SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun TIADA SAR, MENGAPA MASIH ADA GOLONGAN PENGGANAS?Apabila kerajaan pusat memutuskan untuk tidak lagi memberikan bantuan perkapita ke atas Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (SAR), maka berkokoklah semua pemimpin-pemimpin UMNO menyetujui langkah tersebut. Pihak media juga tidak ketinggalan dalam memberikan reaksi dengan berbagai-bagai hujah yang dipetik dari kata-kata pemimpin politik berkenaan. Keseluruhan media massa yang dikongkong oleh kerajaan bersetuju dengan langkah tersebut. Di antara lain hujah mereka yang ingin melihat terkuburnya Sekolah Agama Rakyat tidak banyak bezanya dengan hujah-hujah pemimpin sekular Turki yang terkenal iaitu Kamal An-Tarturk sewaktu beliau berusaha sedaya upaya menghapuskan pengaruh Islam di bumi Turki. Hujah yang paling terkenal adalah bahawa sekolah agama ini akan melahirkan jenerasi yang pelampau ataupun pengganas. Pemimpin negara kita juga berkata begitu, di samping hujah cetek bahawa sekolah agama rakyat ini terlalu dhaif dan tidak akan melahirkan ilmuan yang boleh membantu meningkatkan imej negara. Apabila sekolah agama rakyat kini tidak lagi diberi bantuan perkapita, maka hiduplah sekolah agama rakyat ini bersendirian menumpang ehsan sesiapa yang masih lagi ingin melihat jenerasi Islam tulen wujud di bumi Malaysia ini. Kita menjangkakan, setelah sekolah agama rakyat ini disekat serta diperlecehkan sedemikian rupa, kita mungkin akan melihat era baru di mana sekolah bantuan penuh kerajaan mampu membuktikan bahawa kata-kata pemimpin politik itu benar bahawa jenerasi `pelampau' atau `pengganas' akan berkurangan di kalangan pelajar-pelajar. Namun, Allah telah membayar `cash' atau tunai akibat perbuatan mereka-mereka yang memusuhi kebangkitan Islam ini. Kita telah melihat sendiri apa yang berlaku dua tiga bulan kebelakangan ini. Siapakah golongan pengganas? Hampir setiap hari ada sahaja berita di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca TV melaporkan kejadian samseng dan pengganas di sekolah-sekolah. Apakah itu berlaku di sekolah agama rakyat? Bukan sahaja di sekolah-sekolah menengah, bahkan di sekolah-sekolah rendah dan juga di institusi-institusi pengajian tinggi juga berlaku masalah sosial ini. Apa yang berlaku sekarang, baru beberapa bulan sekolah agama rakyat dipinggirkan. Tidak dapat kita bayangkan jika sepuluh atau dua puluh tahun akan datang sekiranya sekolah agama rakyat tidak lagi wujud di bumi Malaysia ini. Isu sekolah agama rakyat bukan isu politik. Ia adalah berkaitan dengan pendidikan agama itu sendiri. Pengajian di dalam sekolah agama rakyat tidak sedikitpun boleh menjejaskan pembangunan negara apatahlagi boleh menghancurkan negara. Adakah statistik yang jelas membuktikan bahawa negara ini pernah diganggu gugat atau cuba dimusnahkan oleh mereka-mereka yang belajar di sekolah agama rakyat? Adakah kumpulan Al-Maunah itu dipimpin atau majoritinya adalah dari sekolah agama rakyat? Adakah yang menghilangkan wang PERWAJA, Tabung Haji, PPRT, dan berbagai lagi penyelewengan itu dari orang-orang yang bersekolah agama rakyat? Kita tidak nafikan ilmu yang lain juga penting untuk dipelajari, tetapi janganlah kita memperlekehkan mereka-mereka yang cenderung untuk belajar secara khusus di dalam pengajian agama di sekolah agama rakyat. Alangkah bertuahnya negara yang kita akui `Negara Islam' ini mempunyai jenerasi yang serba lengkap iaitu golongan profesional dan juga golongan Ulamak. Tidakkah kedua-duanya boleh bergabung tenaga bagi melahirkan negara yang maju dan membangun serta diredhai Allah? Sebelum terlewat, marilah kita sama-sama merenung kembali ke manakah arah tuju jenerasi di masa-masa akan datang. Janganlah sampai satu ketika di mana kita terpaksa menghantar anak-anak kita belajar agama di Thailand, Amerika, Perancis dan beberapa negara lagi yang masih memelihara sekolah agama bagi orang-orang Islam di negara mereka walaupun pemimpin mereka tidak pernah mendakwa negara mereka Negara Islam. Kita tentu impikan negara ini diperintah oleh pemimpin yang tawadhuk, bertawakkal serta bertakwa kepada Allah dan tidaklah nanti pemimpin ini bila berucap dalam pembentangan belanjawan negara sehingga terlupa terlucutnya waktu Asar. WallahuAklam!! ZULHAZMI NS
Diterbitkan oleh : |