Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Terima Kasih Dr M...

Maka hanya tinggal 7 hari lagi orang no.1 Malaysia akan turun meninggalkan jawatannya, meninggalkan kedudukannya. 22 tahun merupakan suatu masa yang panjang jika diukur dari sudut adah atau lumrah seseorang pemerintah negara. Namun usia 22 tahun jika dibandingkan dengan umur manusia, ia pastinya masih muda belia, masih mentah, malah bakal mengalami ujian atau masalah2 hidup yang lebih besar...

Arakian orang no. 1 itu pastinya sudah banyak mengenal asam garam, telah banyak pula kebaktian yang tercurah menerusi keringat dan mindanya yang dikagumi ramai. Dari perbetulkan waktu di Semenanjung, perkenalkan ‘punch card’, buat kereta Nasional, bina jambatan, perkenal industri berat dan biotekno, bina bangunan tertinggi, ganti hutan dengan bandar maya siber, perkenalkan ‘negara Islam’ dan pelbagai lagi...

Antara keunikan beliau lagi iaitu, pernah memiliki orang no 2 sehingga 4 orang. Kalau orang lelaki, kalau ada 4 orang orang no. 2, ianya mungkin seorang yg hebat! Tapi kalau 3 darinya kena cerai, malah sampai lebam-lebam mata... maka takrifan hebat tu kena ‘hold’ dulu, atau akui sajalah bahawa dia memang hebaaaaat!!!

Tapi orang melihat kejayaan seseorang itu dari pelbagai sudut. Sementelah pula Tuhan menjadikan sesuatu itu terlihat dari pelbagai sudut... Agar manusia tidak jumud, tidak pula ia kaku. Kebebasan minda, kebebasan berfikir dan bertindak. Pelbagai hikmah disebaliknya... Lalu diberikan sendi dengan agama. Kerana tanpanya manusia memang selalunya lupa, bertelagah, sering pula ia terbabas...

Maka seadanya terlihat suatu kejayaan Dr. M yang agak unik namun sukar pula dibahaskan secara berprinsip. Apalagi jika berbahas dengan orang yg tak berprinsip. Ia merupakan kejayaan berbentuk jangka panjang, dan tidak pula mudah dilihat mata kasar. Iaitu beliau berjaya melahirkan ‘manusia-manusia baru’ di Malaysia. Dan dengan seadanya berjaya melahirkan kelompok-kelompok, atau trend tertentu dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Maka beliau memang selayaknya boleh dikagumi dan diakui hebaaaaat! Ikuti secebis pemerhatian, sebagai menyingkap senario politik tanahair hari ini...

Noorhelmy bin Muhammad, 33, Timbalan Pengarah
Graduan UUM yang kini bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Perlis. Seorang yang idealistik dan tegas. Sokong pasukan bolasepak Chelsea. Tidak aktif berpolitik tetapi menyokong parti pembangkang di Malaysia.
(komen : pegawai2 k’jaan takut nak gi ceramah...)

Kamaruzzaman Musa, 48, Petani tembakau di Kelantan
Seorang yang tegas dan kuat bekerja. Digeruni oleh belia-belia kampungnya. Beliau dan seluruh ahli keluarga sering memperolehi bantuan-bantuan kerajaan terutama menjelang pilihanraya. Pastinya menyokong kerajaan. Belum berumahtangga.
(komen : geng2 crook kat kampung je sokong puak tu...)

Mohd. Hanafiah Abdul Latiff, 41, Peniaga runcit di Kedah
Seorang yang peramah dan amanah. Tidak suka mencampuri urusan orang lain. Kedainya sering dikunjungi mungkin kerana menjual barangan ‘basah’. Seorang yang rajin ke masjid. Telah menunaikan haji. Pernah menyokong kerajaan.
(komen : org kalau selalu ke masjid, pasti dapat petunjuk Allah...)

Mat Ali bin Sulong, 45, Ketua UMNO cawangan dan kontraktor
Seorang yang peramah dan pandai berjenaka. Mudah bergaul dengan sesiapa termasuk golongan belia. Berfikiran cerdas dan kuat bekerja. Sering mendapat projek pembinaan dari kerajaan. Mempunyai banyak rumah sewa di sekitar ibukota. Isterinya seorang pengetua sekolah agama rakyat. Beruntung kerana si suami tidak kesah meskipun si isteri suka mengecat ‘hijau’ setiap pintu rumahnya.
(komen : org2 kuat depa pasti hidup mewah ngan projek! projek! projek! aje... dan wujud juge isteri2 seperti Asiah...)

