SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Komen mengenai Ceramah LiveAssalamulaikum, Tranungkite.net, Saya adalah seorang mahasiswa yg menuntut di Amerika. Saya ingin memberi komen terhadap tranungkite.net dan terutamanya harakahdaily.net mengenai rakaman audio yg di buat terhadap ceramah-ceramah PAS. Saya mengharapakan setiap ceramah hendaklah dirakam dan di uploadkan ke website tranungkite.net atau pun harakahdaily.net secepat mungkin agar kami di sini dapat bersama-sama mendengar pesanan-pesanan yg ingin di tujukan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Harap maklum bahawa, 'timing' yang di pilih untuk ceramah-ceramah PAS agak tidak sesuai dengan jadual kami di sini. Ini adalah kerana, kebanyakan kami di sini adalah pelajar-pelajar yang sibuk dengan kuliah-kuliah kami di sini. Saya agak dukacita kerana tidak sempat mengikuti ceramah "memartabatkan Darul Iman" pd 2/10/03 kerana terpaksa pergi ke kuliah. Di harapkan juga, agar ceramah-ceramah daripada penceramah-penceramah yang popular harus juga di uploadkan kedalam website anda agar dapat kami peroleh manafaat daripadanya. Ini adalah perkara yang tidak boleh di pandang ringan, kerana mahasiswa-mahasiswa adalah kumpulan yang amat penting dalam perjuangan PAS. Saya harap ceramah-ceramah yang di beri oleh penceramah berikut lebih di beri perhatian :- 1) Tuan Guru Nik Aziz2) Tuan Guru Abdul Hadi Awang 3) Datuk Harun Din 4) Dato Ismail Kamus 5) Dato Hassan Ali Di harapkan, permintaan saya ini di beri perhatian serious kerana ceramah-ceramah ini banyak menyedarkan masyarakat melayu di sini. Sekian Terima Kasih. Hezir Effez USA
Diterbitkan oleh : |