Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Cakap Tak Serupa Bikin

Dimuka depan Berita Minggu hari ini, 5/10/2003, berikut adalah sedutan komen Mahathir tentang fitnah. Tau pun dia "Dalam Islam, orang yang fitnah adalah lebih dahsyat daripada orang yang membunuh". Kenapa pula dia tak pernah insaf dan bertaubat diatas apa yang dilakukannya keatas DSAI? Apakah kepentingan peribadi dan politik mengatasi segala galanya. Yang dosa menjadi halal dilakukan? Inikah nilai pemimpin yang patut kita agung agungkan. Sehinggakan kerana hendak membuktikan kepada dunia yang rakyat Malaysia menyayangi dia, maka diberi hadiah sebuah rumah kepada sesiapa yang mengahantar SMS yang terbaik sempena menghargai sumbangannya memimpin negara selama lebih dua dekad? Dia wajib memohon ampun dari DSAI sebelum terlambat!

Berikut sedutan lapuran tersebut:

[Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, Pas sekali lagi menabur fitnah apabila mendakwa Kerajaan Pusat hanya memperjuangkan Islam yang diklonkan dan bukan Islam sejati menurut kehendak sebenar.

Beliau berkata, dunia sudah mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam termasuk 1.3 bilion umat Islam sejagat yang memuji negara ini serta menganggap Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

“Dalam Islam, orang yang fitnah adalah lebih dahsyat daripada orang yang membunuh. Adalah dilarang bagi umat Islam untuk melempar fitnah, tetapi Pas sekarang buat fitnah lagi.

“Dunia sudah melihat Malaysia sebagai negara Islam contoh. Ini politik parti Pas lah. Politik mereka bukan Islam kerana kalau Islam, sudah lama mereka mengaku kita betul,” katanya].






___________________________
Terbitan : 10 Oktober 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)