Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Re: Surat Terbuka kepada Saudara Wan Ahmad Wan Sudin oleh Ariffin Deraman

Saudara Webmaster
Lanjutan kepada - Surat Terbuka kepada Saudara Wan Ahmad Wan Sudin oleh Ariffin Deraman

Saya meneliti perkembangan berhubung CWA (nama singkatan yang selalu digunakan di antara kami) dengan Tati dengan penuh keinsafan. Saya mengenalinya begitu dekat sekali. Jauh lebih dekat dari kebanyakan ahli PAS sendiri yang telah nampaknya dipengaruhi oleh CWA ini sehingga begitu mudah menerimanya mengetuai Tati Operation. Tidak dinafikan mungkin CWA ini mempunyai kebolehan memimpin Tati Operation jika diambil kira kelayakannya. Mungkin PAS memandangnya berkebolehan. Namun tulisan saudara Ariffin Deraman mengecewakan saya. Beliau nampaknya terlalu menyalahkan CWA kerana timbulnya isu ini. Mungkin sikap beliau yang selalu melihat keluar tanpa melihat ke dalam membuatkan isu tersebut tidak terjawab. Saya rasa saudara Arifin perlu lebih banyak memberi maklumat mengapa CWA di berhentikan.

1. Menurut Ariffin CWA diambil bekerja dengan Tati selepas beliau mengrekomenkan begitu. Kenapa harus begitu? Prosedur ini kalaulah ianya benar2 berlaku adalah merupakan satu ulangan yang pernah dilakukan oleh umno dulu. Ianya berasaskan favouratisma. Tidak rasa bersalahkah Ariffin yang memperjuangkan kesaksamaan?

2. CWA telah saya kenali terlibat dengan PAS demi satu tujuan. Dia akan menggunakan apa saja dan siapa saja serta apa cara sekalipun asalkan hajatnya tercapai jua. Pengalamannya semasa belajar dulu dapat membantunya. Saya pernah ucapkan perkataan yang sama depan kawan yang paling baik dengannya suatu ketika dulu yang membuatkannya tersedak. Saya tidak akan jelaskan lebih lanjut lagi perkara ini.

3. CWA telah berkunjung ke pejabar umno Kemaman sejak bulan february 2003 lagi. Apakah tujuan lawatan beliau kalau tidak ada muslihat yang dirancang.

4. CWA juga rapat dengan Hanapiah orang kanan ADUN Cukai.

5. ADUN Cukai yang hidup segan mati tak mahu mencacatkan perjuangan PAS yang saya sayangi.

6. Dari hari pertama CWA memegang jawatannya di Tati saya sudah dapat baca dari kata2nya yang dia akan mengumpul modal dan membuka peluang perniagaan seluas mungkin untuknya selepas tamat tempoh dua tahun nanti. Tapi kepada siapalah yang harus saya adukan kalaulah ADUN Cukai dan kuncu2nya asyik juga mempmirkan characteristik yang similar dengan yang dimiliki oleh CWA ini.

7. CWA membina pelbagai empayar untuk tujuan dirinya sendiri.

8. Walupun banyak mana yang akhbar perdana memburukkan PAS melalui CWA ini, sebenarnya tiada yang percaya.

9. Itulah sebabnya ramai yang sungguh menunggu-nunggu apakah sebab sebenar dia di pecat.

10. Malangmya Ariffin menari rentak music umno.

Saya yang terlalu sayangkan perjuangan lebih dari segala individu.






___________________________
Terbitan : 17 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)