, ketiga-tiga askat tadi tidur lena sambil kepala dilentukkan di sisi peha wanita yang duduk di kerusi. Wanita wanita tadi kemudiannya senyap sunyi kerana dapat duduk di atas kerusi dan seolah-olah kepala lelaki yang dilentukkan itu tidak mendatangkan apa apa kemudaratan kepada mereka.

Inilah satu contoh ekploitasi 9 nafsu dan 1 akal wanita oleh lelaki. Pada hari ini, eksploitasi seperti ini berleluasa, di mana-mana dan tak kira masa. Cuma wanita sedar atau tidak. Yang lebih lagi ialah, ramai wanita bangga bila dilakukan sedemikian rupa. Hakikatnya, eksploitasi wanita oleh konspirator demi mempertahankan kedurjanaan mereka disedari oleh mereka atau tidak, tetapi ia tetap digunakan oleh konspirator untuk terus menggunakan 9 nafsu wanita untuk terus menutup kedurjanaan Mahathir dan rakan konspiratornya.






___________________________
Terbitan : 22 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)