Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

MARILAH KITA RAYAKAN TAHUN INI TANPA DR.M!!!

Dalam siri e.mahathir yang telah disiarkan sekarang ini, terlalu banyak fakta yang dipusing supaya pemikiran rakyat Malaysia terutama generasi muda yang dikatakan semakin tidak mengenali sejarah itu kucar-kacir tentang sejarah negara. Dan ketika ini, PM dan konco-konconya mengambil peluang untuk memutarbelitkan fakta sejarah negara. Di sini diperturunkan PEMBOHONGAN FAKTA sejarah tanahair kita yang tercinta ini berkenaan dengan PM Mahathir itu.

Dalam slot e.mahathir itu, dikatakan bahawa PM terlibat secara langsung dan memimpin gerakan rakyat menentang Malayan Union. Fakta sejarah ini TERANG DAN NYATA satu putarbelit untuk mengelirukan generasi muda negara oleh Mahathir dan juak-juaknya.

Berdasarkan rekod yang ada dalam sejarah negara berkenaan dengan penentangan rakyat ke atas cadangan penubuhan Malayan Union itu, dinyatakan banyak berlaku demonstrasi di seluruh negara dan daripada demo tersebut, sebanyak 5 PERHIMPUNAN yang dikatakan paling signifikan iaitu ;

i. Perhimpunan rakyat di Istana Balai Besar Johor Bahru
ii. Perhimpunan rakyat di Balai Istana Besar di Alor Setar
iii. Perhimpunan rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
iv. Perhimpunan rakyat di Sungai Ujung, Negeri Sembilan
v. Perhimpunan rakyat di Padang Bandaran di Seberang Perai

Dalam kesemua perhimpunan yang besar ini, nama MAHATHIR tidak pun ada dalam catatan sejarah samada sebagai penggerak, penganjur mahupun pemidato Kecuali disebutkan beberapa nama seperti T.A.Razak, Onn Jaafar, Ustaz Ahmad Bedawi (ulama' yang merupakan bapa kepada pak lah) dan beberapa nama lagi. Mahathir memang tidak ada dalam senarai semasa perhimpunan besar-besaran membantah Malayan Union itu tetapi di dalam slot E.M itu dinyatakan betapa PM lah yang menjadi penggerak kepada kebangkitan rakyat! Inilah contoh yang JELAS betapa terdesaknya PM untuk memartabatkan namanya sebagai pejuang bangsa sekalipun cuba menafikan pejuang-pejuang lain yang lebih ulung dari beliau!!!
Sejarah tidak pernah membohongi kita, Cuma sejarah boleh diputarbelit supaya disalah terima oleh golongan yang jahil dan pelupa macam umno tu. Golongan pengamal media yang hidupnya mencari makan dengan Umno akan menggunakan segala-galanya untuk memuja pemimpin tempat mereka cari makan. Kalau tidak 'rezeki' mereka akan tercicir. Pulak tu mereka bukan ada pertimbangan halal haram, maka mereka akan paparkan apa sahaja yang boleh memuja pemimpin mereka agar syoru mereka dapat berterusan.
Teruskanlah usaha anda memaparkan sejarah yg sebenarnya. Hakikat tentang sejarah Malayan Union tidak ramai yang tahu.
Dokumen dalam arkib negara menunjukkan orang yang mencadangkan Malayan Union ialah Tunku Abdul Rahman. Tujuannya untuk mengetahui sentimen rakyat. Kemudian disuruh pula UMNo uamh menentangnya untuk meningkatkan nama UMNO.
British memberi restu sebelum gagasan itu dilakukan pemimpin UMNO. Jika tiada jasa, UMNO tidak diiktiraf rakyat. Ketika itu Parti negara, KMM dan PKM sedang membentuk nama dan mencari pengaruh. Dokumen tentang Malayan Union masih tersimpan dalam Arkib negera. Peraturan umum Arkib bahawa hanya selepas 50 tahun kematian tokoh barulah dokumen itu akan dibuka umum.
Tunggulah tahun 2038 nanti, semua rakyat akan tahu siapa sebenarnya UMNO. Sendiwara ala-Maunah itu pernah dilakukan UMNO dalam kes Malayan Union. Kalau tak percaya tanya Prof Ramlah Adam dari UKM.
Benarkah desas-desus mengatakan PM bakal bersara akan ditangkap selepas meletakkan jawatan di atas kesalahan-kesalahan beliau selama memerintah negara ini? dan inilah menyebabkan ada kalangan rep. oic mengatakan PM jangan bersara lagi dan mungkin inilah alasan untuk PM menarik balik hasrat meletakkan jawatan itu? Apakah benar desas-desus ini? dan semua orang tahu, polis yang akan menahan penjenayah terletak di bawah KDN iaitu kementerian bawah Dolah Badawi?





___________________________
Terbitan : 28 Oktober 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)