SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bantuan kebajikan terus diberi kepada penerima yang layakKUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Pentadbiran Awam Negeri, Dato’ Haji Wan Abdul Muttalib Embong berkata, Kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan kebajikan kepada penerima yang layak. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Buruk berkata, setelah mengambil alih pemerintahan negeri selama tiga tahun setengah, kebajikan rakyat tetap dipelihara sepenuhnya. Malah, katanya kerajaan negeri berupaya menambahkan bantuan am bulanan kepada penerima berbanding kerajaan dahulu yang diakui memiliki kewangan yang kukuh. "Bantuan dan kebajikan adalah kewajipan pemerintah," katanya di Majlis Penyampaian Bantuan Am Bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Markaz Tarbiyah Kawasan Kuala Terengganu di Kampung Dusun, Kuala Ibai kira-kira tujuh kilometer dari sini, baru-baru ini.
Diterbitkan oleh : |