KENYATAN MEDIA PROGRAM GEMA RAKYAT PERKASA
DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR.
Penghargaan khas kepada Saudari Ahmad Lutfi Othman di Majlis Penutup Program Gema Rakyat Perkasa pada 23 Oktober 2003 di Taman Melewar.
Satu Ceramah Umum sempena Majlis Penutup Program tersebut akan diadakan pada 23 Oktober ini bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar. Barisan penceramah terdiri daripada YB Tn. Hj. Mohamad Sabu , Saudara Mustafa Kamil Ayub dan pimpinan Pemuda Negeri Pada majlis tersebut juga pihak Dewan Pemuda Selangor akan menyampaikan penghargaan kepada Saudara Ahmad Lutfi Othman bagi mengenang jasa dan komitmen beliau membongkar kesalahan rasuah Khir Toyo dan seterusnya melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah.
Bermula dari 18 hingga 23 Oktober 2003 ini Dewan Pemuda PAS Selangor menganjurkan program Gema Rakyat Perkasa yang melibatkan seluruh kawasan dalam negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran dan ingatan rakyat berhubung laporan rasuah oleh Saudara Ahmad Lutfi Othman dan PAS Selangor terhadap Menteri Besar Selangor Dr. Khir Toyo yang sehingga hari ini tiada sebarang tindakan walaupun sudah dua tahun berlalu.
Sepanjang tempoh tersebut berbagai program telah disusun, antaranya ceramah pada setiap malam di setiap kawasan, menaikan 1000 kain rentang berkaitan dengan kes rasuah Dr. Khir Toyo, edaran risalah dan lain-lain.
Majlis pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Sdra. Salahudin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di Kompleks PAS Sg. Burong Tanjung Karang pada 11 Oktober yang lalu.
Yang benar,
JAMZURI ARDANI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor
___________________________
Terbitan : 27 Oktober 2003
Ke atas
Home