SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Khir Toyo mengamuk pasal benderaOleh: Hantu Raya SS. Semakin hampir pilihanraya, Khir Toyo semakin ketakutan. Dengan tenaga yang masih tinggal sedikit dan nyawa penghujung, dia terus mengamuk. Kali ini objek serangannya ialah bendera PAS yang banyak dikibarkan rakyat sekitar kawasannya. Maka diarahnyalah Majlis Daerah Sabak Bernam, Pejabat Tanah dan polis untuk melaksanakan niat jahat dan dendam kesumatnya itu !. Majlis Daerah Sabak Bernam bersama kuncu-kuncunya yang terpaksa melaksanakan tugas kotor itu pun berangkat dengan segala kelangkapan canggih dan ‘ bala tentera ‘ satu platun, seperti hendak pergi berperang dengan musuh. Padahal yang hendak mereka musnah dan ‘ serang ‘ itu cuma sehelai kain berwarna hijau dan ditengahnya ada warna putih. Bendera PAS lah tuuuu !. Dengan rakus dan tanpa tatasosila kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam dan kuncu-kuncunya pun menebang, menurunkan dan memanjat bendera-bendera tersebut. Untuk supaya jangan nampak sangat ‘ dengki ‘, bendera UMNO yang ada dua tiga helai pun turut diturunkan juga. Sebenarnya, mereka yang bertindak begitu sudah hilang pertimbangan akal waras dan kehilangan idea sebagai sebuah jabatan dan kakitangan kerajaan yang berslogankan: Bersih, Cekap, Amanah ( Slogan yang popular suatu ketika dulu, tapi kini sudah jadi pekasam dan masuk muzium ! ). Ketua-ketua jabatan yang melaksanakan arahan Khir Toyo itu macamlah kerbau dicucuk hidung. Sunyi senyap dan penakut untuk memberikan pandangan bernas bagaimana hendak melakukan tugas supaya tidak dipandang rakyat sebagai golongan tidak beretika dan bersopan santun sebagai orang Islam dan berada dalam negera Islam ( Isytihar ). Ramai orang-orang UMNO yang kali pertama bendera mereka jadi mangsa ( Orang-orang PAS tak hairan pun sebab dah selalu kena…. ) merungut dan melenting dengan tindakan menurunkan bendera secara rakus dan ganas itu. Ada yang mengatakan , kalau nak turunkan bendera,biar bendera PAS sahaja. Sebab itu bendera parti pembangkang. Bendera UMNO bendera parti kerajaan yang memerintah. Mana boleh dibuat begitu !. Bagi orang-orang PAS pula mereka hanya beristighfar panjang melihatkan gelagat demikian. Mereka kesal kenapa tindakan begitu terpaksa dilakukan dengan membazirkan tenaga, wang ringgit ( minyak kenderanan ) dan masa selain menjadikan pekerja-pekerja terbabit merasa malu sendiri bersua dengan orang ramai yang menyaksikan perbuatan mereka. Secara kebetulan pula ramai yang menyaksikan itu adalah kenalan malah sanak saudara mereka !. Tidak bolehkah pihak yang berkenaan itu menulis arahan di sekeping surat dan ditujukan kepada ketua-ketua parti terbabit , supaya semua bendera diturunkan secara hormat ?. Bukankah cara begitu lebih berkesan, lebih sopan dan lebih mesra rakyatnya ?. Bukankah cara begitu dapat menyelamatkan maruah ramai kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam, Pejabat Tanah dan anggota polis dari dicerca dan dicemuh rakyat yang memberi wang gaji mereka untuk makan minum mereka sekeluarga ?. Kisah bendera diserang oleh Khir Toyo sudah berakhir dan akan jadi satu sejarah kepada rakyat bagaimana ‘ busuk dan dendam’ Khir Toyo kepada musuh politiknya. Dia sangka dia akan jadi MB selamanya. Ingatlah Khir, Dato’ Harun Idris yang pernah jadi MB Selangor dengan banyak kejayaan dilakukannya, baru saja meninggalkan kita. Kalau Allah Yarham dulu banyak membela rakyat, maka pujianlah akan disebut dan begitulah sebaliknya ….. Cuma satu rakyat Selangor hendak cabar dan tuntut janji Khir Toyo : Bila lagi hendak turunkan papan tanda kedai yang ada iklan minuman keras/ arak di seluruh negeri Selangor ?. Sekarang papan tanda itu masih nampak tak berubah pun . Malah ada yang bertambah di setengah pekan !. Dulu cakap berdegar-degar hendak hapuskan papan tanda yang ada iklan arak ?. Sekarang apa dah jadi wahai ‘ Saidina Omar UMNO ‘ ?. Habuk pun tarak !. Poooorah !.
Diterbitkan oleh : |