SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Jemaah Tabligh: satu pendedahanSelamat sajahtera tuan webmaster. Semoga dapat memaparkan email saya ini ke dalam laman tuan. Tujuan saya adalah untuk memperkatakan sesuatu berkenaan Jemaah Tabligh, semoga dapat memberi kesedaran bagi yang ingin sedar. Seorang saudara Islam telah menyebabkan saya pergi ke laman yang berikut dan mengesyorkan saya menyebarkannya kepada laman webmaster. http://www.raza.co.za/Deviant%20Sects%20&%20Scholars/Deviant_Main.htm Saya tengok pengeluaran artikel ini sudah lama, tapi malang sekali kita masyarakat Malaysia kurang mengetahui. Saya sebenarnya bekas karkun, satu gelaran untuk orang yang masuk tabligh. Saya mula menceburi tabligh sejak zaman universiti, maklumlah ketika itu remaja sedang tercari-cari petunjuk Islam, lebih-lebih lagi seperti saya yang bukan asas pendidikan agama, tiada asas, fardu ain pun tidak kemas. Saya kini telah bekerja sebagai jurutera. Tapi saya sudah keluar lama dah dari tabligh. Bertahun-tahun saya berjemaah tabligh. Boleh dikatakan saya dahulu masuk tabligh kerana terpengaruh dengan zahir mereka, janggut panjang, hebat, cakap bersopan, tidak bergaduh-gaduh, serba-serbi cantik luarannya. Kemudian Allah menyedarkan saya kepentingan ilmu fardu ain. Kisahnya semasa saya solat satu hari itu, bisikan syaitan sangat hebat cuba menyakinkan saya bahawa Allah tidak wujud sehinggakan terasa ingin menjerit, tapi saya tahan aje. Lepas solat tu, saya hairan dan terfikir mengapa saya seorang karkun yang kononnya memahami Islam sebenar dengan berdakwah pun boleh diganggu macam tu. Dalam tabligh kita tidak membaca kitab tauhid, ibadat etc, cuma buku terjemahan hadis sahaja. Sejak itu saya mula pergi belajar dengan ustaz berpendidikan pondok. Dia orang PAS. Tak kisahlah PAS ke ape ke, semasa tu saya cuma ingin belajar kitab muktabar, yang bersusur galur kembali kepada Quran dan Sunnah, Allah dan Rasul. Setelah lama saya mula sedar kesilapan tabligh. Tak perlu saya huraikanlah. Saya lihat pada laman tuan webmaster pun ada juga pendapat-pendapat berkenaan tabligh yang menarik minat saya. Kini saya orang PAS, daripada tidak berpolitik kerana tabligh tidak bagi berpolitik. Saya bangga dengan PAS yang memperjuangkan Islam. Semoga pembaca dapat melawat laman web yang saya sertakan. Ia agak panjang tapi saudara/i boleh savekan kedalam pc.Boleh gunakan offline browser untuk tujuan tersebut. Bacalah dan selidik terutamanya kepada sahabat-sahabat profesional saya yang lain seperti doktor, jurutera yang sentiasa mencari-cari jemaah yang sebenar. Anda semua golongan profesional tidak sepatutnya tertipu wahai sahabat. Kajilah secara terbuka, apabila sudah mendapat keputusan, tutuplah terus pintu kesesatan yang telah anda yakinkan. Belajarlah ilmu Islam secara yakin dan jelas susur galurnya. Jangan lupa perpolitiklah dan pangkah PAS. Sekian terima kasih tuan webmaster. Saya pun tidak selalu melawat web ini, mungkin lepas ini tidak lawat lagi kerana kesibukan urusan kerja saya.
Diterbitkan oleh : |