Nazira bte Aziz, 22, Pelajar
Seorang yang periang dan rajin. Pelajar jurusan komunikasi ini tidak minat berpolitik. Tidak tahu siapa presiden MCA. Beliau berpendapat bahawa masyarakat pelajar tidak perlu berpolitik kerana tanggungjawab mereka hanyalah belajar. Urusan pentadbiran negara perlulah diserahkan kepada pemimpin negara sahaja. Menurutnya lagi, pelajar akan kecundang dalam pelajaran jika aktif berpolitik. Berambut keperang-perangan dan sudah berpunya.
(komen : Anak muda yg jiwa mcm ni, memang le suka kat depa..)

Yusuf Hussin, 29, Tentera
Seorang yang bertubuh sasa, ringan tulang dan berani. Sering menunggang motosikal Kriss. Beliau dan isterinya masing-masing bertugas di unit yang sama. Pandangan politiknya agak kurang jelas. Suka masak lemang setiap kali pulang berhari raya di kampung.
(komen : no komen!)

Norhayati binti Daud, 23, Pelajar Usuluddin
Seorang yang lemah lembut dan jujur. Cantik dan bertudung labuh. Bakal melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Sering terlibat dalam kegiatan keagamaan dan sedikit program politik. Cenderung kepada politik pembangkang.
(komen : Orang baik2 dan reti agama, pandai pilih intan @ kaca...)

Nizam Zakaria, 24, Pelajar Kejuruteraan
Bijak, berani, tegas, peramah dan minat bersukan secara sederhana. Pelajar tahun akhir yang bakal menjadi jurutera ini sedang menyiapkan thesisnya. Katanya pelajar hari ini selalunya sering kesuntukan masa, oleh itu sebarang aktiviti luar agak sukar dijalankan termasuk bersukan. Mungkin disebabkan pertambahan jumlah jam kredit dengan pelbagai subjek-subjek ‘baru’. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk mengikuti perkembangan politik tanahair. Jiwa muda yang panas dan cerdas ini pastinya dambakan suatu perubahan kepada senario politik tanahair. Terutama bagi masyarakat kampungnya di Rompin Pahang.
(komen : Orang2 bijak, Intelligent dan genius reti kebobrokan UMNO!!)

Abdullah Sani, 41, Guru di Melaka
Seorang guru matematik yang kreatif dan inovatif. Sering sahaja digeruni oleh para pelajar meskipun perwatakannya yang sederhana. Turut mengajar kelas tambahan serta tuisyen di rumah. Bukan berasal dari Melaka. Kegiatan politik yang sederhana tetapi cenderung kepada pembangkang.
(komen : Guru & pensyarah teruk ditekan akujanji dan ugutan-ugutan...)

Zulfakar Ahmad, 37, Guru di Pulau Pinang
Guru Mata pelajaran Sejarah ini juga giat dalam bidang kaunseling. Ramah, ceria dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum pelajar. Menjadi sasaran masyarakat kampung untuk mengadu masalah peribadi atau soal kewangan. Baru sahaja membeli rumah. Dari percakapannya dan buku-buku dirumahnya menunjukkan beliau menyokong parti pembangkang. Tetapi menjelang pilihanraya beliau sering berpakaian baju putih, dan memberi pidato atas tiket kerajaan untuk lebih RM katanya.
(komen : ade juge..??)


Mat Salleh Ayub, 54, Pegawai Keselamatan Johor Bahru

Dua tahun bertugas di Mei Lin hotel Johor Bahru. Berpewatakan biasa dan bersemangat nasionalis yang tinggi. Gemar menyimpan misai. Cukup bangga dan kagum kepada YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Sedih melihat kemunduran yang berlaku kepada orang Melayu di Kelantan dan Terengganu. Anak beliau berkira-kira hendak ke KL untuk mencari kerja.
(komen : rezeki ada di mana2...)

Mat Som Mat Arip, 49, Pengusaha
Baru je kenal dia ni, jumpa kat restoran... Pakai spek, ada janggut... Mungkin boleh berborak ngan pakcik ni... Pusing-pusing, matlamat dia nak kaya... Idola dia Vincent Tan, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dan Mahathir... Alamak!!??... silap orang aku tegur ni... Dia bangun nak bayar... patut le... Janggut putih, tapi pakai seluar pendek...
(komen : Astaghfirullahal`aziim...)

Segala nama dan watak yang digunakan hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan penelitian benar secara rengkas...

To dr Mahathir, Terima Kasih & Selamat Bersara...
Wassalam...

BAD KKerian




___________________________
Terbitan : 5 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)