Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

RAYUAN DERMA UNTUK KHIDMAT MASYARAKAT

PAS KG PDG TEMESU, DERANG, 06400 POKOK SENA, KEDAH.
TEL: 04-7824039 HP: 012-4672186
Emel: khidmat_masyarakat@yahoo.com


Tanggal: Jumaat 28 Syaaban 1424H / 24 Oktober 2003M

Assalamu ‘Alaikum…

Ke hadapan:

Semua Penderma Budiman di seluruh negara.

RAYUAN DERMA UNTUK KHIDMAT MASYARAKAT DI BULAN RAMADHAN MUBARAK 1424H

Semua Saudara-Saudari yang dirahmati Allah SWT.

Apa khabar? Didoakan pihak Saudara dan Saudari berada di dalam keadaan terbaik dan memberansangkan di ketika ini. Bersyukurlah atas segala Nikmat yang diberikanNya selama ini. Seperti mana yang sedia dimaklumi, setiap kita mempunyai ibu bapa, sanak saudara dan kaum keluarga yang telah meninggal mahupun yang masih hidup. Mereka amat memerlukan sumbangan dan doa daripada Anda. Kerana itu sempena, Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, kami mempelawa Saudara dan Saudari untuk bersama-sama dengan kami melakukan kerja-kerja kebajikan itu. Berdasarkan maksud sebuah Hadis Nabi Muhammad SAW.: Kebajikan yang dilakukan di Ramadhan ini akan berlipatganda ganjarannya. Antara yang bakal kami lakukan adalah membantu anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal / tinggal, orang-orang tua melarat, orang miskin, orang-orang cacat, rumah orang-orang tua dan dana pendidikan dan sebagainya yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat seperti bala bencana, banjir, ribut, kemalangan dan sebagainya. Semuanya program itu telah terdapat dalam plan tahunan kami. Sebenarnya, semua program itu adalah berterusan tanpa mengira masa dan musim. Medan operasi semua program itu, kami utamakan di Parlimen Pokok Sena, Kedah, Malaysia. Setakat ini, sejak lima tahun kebelakangan ini, ramai yang telah mendapat manfaat dan faedah daripada program-program yang dilakukan.

BAGAIMANA CARANYA

Bersama-sama dengan rasa percaya dan yakin Saudara dan Saudari kepada kami, sila bagi respons yang terbaik kepada emel ini dengan menghulurkan sumbangan kewangan dan apa sahaja yang sesuai kepada kami untuk disalurkan kepada yang berhak menerimanya. Jangan lupa untuk menyertakan nama dan alamat lengkap untuk kami menghantar surat rasmi yang lengkap dengan segala dokumennya, akaun bank, alamat kami dan sebagainya yang berkaitan. Jika boleh bertindaklah dalam kadar segera kepada:

BENDAHARI PAS CAWANGAN KG PDG TEMESU, DERANG,
06400 POKOK SENA, KEDAH.

(Dalam bentuk apa sahaja; cek, wang pos. )

Mereka yang menjadi ahli dan penyokong kepada Gerakan Islam adalah dialu-alukan dan menjadi kewajipan Anda. Kerana sebagai muslim, hidup kita mesti tidak terlepas daripada menyokong Gerakan Islam yang berusaha mendirikan sebuah kedaulatan Islam di Bumi Malaysia ini, Insya Allah. Atas perhatian dan kerjasama Saudara dan Saudari, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah SWT. terus memberkati hidup dan harta benda milik Saudara-Saudari yang dibelanjakan di JalanNya, Amin.

Terima kasih.

“SELAMAT MEMIMPIN MALAYSIA BARU : MENUJU KEMENANGAN”

Salam Perjuangan,
ISMAIL HASHIM

Emel: khidmat_masyarakat@yahoo.com






___________________________
Terbitan : 29 Oktober 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)