SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun TV3 : Butakah atau buat-buat tidak nampakRabu: 10:00 malam, TV3 - Berkumandanglah ke udara rancangan 'The Agency' ke seluruh tanahair sebuah negara yang dikatakan 'Islam'. Rancangan ini mengisahkan bagaimana sebuah badan perisikan terkemuka dunia iaitu CIA menjalankan jarum halusnya untuk menghancurkan gerakan-gerakan Islam disebabkan mereka dari golongan pengebom berani mati. Kebetulan banyak badan-badan perisikan yang terlibat dengan misi ini. Antaranya Mossad. Di ceriterakan di dalam siri ini bahawa mereka bekerjasama untuk membanteras kumpulan berani mati di Arab Saudi. Saya tidak sanggup untuk mengikuti secara keseluruhan siri ini. Namun, hati saya ingin menjerit mengapakah siri ini boleh ditayangkan untuk tontonan umum di sebuah negara yang majoritinya masyarakat Islam. Secara langsung melabelkan orang Islam sebagai pengganas, sementara pasukan wira-wira dunia ini bekerjasama dengan perisik Yahudi untuk menghapuskan golongan yang dilabelkan sebagai pengganas. Di manakah rasionalnya siri ini. Dan mengapa ianya diluluskan untuk tontonan. Apakah kita ini golongan anti Islam untuk melihat rancangan yang secara terang-terang menghina saudara dan agama kita. Melihat secara terperinci bagaimana perisik-perisik CIA menusukkan jarum2 halusnya menghancurkan keamanan sebuah negara. Apakah pandangan orang bukan Islam apabila terpengaruh dengan dakyah halus orang yang bencikan Islam. Mengapakah menteri yang terbabit meluluskan rancangan yang sedemikian rupa. Wahai saudara-saudara islamku. Aku meminta agar bersatulah kita. Haramkanlah rancangan yang merosakkan akhlak dan rasional gologan muda Islam. Serlahkanlah mana yang hak dan mana yang batil. Sesungguhnya aku memohon usaha sekelumit diri ini menaip e-mail ini diberkati robul jalil. Amin. -Ibn. Rashid-
Diterbitkan oleh : |