Bung Karno
09-11-2003
SAYA kepingin memberi sedikit respon perihal
pengadilan terhadap undang-undang Islam (hukum Hudud).
Selama ini segala macam manusia yang membenci hukum
Hudud di Kelantan dan Terengganu mengatakan "itu bukan
Hudud Allah, itu Hudud Pas. Hudud Allah sangat adil,
Hudud Pas sangat zalim." Mantan PM Tun Mahathir sudah
membayangkan jika Haji Hadi melaksanakan Hudud di
Terengganu, maka sahlah Haji Hadi akan masuk neraka.
Tun Mahathir seperti sudah kasyaf, dapat menebak
tempat tinggal Haji Hadi di negeri akhirat kelak!
Hampir semua para 'pendekar' Umno turut menabuh
gendang Hudud Kelantan-Terengganu adalah Hudud Pas,
bukan ajaran Islam sebenar. Tak mengapa begitu,
kerana itulah hujah mereka. Manusia politik memang
sarat dengan hujah. Tentu saja mereka punya bukti
besar perihal kezaliman Hudud Pas.
Justeru, tentulah segala macam manusia yang mendengar
hebahan Umno kepingin sangat melihat bukti-bukti
daripada ajaran Islam sebenar (Islam versi Umno) Salah
besar Hudud Pas. Tidak mungkin sama sekali mereka
terbayang Hudud Pas akan dinilai mengikut hukum
Kristian, Hindu atau Buddha. Umno sudah jelaskan Hudud
Pas salah mengikut ajaran Islam sebenar. Oleh kerana
ajaran Islam sebenar terkandung dalam al Quran dan
sunah Rasul, maka pasti Hudud Pas akan dihakimi oleh
al Quran dan Sunah Rasul. Pasti sekali.
Sekarang, segala macam manusia yang kepingin bukti itu
terkejut amat. Rupa-rupanya Hudud Pas akan dinilai
mengikut hukum Perlembangaan Persekutuan Malaysia.
Bahasa mudahnya yang cuba dikutip ialah hukum Hudud
Pas salah mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Justeru, Hudud itu tidak bisa dilaksanakan di negara
bernama Malaysia.
Peguam Zaid Ibrahim dan yang seangkatannya sudah
menduga Perlembagaan Persekutuan Malaysia memihak
kepadanya. Ya, mereka tahu hukum negara. Namun
ingatlah akibat daripada pengadilan itu terhadap
akidah mereka yang memang benci hudud (kini kena baca
hudud Allah, bukan hudud Pas). Saya pernah menulis,
sama ada hudud Kelantan-Terengganu dilaksanakan atau
disimpan (atas arahan mahkamah), moral Umno sudah
jatuh terkulai layu. Daripada menuduh hudud Pas zalim,
mereka membuat pengadilan bukan melalui al Quran dan
Sunah, tetapi Perlembagaan negara. Maka masyarakat
akan diberi bukti bahawa hudud Allah (ingat, bukan
lagi hudud Pas!)akan dimasuk ke dalam kandang salah
dalam sebuah negara Islam Malaysia.
Saya berani jamin, tidak akan terbuka mulut para ulama
atau intelektual Islam Umno mengenai hal ini. Mulai
sekarang pantaulah mulut Hamid Othman, Hamid Zainal
Abidin, Yusuf Noor, Wan Mokhtar, Nakhaie, Imam
Firdaus, mufti Wilayah Persekutuan, Astora Jabat dan
segala nama ulama mereka mengenai pengadilan hudud di
mahkamah itu. Saksikanlah kebisuan mereka pada saat
seluruh umat Islam Malaysia mahukan mereka menjelaskan
isunya lantaran merekalah yang lebih aula.
___________________________
Terbitan : 12 November 2003
Ke atas
Home