SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bersetuju dengan pendapat Nenek Mahsuriassalamualaikum... Terlebih dahulu biarla saya perkenalkan diri sebagai cucu nenek mahsuri.Saya teramat bersetuju dengan pendapat nenek mahsuri dalam suatu artikelnya.Ianya berkaitan dengan seorang Pakar MotiBASI di Ittar Langkawi suatu ketika dahulu yang juga merupakan Ketua Eksekutif Ittar Langkawi.Walaupun Ittar Langkawi telah ditutup atas sebab2 tertentu,tapi kenangan pahit yang sering menganggu pemikiran saya semasa di Ittat langkawi sukar untuk diluputkan.Saya tidak pernah salahkan sikap insan lain di pihak atasan.Tetapi sikap Pakar motiBasi ini teramat saya kesalkan.Hanya dia seorang!!! Mungkin saya hanya menurut kata hati kerana marahkan dia,tapi tanyalah siapa sahaja betch ittarian 2002. Siapa tak kenal dengan perangai besar kepala,BONGKAK,sombong,ego,sukar menerima alasan pelajar yang dianggap bersalah dan langsung tak memberi peluang pelajar untuk berubah.Pakai motibasi itu sememangnya TAK LAYAK langsung dinobatkan atas pangkat itu memandangkan dalamannya penuh bangkai busuk yang hitam. Saya pernah ditengking di depan kakitangan office.Tak bolehkah bercakap secara elok kerana apa sangat salah saya saya kalau nak dibandingkan dengan cara dia menengking bertalu-talu. Saya menangis berjuraian airmata meminta dia bertenang dan bawa berbincang secara in person.Tapi malangnya...dia lebih puas hati kalau ada yang menonton dan berbisik-bisik di belakang.Malunya saya tak terkata lantaran tiada siapa yang dapat saya adukan.Setelah hampir setahun saya mendiamkan diri dan agak berdendam...suatu hari saya terbaca artikel penulisan nenek mahsuri lantas saya bertekad untuk membuka cerita ini.Nenek... Pakar MotiBasi itu pernah menyumpah saya bahawa saya tak akan tenang dalam hidup.Tapi saya langsung tak berpegang pada kata-katanya kerana bimbang saya akan patah semangat.Alhamdulillah...akhirnya saya kini berjaya menempatkan diri di salah sebuah IPTA di negara ini.Saya yakin Allah ada bersama saya untuk memohon apa saja.Cuma di sini ingin sekali saya nyatakan saya teramat kesal kerana saya terpilih ke matrikulasi yang dipimpin oleh Pakar Motibasi tersebut.Mujurla ianya ditutup...tidak sanggup rasanya saya membiarkan junior saya mengalami nasib yang mungkin sama seperti saya.Itu saja setakat ini.Harap sangat Pakar MotiBasi itu terbaca artikel saya ni. Sekian... Assalamualaikum,sayang nenek!!
Diterbitkan oleh : |