Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Komen: Betul Ke Mahathir Ahli Tarekat Kadariyah

Ulasan saya merujuk kepada kitab bertajuk I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jama’ah susunan Haji Sirajuddin ‘Abbas cetakan kedua 2001 setelah dirujukkan dengan kitab lama yang lain (kitab betul silibus sekolah pondok, bukan kitab tak betul).

Betul saudara Songkok. Tarekat memang banyak. Yang hak ada yang sesat pun ada.

Di antara yang sesat adalah fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah (tidak pula saya mengatakan Mahathir berfahaman ini, Allah saja yang tahu).

Ciri utama dan perbezaan utama fahaman Qadariyyah dengan Ahli Sunnah ialah, setiap perbuatan manusia itu dijadikan oleh manusia, kata mereka, tiada-sangkut paut dengan Allah, dengan maksud yang lain, hendaklah kita berusaha sedaya mungkin untuk menjayakan sesuatu kerana usaha tangga kejayaan (tanpa dirujuk kepada keizinan daripada Allah). Mereka ini amat kecewa jika apa yang dihajati tidak menjadi kerana tidak faham perkara yang tidak jadi itu adalah kerana tidak diizinkan oleh Allah menjadi. Seperti kata orang “apesal ni… aku dah study maut gile babi pun tak lulus juga, tensionnya!”

Ciri utama dan perbezaan utama fahaman Jabariyyah dengan Ahli Sunnah ialah, manusia tiada ikhtiar dan usaha semuanya daripada Allah, kata mereka, jadi kalau orang buat maksiat jangan tegur kerana maksiat itu lahir daripada Allah. Jangan study, sebab kita tiada usaha, kalau Allah nak luluskan, lulus juga, kalau Allah nak failkan, fail juga. Tak perlu kunci kereta, serah aje kepada Allah, kalau nak hilang, hilang juga. Contohnya.

Fahaman Ahli Sunnah di dalam perkara ini ialah, kita manusia wajib hukumnya, mempunyai ikhtiar dan usaha yang tidak memberi bekas terhadap setiap kejadian, yang pada hakikatnya usaha dan ikhtiar itu pun datang daripada Allah.

Kita Ahli Sunnah tidak tegang berdenting-denting seperti orang Qadariyyah dan kendur berjela-jela seperti orang Jabariyyah. Kita pertengahan. Yang lain semua sesat masuk gaung neraka.

Kalau dalam AMENU ramai orang tarekat macam ni, memang patut pun Malaysia dinamakannya negara Islam, kedai ekor kat Muar ni berlambak, barua sungguh!






___________________________
Terbitan : 7 Oktober 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)