SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Wakaf Masjid Pekan Kuala Selangor Di Cabul Semula ?Setelah ahli kariah Masjid Pekan Kuala Selangor merasa lega untu seketika apabila `isu pencabulan` sekeping tanah wakaf dapat diatasi dengan tindakan Pegawai Daerah Kuala Selangor menghantar surat rasmi memohon maaf diatas keterlanjuran Encik Mohd Amin Jaya YDP Majlis Dareah Kuala Selangor `merompak` tanah berkenaan tanpa merujuk terlebih dulu kepada kepada pihak pentadbir masjid terlibat, kini isu itu diberitakan hangat kembali. Kehangatan itu berikutan ura-ura Amin Jaya akan `merampas` semula tanah wakaf berkenaan untuk mempastikan pembinaan projek Jalan Masuk Ke Taman Alam Kuala Selangor disiapkan tanpa sebarang masalah. Sedangkan menurut formula penyelesaian yang diajukan oleh Pegawai Daerah Kuala Selangor kepada pihak pentadbir masjid, tanah wakaf tersebut tidak akan dilibatkan lagi dalam projek berkenaan. Satu `kawasan alternatif` yang berhampiran telah dicadangkan sebagai `entrance` baru kepada projek tersebut untuk mengelakkan tanah wakaf tadi dari dilibatkan. Kerja-kerja meruntuhkan sebahagian dari bangunan sementara sedia ada yang berada dikawasan alternatif tadi telah pun dijalankan untuk cadangan `entrance` baru itu. Melihat perkembangan itu,pihak pentadbir masjid dan ahli-ahli kariah cukup yakin tanah wakaf masjid mereka akan terselamat.Namun apabila mereka mendapat maklum ura-ura Amin Jaya akan tetap menceroboh tanah wakaf tersebut untuk menyiapkan projek kebanggaannya itu,suasana kembali tegang. Kali ini di fahamkan kononnya MDKS telah mendapat perkenan DYM Sultan Selangor untuk mengambil tanah wakaf masjid berkenaan sekaligus memansuhkan `formula penyelesaian ` terdahulu. Kebanyakan ahli kariah amat meragui kesahihan perkenan Sultan itu. Kata mereka “ Tidak mustahil,manusia seperti Amin Jaya akan berbuat apa sahaja untuk menghalalkan tindakan rakusnya,dia boleh menjual nama siapa saja,termasuk nama Sultan.” Menurut mereka lagi, Pegawai Daerah yang mengajukan` formula penyelesaian` tadi,telah pun dipindahkan ke Sabak Bernam pada 16 September lalu.Kemungkinan Amin Jaya mengambil kesempatan untuk memansuhkan `formula penyelesaian` berkenaan dengan mempengaruhi dan memberi taklimat yang tidak benar kepada Pegawai Daerah baru En.Shamsuddin Lias. Seterusnya mereka mendesak agar pihak pentadbir masjid kariah Pekan Kuala Selangor menyiasat dan mengambil tindakan yang wajar sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. “ AJK Masjid jangan tidur lagi…ini soal wakaf yang melibatkan syara`.Tiada siapa pun yang boleh mengatasi hukum Allah,walau macam mana pun tinggi kedudukannya.” “ Keegoan Amin Jaya yang kerap mendabik dada sebagai “orang kanan” Dato Noh Omar ,bukan tiket untuk dia mencabul hak masjid serta menyakiti hati kami.Jangan sampai kami sembahyang hajat beramai-ramai untuk memohon dari Allah menurunkan peringatan kepada manusia yang tak sedar diri seperti dia dan dua tiga orang baruanya.”demikian ingatan diberi oleh salah seorang AJK masjid yang meminta identitinya dirahsiakan. Sesungguhnya penjawat awam seperti Amin Jaya yang tidak pernah mengisafi bahawa gaji yang diperolehinnya untuk menyara anak isteri dibayar oleh rakyat,tidak seharusnya diberi ruang untuk menyalah gunakan kuasanya. Dia duduk dikerusi empuk selaku Yang Di Pertua Majlis Daerah bukan hanya untuk membela kepentingan seorang dua kontarktor.Sebanyak mana RM yang mungkin didapat disauk dari kontraktor berkenaan untuk mengisi temboloknya ,jangan sekali-kali dibayar dengan pencabulan hukum hakam dan sensitiviti umat Islam Pekan Kuala Selangor yang amat menyayangi tanah wakaf masjid mereka. Dolah Dagang.
Diterbitkan oleh : |