SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PUTERI UMNO AKAN DIBENARKAN MENJAGA PETI UNDIPermatang Pauh - Puteri UMNo akan dibenarkan menjaga peti undi dalam pilihan raya umum negara kali ini. Demikian menurut YB Mat Sabu sewaktu berceramah di hadapan ribuan pendengar di Parlimen Permatang Pauh semalam. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga telah menjelaskan bahawa terdapat satu komplot yang melibatkan SPR dan juga Puteri UMNO dalam menangani masaalah yang bakal di hadapi oleh UMNO menjelang pilihanraya yang akan datang. Ini bagi memaksimakan kekalahan di kawasan yang terpilih. Tindakan ini dilihat berikutan kekalahan UMNO dalam pilihanraya lepas terutamanya di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Ceramah julung kalinya yang dibuat di tempat awam ini nampaknya mendapat kerjasama yang baik dari pasukan keselamatan dan ramai yang tidak menyalahkan pihak berkuasa dalam menanggani masalah untuk mendengar ceramah di kawasan Permatang Pauh. Jika arahan yang diberikan oleh pihak atasan, bagaimana pihak bawahan boleh melanggarnya. Ini semua adalah tekanan politik UMNO. Selain itu juga , beliau sempat menyampaikan salam dari Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail , Ahli Parlimen Permatang Pauh yang kini mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat berhubung dengan jemputan dari beberapa pihak di sana , juga dari pihak ISNA, Persatuan Muslim Amerika Utara. Seterusnya YB Mohd Sabu menjelaskan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh dakwaannya itu dan menunjukkan bahawa surat bukti memberikan kebenaran kepada Puteri UMNO untuk menjaga peti undi bagi seluruh Negara. "Saya dan YB Husam akan menyoal dalam Parlimen berhubung sepucuk surat yang dihantar oleh Ketua Puteri UMNO kepada Datuk Rashid Pengerusi SPR yang kemudiannya memanjangkan kepada kakitangan bawahannya supaya satu tindakan diambil dalam hal tersebut, iaitu membenarkan puteri UMNO menjadi ketua peti pos dan sebagainya yang harus di uruskan oleh SPR tetapi diberikan kepada puteri UMNO". "Nampaknya SPR pula cuba di nodai oleh UMNO selepas badan kehakiman", demikian jelas YB Mohd Sabu lagi. Ceramah semalam berjaya mengumpul hampir RM2500 dan ini merupakan satu rekod terbaik sejak ceramah di tempat terbuka di haramkan. Jika tidak, telah lama BA berjaya membina bangunan sendiri terutamanya di Permatang Pauh jika tidak kerana sekatan yang di kenakan. Sementara itu, dalam siaran RTM semalam , kempen memburukkan Parlimen Permatang Pauh telah bermula. Para penduduk Permatang Pauh telah mula menyedari akan hal ini dan telah menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat setempat. Menurut seorang penduduk yang ditemui, beliau " menjelaskan bahawa UMNO dan RTM memang bodoh kerana mempermainkan isu Permatang Pauh. Adakah Penduduk Permatang Pauh akan mengundi UMNO kerana memburukkan tempat mereka, akai tak dak" Demikian jelas jelas penduduk Permatang Pauh yang ditemui. Budak Penang
Diterbitkan oleh : |