SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun 13 Pelajar Ditahan Di Bawah ISA : Mangsa Sepak Terajang Dalaman UMNOPada pendapat saya penahanan 13 pelajar yang baru pulang dari Pakistan itu tidak ada kena mengena langsung dengan keganasan. Mungkin lebih tepat lagi ianya merupakan sebahagian dari aksi-aksi sepak terajang politik dalaman UMNO. Semua orang tahu Pak Lah bukanlah pemimpin UMNO yang mempunyai sokongan grassroot yang paling kukuh. Dalam hal ini ramai berpendapat sokongan kepada Najib adalah lebih mantap. Bukankah undi Najib lebih tinggi dari Pak Lah di dalam pemilihan Naib Presiden UMNO ? Oleh itu Pak Lah tidak ada pilihan selain dari untuk menunjukkan beliau adalah yang paling hebat dan paling "terror" sekarang ini. Mula-mula dia seperti Dr. Mahathir telah memusatkan kuasa di sekelilingnya dengan memegang dua kementerian penting iaitu Kewangan dan Dalam Negeri. Kewangan dapat menentukan kementerian apa dapat apa sementara Dalam Negeri mengawal polis dan juga kuasa menahan di bawah ISA. Mungkin "kempen media" yang dijalankan sejak Pak Lah mengambil alih kuasa tidak begitu berkesan. Beliau masih kelihatan lemah. Entah berapa kali diulang kata-kata "Kerja bersama saya bukan untuk saya". Sudah naik muak dibuatnya rakyat jelata. Oleh itu apabila 13 orang pelajar Malaysia dari Pakistan itu tiba di KLIA maka inilah peluang Pak Lah untuk menunjukkan kononnya beliau seorang pemimpin yang hebat dan tegas. Maka disumbatlah budak-budak itu entah ke mana ..... Pak Lah telah menunjukkan beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan ISA dan ini sebenarnya bukan hanya satu amaran dari beliau untuk pembangkang tetapi mungkin juga untuk musuh-musuhnya di dalam UMNO. Kite tentu ingat apabila Hussein Onn menggantikan Tun Razak ramai orang-orang kuat Tun Razak telah ditahan di bawah ISA. Mungkin bukan di atas desakan Tun Hussein tetapi tangkap tetap tangkap ..... Oleh itu janganlah harap Pak Lah sebagai cucu Tok Guru akan membawa cara kepimpinan yang lebih lunak. Teringat saya di Albania di mana pemimpin komunis yang kejam yang pernah memerintah negara itu, Enver Hoxha ( dia ini Islam ..... ), ceritanya bapanya seorang ulama' atau mungkin seorang alim ..... Tak tahulah betul atau tidak cerita ini tapi sebagai pengajaran janganlah kita leka dan terpesona dengan cucu Tok Guru ni ! Ben KwaleighPandan Indah 14 November 2003
Diterbitkan oleh : |