SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pengundi Kelantan akan Tolak Zaid IbrahimMemang sahihlah! Zaid Ibrahim ini kepala batu dan tidak pandai berpolitik walaupun dia adalah peguam Melayu terkemuka. Orang yang memilih beliau sebagai timbalan pengerusi UMNO Kelantan juga berkepala begitu kerana memilih manusia anti-Hudud no 1 Malaysia sebagai pemimpin UMNO no 2 Kelantan! Bermula dengan beberapa tahun dahulu menyaman kedua-dua Kelantan dan Terengganu dari melaksanakan Hudud. Selepas itu menarik balik saman keatas Terengganu dan hanya mengekalkan saman keatas Kelantan sahaja. Walaupun melekat dengan imej anti-Hudud, Perhubungan UMNO Kelantan melantik Zaid menjadi orang nombor 2 UMNO Kelantan. Mari kita bayangkan sejenak. Dalam suasana rakyat Kelantan secara keseluruhannya, termasuk ahli UMNO, mahukan penerapan nilai-nilai Islam di Kelantan, UMNO membatukan kepalanya lalu melantik Zaid yang mendabik dada menjadi pembantah Hudud sebagai orang nombor 2 UMNO Kelantan. Cerdik dan sesuaikah perlantikan itu? Mari kita analisakan. Dalam politik, soal imej amat penting, sepenting kesahihan sesuatu isu itu sendiri. Kini, kerana tindakan beliau sendiri, imej Zaid memang dikaitkan dengan anti-Hudud, walaupun Zaid mungkin berkeras mengatakan Hudud Kelantan bukan Hudud sebenar. Soal Hudud Kelantan Hudud sebenar atau tidak, itu soal kedua. Imej Zaid sudah tercalar sebagai anti-Hudud. Justeru, masuk akalkah untuk UMNO membatukan kepalanya melantik manusia anti-Hudud sebagai pemimpin nombor 2nya di 'negeri Islam Kelantan' itu! Adakah Kelantan memang amat ketandusan pemimpin hinggakan pemimpin yang ada masalah imej anti-Hudud pun dijulang sedemikian rupa? Atau memang UMNO pusat tidak lagi menaruh harapan untuk kembali merampas Kelantan lalu bertindak sekadar mencukupkan korum sahaja? Mungkinkak itulah sebabnya? Hinggakan kaki-ampu seperti Ibrahim Ali juga pernah dijulang UMNO Kelantan, lantas beliau membuat projek-projek kolot seperti membawa artis-artis popular Kelantan. Seolah-olah pengundi Kelantan 'pelahapkan' (laparkan) hiburan lantas akan mengundi UMNO dengan janji 'jika diundi semula memerintah Kelantan, UMNO akan membawa semula konsert dan kegiatan-kegiatan maksiat yang lain'. Kita kembali kepada isu Zaid. Akhir-akhir ini imej anti-Hudud Zaid makin menggila nampaknya. Selepas dia dinobatkan dengan saman anti-Hudud keatas Kelantan dan Terengganu, Zaid meneruskan pengukuhan imej anti-Hududnya dengan menimbulkan pula isu 'bodoh-sombong' bab liwat dalam enakmen Hudud Kelantan. Isu itu walaupun bukan isu dan lebih banyak memakan tuan, melonjakkan lagi imej Zaid sebagai anti-Hudud. Padan muka! Syabas Zaid! Tidak cukup dengan bab liwat itu, sekali lagi Zaid memberanikan ('berani-bodoh') diri menyaman pula Kerajaan Terengganu demi melarang pelaksanaan enakmen Hudud di Terengganu pula. Maka lengkaplah penjolakan imej Zaid sebagai pemimpin anti-Hudud nombor 1 di Malaysia. Apakah Zaid memikirkan imej anti-Hudud yang disuburkan berkali-kali ini akan disukai pengundi-pengundi Kelantan? Apakah gamaknya pandangan mereka terhadap Zaid dan UMNO Kelantan? Saya yakin mereka, terutamanya pengundi-pengundi PAS dan atas pagar semakin membenci Zaid dan UMNO Kelantan oleh kerana isu ini. Tidak mustahil pengundi bukan-totok UMNO juga akan merasa meluat dengan Zaid dan sekaligus UMNO Kelantan. Justeru, UMNO Kelantan perlulah memuhasabahkan diri dari terus melakukan projek-projek bodoh sombong sebagaimana yang dilakukan Zaid Ibrahim ini jika berangan-angan merampas kembali tampuk pemerintahan Negeri Kilat'pang' itu. Zaid mungkin perlu dimandi-bungakan sebelum UMNO Kelantan di'mandi' dan di'kafan'kan sekali lagi di Kelantan! Wassalam.. Mat Pas Penulis merupakan bekas ahli UMNO yang menyertai PAS selepas DSAI dipecat dan dihina (dan isu terbaru kononnya DSAI ada kaitan dengan terorism tidak akan mengubah pendirian penulis. Itu semua isu 'tahi lembu kering'!)
Diterbitkan oleh : |