SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Respons kepada Treasurer Adil Pdg SeraiA'kum & salam sejahtera , Seharusnya kenyataan yang dibuat oleh saudara Lim Boon Lang ( Padang Serai) , haruslah dijadikan satu panduan agar kesilapan yang serupa tidak diulangi oleh mana-mana ahli BA . Tegurannya ikhlas & harus diterima dengan hati yang terbuka demi kebaikan BA. Nampaknya saudara Nasir (ketua Pemuda Pas Kedah) masih tidak faham senario & keadaan semasa,dlm menjana kemenangan , namun hanya dilihat sebagai retorik semangat yang tidak bertempat. Saudara Nasir perlu memahami uslub dakwah dalam politik baginda s.a.w......yang banyak menekankan aspek psikologi dalam sebarang tindakan. Jika tidak dibendung , tercetusnya ucapan-ucapan yang hanya akan menakutkan pengundi-pengundi bukan Melayu dari barisan kepimpinan Pas maka ianya amat merugikan.Jangan terlalu emosi & mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada parti semata-mata untuk menujukkan semangat yg. tak berasas. Saudara Nasir tidak perlu berucap sedemikian untuk menawan Kedah, adalah lebih baik saudara mengaturkan strategi bagaimana untuk menambah penyokong & bagaimana untuk menawan hati pengundi bukan Melayu untuk membantu menjayakan misi tawan Kedah. Ucapan sahaja tak dapat menjayakan misi menawan Kedah tapi gerakkerja yang sempurna & kebijaksanaan dalam permainan politik , berserta dengan doa. Saya menyeru saudara Nasir agar memohon maaf kepada kaum bukan Melayu seandainya benar...ucapan itu telah menghilangkan keyakinan meraka kpd Pas & pakatan BA.Seperkara lagi diingatkan cuba elak dari "Cakap Besar" kerana dalamnya wujud sifat takkabur yang dibenci Allah , cubalah jadi hamba yg zuhud & ikhlas dalam berdakwah. Terimalah ini sebagai teguran yg ikhlas dari saya demi kebaikan parti & pakatan BA.wassalam *Kepada pembaca bukan Islam sila hantarkan lebih banyak teguran kepada kami barisan Pemuda jika terdapat salh & silap agar kami dapat memperbaikinya Thanks to saudara Lim Boon Lang wassalam Ikwanul Muslimin, Pemuda Pas Penang
Diterbitkan oleh : |