Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Semakin Pemilu hampir, Semakin Reda Reformasi

Assalamualaikum,

Saya seperti reformis yang lain, selalu mencari-cari berita terkini. Persoalannya, kenapa site seperti Laman Reformasi tidak diupdate? Sudah terlalu lama. Adakah Laman Reformasi sudah mati? Bagaimana dengan laman-laman yang lain? Adakah reformasi sudah mati? Separuh jalan sahaja?

Ada penulis yang merungut laman-laman web keadilan juga tidak diupdate. Mana pegi webmasters? Nasib baik TranungKite masih beroperasi, kita masih lagi dapat berita-berita terkini, yang memang tiada kat tempat lain. Oleh itu kita mesti terus kekalkan laman TranungKite untuk terus beroperasi. Kepada pengunjung-pengunjung sekelian, bolehlah support Laman ini sebanyak yang termampu.

Bila difikir kembali, teringat akan sikap bangsa Melayu, yang dilabelkan oleh Mahadey tu sebagai sungguh mudah lupa. Adakah kita semua sudah lupa? Lupakah kita betapa pengecutnya si Maha untuk hadir ke Mahkamah bila disubpoena Anwar? Ni ke wira dunia ketiga, kononnya pemimpin terbilang? Taik kucing lah.

Adakah kita semua sudah lalai? Sibuk dengan hal-hal duniawi, mencari duit? Saudara-saudara semua, jangan tersilap. Saya congak-congak, apesal pulak PM seumur hidup nak resign dan cabut lari? Adekah kerana ekonomi kita tunggu masa sahaja untuk jatuh kembali?

Sejak 1998, kerajaan Malaysia sentiasa di dalam defisit belanjawan. Adakah hutang-hutang dengan Jepun yang akan mula dibayar tak lama lagi tidak mampu dibayar Malaysia? Nampak gayanya, kenalah kita perhabis sebanyak mungkin simpanan-simpanan semulajadi Malaysia hanya untuk dijual untuk membayar hutang. Inikah sebab yang buat Mahadey cabut dulu, biar semua shit kat orang lain?

Ekonomi Malaysia sebenarnya tidak berkembang. Mahadey telah pun inflate ekonomi dengan pump priming. Eksport Malaysia banding dengan awal tahun 2000 dulu, sama sahaja. Domestic consumption telah meningkat, kerana peningkatan pump priming. Tetapi kebanyakan pump priming adalah untuk benda benda sia sia, bukannya yang menghasilkan pulangan. Contoh kat Terengganu ni senang saja, roboh pagar, buat pagar. Semua orang tau. Ni kerja sia-sia. Dah ada pagar, apesal dirobohkan pulak?

Cuba kita congak sekali imbas, GDP malaysia lebih kurang RM400 billion. Petronas sahaja ialah RM70 billion, TNB 15 billion(?), Telekom 11 Billion, state Governments RM 5 billion, Fed Gov RM105 billion dll. Bila dicampur semua, lebih 60% GDP ialah kerajaan. B2B hanyalah 40%. Ini jelah swasta yang betul. Cuba banding dengan Amerika contohnya, ekonomi RM 44,000 billion. Kerajaan Amerika hanyalah RM5,000 billion daripada total GDP = 11%. Tapi Malaysia, melebihi 25% (utk kerajaan pusat sahaja).

So bila saya tengok belanjawan yang dibentang kan oleh Piem arie tu, saya tidak percaya. Bagaimana ekonomi akan berkembang jika kerajaan mengurangkan belanjawan (relatif kepada ekonomi). Sudah pasti ekonomi akan turun. Macam prediction yang diguna Madey tidak betul. Macam ni 2004 pun sama saja dgn 2003, banyak supplementary budget. Walaubagaimana pun saya gembira Mahadey menaikkan belanjawan untuk pendidikan dengan ketara nya sejak dua tahun lepas. Harap supaya duit itu bukan untuk buat pagar dll sahaja.

Nampak gaya kita kena lebih bersedia untuk membayar hutang-piutang yang banyak itu. Jangan kita lalai dgn kehidupan seharian, sampai lupa tentang bagaimana kita boleh berbuat baik di dunia, untuk kebaikan semua. Setiap keluarga, sepatutnya menyediakan belanja yang khusus untuk pendidikan (buku dsb) dan bersedekah untuk perjuangan yang anda sokong (macam MCA dengan UTAR nya, manakah kita?). Jangan kita asyik membeli rokok sahaja. Sapa-sapa yang merokok tu, tolong berenti, guna duit tu untuk benda yang lebih baik dan banyak pulangannya.

Saya rasa semua orang sedar, betapa Islam sekarang ini cukup tertekan, to the breaking point. Lihat sahaja bagaimana senang Israel menyerang Syria, masuk dengan cepat tanpa diketahui oleh Syria. Atau Syria berkomplot dengan Yahudi? Bayangkan betapa senang bagi mereka untuk menyerang Mekah, dan memusnahkan Kaabah jika mereka mahu, kononnya itu sarang pengganas. Apa kita nak buat? Biar sahaja?

Pemimpin negara Islam yang sekarang ni dok kat kelumpo tu, semuanya tumpul-tumpul belaka. Hormat jauh sekali. Semuanya pentingkan diri sendiri sahaja. Mahadey betul bila berkata kita mesti mengalahkan Yahudi dengan akal fikiran. So apalagi? Invest for education, for the future.

Webmasters keADILan, LR dll silalah update site masing-masing. Tugas kan staff yang dedicated. PAS pun sama juga. Kutipan RM2000 satu ceramah amatlah sedikit. We really need to drive the people forward. Rakyat akan berasa bangga akan hasil sumbangan mereka jika digunakan dengan sebaik-baiknya. Bagi saya, tidak ada transparency akan wang kutipan yang dibelanjakan. Mengapa dibelanjakan ke sesuatu tempat dan apakah pulangannya. Biar rakyat lihat sendiri. Selepas itu, duit akan terus datang, dan semakin banyak. Ni macam gotong royong lah jugak. Kita nak Tabung-tabung ini publish bimonthly di Internet, akan simpanan mereka dan belanja mereka. Biar rakyat menilai sendiri. Apakah status kewangan parti keADILan atau PAS? Healthy ke? Nazak ke?

Publish it! Ni sampai websites tak update, susahlah.

Wassalam

Engineer Terengganu






___________________________
Terbitan : 22 Oktober 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)