Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kunjungan Mesra Ramadhan

Assalamualaikum !

Sebahagian daripada aktiviti terkini BA DUN Hulu Kelang untuk sebaran.

Alamat asal : http://www.hulukelang.net/article.php?sid=212&mode=thread&order=0

Barisan Alternatif DUN Hulu Kelang dengan dipimpin oleh YB Mohamed Azmin Ali selaku ADUN Ulu Klang dan YBhg. Dr. Hatta Ramli, YDP Pas Kawasan Gombak telah menziarahi hampir seluruh pelusuk di kawasan Dewan Undangan Negeri Ulu Klang bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat miskin sempena Ramadhan tahun ini. Sumbangan ini bertujuan meringankan bebanan mereka dalam menyambut Bulan Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi. Penyampaian sumbangan dan ziarah ini dilakukan pada 15hb November dan 16hb November 2003 berturut-turut.

Walaupun dinafikan peruntukan daripada Kerajaaan Negeri Selangor sebanyak RM300,000 setahun selaku wakil rakyat di Ulu Klang, seramai lebih 200 penerima sumbangan telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan sedikit wang iringan daripada pemimpin Barisan Alternatif DUN Hulu Kelang. Diantara kawasan yang dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif DUN Hulu Kelang kali ini ialah Batu 8 Ulu Klang, Kampung Fajar, Fasa 6 Taman Melawati, Kampung Kemensah Hilir, Kampung Sungai Sering, Kampung Pasir, Flat UTM AU 3, Taman Sepakat, Rumah Pangsa Taman Keramat, AU 1, Rumah Panjang PKNS AU 2, AU 5D, AU 4, Taman Permata dan Kampung Klang Gate. Jumlah penerima sumbangan kali ini meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun lepas dimana hanya 106 orang yang menerimanya. Kawasan penerima sumbangan terbanyak adalah daripada kawasan Rumah Pangsa Taman Keramat iaitu sebanyak 48 orang penerima.

Menurut Pengarah Jawatankuasa Bertindak Barisan Alternatif DUN Hulu Kelang En. Mohd Kawaid Ngadimin, BA DUN Hulu Kelang sentiasa mengalu-alukan segala bentuk sumbangan sekiranya ada untuk disalurkan terus kepada fakir miskin dan menjamin ketelusan penyampaian sumbangan ini. Sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang ingin menyalurkan sumbangan ini boleh menghubungi terus beliau di nombor talian 012-2969666.

Berbanding dengan cara penyampaian secara kelompok yang dilakukan pada tahun-tahun lepas, kali ini cara penyampaian dilakukan terus ke rumah-rumah penerima sumbangan atau ke kawasan penerima-penerima sumbangan. Dengan cara ini, tujuan sumbangan ini lebih diperjelaskan lagi tanpa menyusahkan penerima sumbangan untuk menunggu berjam-jam seperti yang berlaku pada tahun-tahun lepas. Bagi petugas-petugas Barisan Alternatif DUN Hulu Kelang, penat lelah melakukan segala persiapan dengan segala kekurangan terasa amat terbalas bila melihat rakyat yang kurang berkemampuan turut dapat bergembira pada Syawal tahun ini.

Galeri Foto : http://www.hulukelang.net/copper/thumbnails.php?album=11

Sila maklumkan kami sekiranya diperlukan foto beresolusi tinggi.

Sekian Terima Kasih

Sekretariat
Badan Bertindak
BA DUN Hulu Kelang



___________________________
Terbitan : 20 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)