Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

DAP perlu perjelas secara jujur dan terbuka.

Berikutan Isu DAP MOHON MAAF DAN MENGAKU MEMBUAT TUDUHAN PALSU ? DAP masih cuba membisu malah mengalihkan isu. Sesungguhnya isu ini memberikan impak yang agak besar dalam politik khususnya dalam pilihanraya akan datang kerana isu ini merupakan antara isu yang digunakan dalam pilihanraya lepas.

berikut ialah salinan kenyataan media mendesak DAP tampil membuat kenyataan terbuka AMM keADILan, dan kenyataan DAP di mahkamah secara bertulis.

kenyataan media yang pernah dikeluarkan oleh
Angkatan Muda Malaysia
Parti Keadilan Rakyat (keADILan)

DAP MOHON MAAF DAN MENGAKU MEMBUAT TUDUHAN PALSU ?
Angkatan Muda Malaysia Parti Keadilan Rakyat terkejut dengan tindakkan DAP yang mana telah membuat kenyataan terbuka di Mahkamah Tinggi di sini bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pihaknya terhadap Bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik adalah tidak benar dan tidak berasas pada 21 Oktober yang lalu. Dengan tindakkan DAP itu Abdul Rahim Rahim Tambi Chik selaku plaintif dalam saman yang difailkan pada 16 Ogos 1999 yang, menamakan DAP, Pengerusinya, Lim Kit Siang dan pengerusi seumur hidup parti itu, Dr. Chen Man Hin sebagai defendan telah menarik semula samannya.

Saman ini berikutan kenyataan DAP mengenai salah laku bekas ketua menteri tersebut. Abdul Rahim menuntut ganti rugi kerana mendakwa defendan-defendan memfitnah beliau melalui poster dalam satu kempen di bawah tema: ``Simpati, Sokongan dan Perpaduan dengan Guan Eng.''

Abdul Rahim juga mendakwa mereka memfitnahnya melalui penerbitan sebuah buku bertajuk Lim Guan Eng in Jail, Second Edition: Malaysian Dream from Kajang Prison (Lim Guan Eng wakil rakyat dipenjarakan, edisi kedua: Impian Malaysia dari Penjara Kajang).

Tindakkan memohon maaf dengan mengakui tuduhan itu tidak berasas telah menyebabkan timbul beberapa persoalan dan implikasi , antaranya ;

1. Adakah DAP menipu rakyat apabila dia membangkitkan isu salah laku Abdul Rahim Tambi Chik semasa memegang jawatan Ketua Menteri Melaka ? Adakah beribu – ribu risalah yang diedarkan berkaitan isu tersebut mengandungi risalah maklumat palsu ?

2. atau DAP tidak mempu lagi menghadapi tekanan untuk terus bercakap benar dan mempertahankan Keadilan ?

Jika DAP menyakini kebenaran fakta yang dibawa mereka dan percaya dengan perjuangan Lim Guan Eng sehingga sanggup dipenjarakan maka parti itu seharusnya bersedia mempertahankan kenyataannya.

DAP perlu tampil segera memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai isu ini !

Salam Reformasi.

“ Mempertahankan keADILan”

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT

24 Oktober 2003

------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Bertulis DAP di Mahkamah

Kami, Parti Tindakan Demokratik, merujuk di sini kepada Buku yang diterbitkan oleh kami bertajuk “Lim Guan Eng – MP in Jail” (“Buku”) dan kepada kempen Poster (“Poster”) yang dimulakan oleh kami berhubung dengan Plaintif, Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Tamby Chik, dan membuat kenyataan-kenyataan berikut di sini:

(1) Kami mesti menegaskan bahawa kami membuat tuduhan-tuduhan berkenaan berhubung dengan Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Tamby Chik yang terkandung dalam Buku dan Poster tersebut oleh sebab kami mempercayai akan kebenarannya pada masa tersebut berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Pendek binti Ahmad kepada Encik Lim Guan Eng dan Noryati Binti Mohamad Yusop dan ACP Mok di Mahkamah Tinggi, Melaka di dalam perbicaraan sivil no: 45-2-1995 dan 45-3-1995 (Pendakwa Raya v Lim Guan Eng).

(2) Akan tetapi, memandangkan peristiwa-peristiwa kemudian, khasnya

a) penarikan balik tuduhan-tuduhan tersebut oleh Noryati Binti Mohamad Yusop secara bersumpah melalui akuan berkanun; dan

b) fakta bahawa tuduhan-tuduhan serupa yang dibuat oleh majalah Time dan Asiaweek telah membawa kepada permintaan maaf kepada Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Tamby Chik;

Kami kini menyedari bahawa asas bagi tuduhan-tuduhan yang kami buat terhadap Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Tamby Chik di dalam Buku dan Poster tersebut tidak lagi wujud dan oleh demikian, tuduhan-tuduhan tersebut tidak berasas sepenuhnya. ( pengakuan DAP bahawa apa yang diperkatakannya tidak berasas ?)

(3) Maka kami mengiktiraf bahawa peristiwa-peristiwa malang ini telah menyebabkan semua pihak terlibat, termasuk Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Tamby Chik dan keluarga, mengalami keresahan dan kepedihan yang mendalam.






___________________________
Terbitan : 5 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)