|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
THEY DIDN'T GO TO SCHOOL AT ALL
Fas alul ahlaz zikr inkuntum la ta'lamun
tanyalah yang ahli jika kamu tak tahu
yang halal jelas
yang haram jelas
antara kedua ada kesamaran
jangan jadi tikus membaiki labu
apologetik
kalau Quran dah kata haram
maka haramlah adanya
masalah satu dunia ekonominya pakai sistem riba
bank konvensional pakai sistem riba
tidak boleh menjadi rasional
untuk menghalalkan
apa yang Allah telah haramkan
sekarang bukan setakat debu-debu riba
semua terlibat dengan riba
alternatifnya
kena cari
kena perkenalkan dengan sistem Islam
itu yang ramai gerun
yang ramai kurang seronok
sebab sudah mangli (immuned to) dengan sistem riba
bila ada orang cerita bab riba
jadi emosional
sebab teman-teman sedara mara kerja di bank riba
risau
nak jaga hati kawan
konon
tapi kita jarang berusaha untuk menjaga hati Tuhan
keredhaan Allah
nanti akan ada pendakwah loyar buruk bertanya
ALLAH ADA HATI KE?????
Kita sewajarnya akur
dengan apa yang tarnaqal dalam Al Quran
ALLAH MENGHARAMKAN RIBA
masalah rakyat satu negara mengamalkan riba
itu persoalan lain
hukum tetap hukum
masalah manusia tak nak jalan hukum
macam hudud
adalah entiti yang berbeza
sama macam tutup aurat
gadis tutup aurat masih berasmara di bawah pokok kelapa
perlakuan berasmara itu haram
dan ia tidak membatalkan
keperluan menutup aurat.
Apabila sesuatu urusan diserah kepada yang bukan ahli
tunggulah saat kiamatnya.
Ironis zaman ini
banyak tukang bagi fatwa instant
macam mee segera
ulamak internet (?)
bagitu cepat memberi hukum
inilah musibah apabila
orang tidak berilmu membuat fatwa
jadilah seperti tikus membaiki labu.
Ini sajak untuk
mereka yang tidak sekolah
THEY DIDN'T GO TO (RELIGIOUS) SCHOOL
tiba-tiba apabila belajar di Amerika
nampak Islam
mereka terus baca banyak buku
ilmu bukan di buku
kalau ilmu itu ada dalam buku
nescaya
tuan punya
PUSTAKA ANTARA
di Jalan Tunku Abdul Rahman
menjadi manusia yang paling banyak ilmu
tetapi ilmu itu adalah di dalam dada
yang disimbahi nur dan hidayah.
Maka janganlah tergiur dengan mereka yang berlagak
banyak ilmu
quote kitab itu kitab ini
quote hadith nombor berapa
sahih ke dhaif ke mauquf ke
tetapi akhlak tidak mensohorkan
manusia yang beramal dengan ilmu
tawadhuk
mendegar bicara orang lain
tidak keras kepala
tidak menghukum pendakwah lain
tidak menghukum jamaah lain
tidak menyesatkan orang lain
tidak mengkafirkan orang lain
kalau kita jumpa manusia jenis macam ini
ingatlah syair Arab
APA YANG KELUAR DARIPADA MULUT
AKAN MASUK KE DALAM TELIGA
APA YANG KELUAR DARIPADA HATI
AKAN MASUK KE DALAM HATI.
Langkah yang paling ideal
just IGNORE.
oleh : Pena Sentubung
___________________________
Terbitan : 21 Oktober 2003
Ke atas
Home
Diterbitkan oleh : Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
|