SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Penulisan ini di tujukan kepada Tuan MGG PillaiTuan. Pillai, Saya salah saorang penggemar membaca penulisan tuan dari dulu sampai ke sekarang.Lewat lewat ini kita sering membaca di dalam akhbar akhbar luar dalam internet sebok bercakap tentang kejatuhan prestasi ekonomi Amerika Syarikat dan penurunan nilai mata wang dollar.Jesteru itu mata wang Ringgit pun merosot juga berbanding dengan mata wang asing yang lain. Olih kerana Ringgit di ikat pada dollar dengan kadar RM3.8 pada satu dollar US dan tidak ketahui kadar berapa kah dengan Euro atau Yen. Sudah tentu ianya merosot juga bahkan lebih terok lagi.Pekembangan terbaru Yan di anggar mengukuh ke tahap 105 pada awal tahun depan dan Euro pun lkut berubah menjadi mahal berbanding denggan US dollar. Apa yang membuat saya kurang senang dengan dasar kerajaan Malaysia dalam hal ini,Mahathir dan Bank negara ashyik mempromosikan orang orang kaya iaitu pengilang dan pengeksport sahaja dengan mencanangkan bahawa barangan kita akan lebih laku lagi apabila nilai mata wang Ringgit menurun iaitu eksport kita akan bertambah.Tetapi apakah akibat keatas kita orang biasa dan gulongan bawahan ini yang tidak mengilang dan mengeksport barangan yang bergantung pada makan gaji sahaja atau gulkongan bawah kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang apabila barangan import menjadi semakin mahal. Sebut sahaja barangan asas yang kita guna dan makan hari ini,beras(bernas),gula,enjin proton, gandum dan parts kenderaan,ikan(Thailand, Indonesia) dan banyak lagi barangan kegunaan harian peratus besarnya di import.Sudah tentu harganya meningkat menjadi mahal apabila nilai ringgit merosot.Pada ingatan saya Mahathir tak pernahpun berucap mengatakan perlu di tingkat kan nilai Ringgit supaya inflasi yang terok tidak berlaku. Thailand yang sarat dilanda kegawatan ekonomi lima tahun dahulu dan mengambil bantuan IMF didapati lebih stabil lagi dari Malaysia tanpa mingikat Bhat kepada US dollar.Sekarang ini mata wang Bhat sudah meningkat nilainya kebawah USD 40 dan akan meningkat lagi mungkin menjadi lebih baik dari RM3.80.Pada hemat saya sudah tentu rakyat jelata Thailand menyokong dasar ekonomi nya yang sedan di laksanakan olih PM Taksin apabila merasai keadaan barangan murah dan tiada inflasi. Saya kira peniaga peniaga Thailand lagi cekap dan bijak lagi mengira pertukaran mata wang asing ini daripada peniaga peniaga Malaysia.Tanpa mengikat mati kadar mata wang Bhat dengan US dollar seperti Ringgit pun Thai Bhat bolih di stabilkan seperti hari ini dan akan menjadi labih baik lagi dari mata wang Ringgit. Sekarang ini sudah jelas dasar Mahathir mengikat mati ringgit di tahap RM3.80 itu adalah muslihatnya menjaga kepentingan orang orang kaya dan gulongan tertentu sahaja yang saya kira agak malas bersusah payah dan berfikir lebih. Lewat lewat ini di jangkakan nilai mata wang China Yuen pun akan di apungkan mungkin 6% olih kerana Amerika syarikat sentiasa menekan China berbuat demikian untuk mengimbangkan perbezaan dagangan. .Apabila ini berlaku saya rasa tekanan keatas ringgit menjadi lebih bahaya lagi.Di masa itu apabila ringgit mula di "adjustkan" sudah tentu akan menjadi lebih susut nilai lagi berbanding dengan Thai Bhat atau dollar HongKong atau Yen.Bahkan mungkin ringgit akan menjadi macam wang Rupiah Indonesia. Tuan Pillai sebagai saorang penulis yang ber wibawa tolong lah tulis satu rencana mengenai keburokan dan kecelakaan yang mungkin berlaku keatas Malaysia sekiranya lambat bertindak menyelaraskan mata wang ringgit ini. Tolonglah buka mata pandangan dan minda kami ini yang berpendapatan rendah ini. Yang Benar Penghijrah
Diterbitkan oleh : |