Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PAK LAH DAH MULA TUNJUK TARING

“Menggunakan proxy wartawan luar memburukkan Anwar terlibat terroris”

PAK LAH DAH MULA TUNJUK TARING

Terjemahan Sumber FAC Oleh :Wartwan Rasmi Laman Reformasi.

Belum pun menjadi Perdana Menteri, nampaknya Pak Lah telah kehadapan menutup mulut lawan sebenar beliau di Pulau Pinang dengan menuduh Anwar terlibat dengan terroris. Kenyataan muka depan Berita Harian sebenarnya cuba menunjukkan bahawa beliau sebenarnya lebih licik dari Mahathir tetapi kurang bijak dalam menanggani sesuatu perkara.

Melalui proxy dan peranan Kalimullah Hassan orang kuat BERNAMA dan kroni Pak Lah, mereka menggunakan media asing untuk lebih menyakinkan pihak Antarabangsa bahawa Anwar terlibat melalui Institute Kajian Islam Antarabangsa . Kalimullah juga adalah merupakan bekas setiausaha Ghafar Baba yang juga turut terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar.

Pada 22 Oktober baru-baru ini , system siaran swasta Ausralia SBS telah menyiarkan rencana berhubung kaitan Anwar dan Dr Rahim Ghause yang di katakan terlibat dengan pergerakan teroris. Tidak berapa minit kemudiannya , BERNAMA telah menyiarkannya dengan mengunakan kemudahan elektronik yang ada di Malaysia bagi menyiarkan rencana tersebut secara meluas.

Cerita tersebut sebenarnya diolah oleh Ginny Stein yang merupakan bekas wartawan TV yang pernah bertugas dengan ABS siaran utama TV Australia . Beliau kini merupakan wartawan bebas dan berpusat di Bangkok. Akan tetapi arkitek di sebalik semua ini ialah seorang rakyat Malaysia yang bernama Ganesh Sahatheven yang bertugas di Australia sebagai seorang wartawan bebas dan kini di tarik untuk bekerja dengan BERNAMA .Ganesh di percayai mempunyai hubungan yang rapat dengan Aziz Shamsudin yang merupakan arkitek utama menjatuhkan Anwar.

Dipercayai Ganesh telah kembali ke Malaysia sekitar bulan April tahun ini bagi membincangkan bagaimana untuk menjatuhkan Anwar , dengan mengaitkan Anwar sebagai teroris. Hanya melalui cara ini Pak Lah akan dapat menyakinkan Negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang kuat menyokong Anwar mengenai layanan Badan kehakiman dan hukuman yang di terima beliau.Jika perkara ini berlaku, maka penahanan Anwar sebenarnya akan tetap dilanjutkan dan tekanan ke atas Pak Lah akan hilang , terutamanya dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang kuat melobi untuk satu perbicaraan yang adil buat Anwar .

Kita iukuti bagaimana maklumat ini telah di bocorkan melalui e-mail Ganesh kepada “boss” belaiu di KL pada 16 Oktober 2003.

“Mengenai perbincangan kita pada bulan April lalu, kini rencana tersebut akan disiarkan pada Rabu hadapan 22 Oktober jam 8.30 malam melalui Australia SBS TV’s . Rencana terbut akan di hoskan oleh Ginny Stein.

Ceritanya tidak akan melibatkan sesiapa , kecuali ianya akan menyentuh soal, pembiayaankewangan misteri, perhubungan dan tempat.

Pada 23 Oktober beliau telah mengirim semula e-mail kepada boss beliau memaklumkan rancangan tersebut telah di siarkan.

Rencana terbabit telah berjaya mengaitkan zAnwar dengan penyiasatan US kerana di katakan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa telah mempunyai hubungan dengan teroris termasuk juga HAMAS.

Lim Kit Siang yang di temuramah juga terkejut dengan pendedahan itu.

Cerita tersebut juga kini telah mengaitkan Rahim Ghouse dengan Abrar Groups dan bagaimana beliau berhubung dengan Syeikh Yassin Al-Qadi yang di cop oleh US sebagai ‘pembekal’ bantuan kewangan kepada al-Qeeda.

Semalam adalah cerita bagi permulaannya. Dan ianya akan bersambung lagi.

Turut di kaitkan ialah Rita Khatz

Belia dianggap sebagai seorang ejen menyamar sebagai kumpulamn terroris dan mendedahkan maklumat tentang kegiatan islam di US.

Pengarah kepada SITE, Pusat mengesan keganasan teroris ini sebanarnya merupakan egen kepada FBI,kementerian dalam, negeri US dan juga Badan kehakiman.

Sebenarnya Rita Khatz dikenali sebagai “Sarah” atau “pemburu terroris” ini telah menghadapi saman dari Persatuan Muslim Amerika kerana melabelkan mereka sebagai penganas. Beliau di saman sebanyak 80 juta dollar US..Kredebiliti beliau di persoalkan kerana dianggap sebagai tukang tilik dan tidak melapurkan keadaan sebenar.

Inilah konspirasi terbaru oleh bakal Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad atau Pak Lah atau Mr Clean. Adakah anda mengharapkan sesuatu dari beliau. Sudah tentulah tidak sama sekali. Dia sama sahaja macam Mahathir.






___________________________
Terbitan : 29 Oktober 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)