Assalamu'alailom wrt.wbh
Saudara-saudara pembaca budiman.
Dalam bahagian pertama tulisan saya ini, saya telah memberi gambaran dan ramalan secara umum bakal keputusan penghakiman yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berikutan petisyen yang dibuat oleh Zaid Ibrahim menentang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah [ Hudud dan Qisas ] Terangganu yang telah diwartakan untuk perlaksanaan pada 27 November 2003 bersamaan 1 Ramadhan 1424 yang lalu.
Hujah saya ini berdasarkan kepada keputusan-keputusan mahkamah yang diperbuat selepas tahun 1988 [ selepas Tun Salleh Abas dipecat ], majoritinya berpihak kepada kerajaan [ sekiranya kerajaan mempunyai kepentingan tertentu khususnya melibatkan kepentingan UMNO atau pun kes-kes yang turut melibatkan tokoh-tokoh tertentu yang ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin atasan UMNO juga ]. Banyak contoh-contoh yang kita perolehi dalam Journal Undang-undang Malaysia.
Kes ini juga merupakan salah satu kes yang akan menguji ketepatan hepotisis yang saya kemukakan itu. Komposisi Hakim dan Pendakwaraya bukan Islam adalah strategi yang memang dirangka untuk menghalang perlaksanaan hukum Hudud dan Qisas di Terangganu dengan alasan hukum ini bertentangan dengan perlembagaan perkara 4[1]. Sekiranya ia berjaya, maka hukum Allah SWT tidak berupaya ditegakkan di bumi Malaysia ini. Hujah-hujah mereka nanti akan berputar-putar berfokus terhadap perlembagaan negara, bukan berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Dalam tulisan saya kali ini saya akan cuba menerangkan kenapa UMNO bersungguh-sungguh menentang Hukum Allah SWT yang menjadikan sekalian alam berserta dengan makhluknya sekali, berani mencabar peraturan dan hukum Allah tanpa rasa sedikit pun merasa takut dan gementar untuk menghadapi Allah SWT di hari akhirat kelak.
Undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terangganu dan Kelantan merangkumi enam kesalahan iaitu pengambilan arak, tuduhan fitnah, murtad, merompak dan zina. Hukuman bagi kesalahan itu termasuklah potong tangan, sebatan dan direjam dengan batu.
Merujuk undang-undang sivil di bawah senarai 1 Jadual 9, parlimen tidak memberi pengiktirafan sebagai sebagai satu kesalahan bagi mereka yang minum arak, jika mereka minum di kedai yang berlesen, begitu juga kes zina yang tidak ada dalam kamus parlimen.
Berjudi di tempat-tempat yang disediakan dan berlesen tidak menjadi satu kesalahan, mencuri dan merompak bersabit dengan kesalahan akan dihukum mengikut undang-undang sivil.
Berzina tidak menjadi kesalahan kalau kedua-duanya suka sama suka [ sila rujuk kes ini yang berlaku di antara seorang tokoh korporat terkenal dengan seorang pembaca berita sambilan di RTM pada tahun 1998 tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama, walaupun berita hubungan sensasi mereka mendapat liputan yang meluas di akhbar-akhbar tempatan, yang diambil tindakan ialah merobohkan surau-surau dan masjid-masjid yang base kepada PAS ], yang menjadi kesalahan apabila terdapat unsur-unsur paksaan yang boleh dikategorikan sebagai rogol akan dikenakan hukuman dengan hukuman 365 [ 3 tahun penjara, 6 sebatan dan 5,000 denda ].
Islam ialah agama suci yang diturunkan Allah SWT kepada seluruh manusia di bumi ini tanpa mengira kaum, bangsa dan negara. Islam ialah Ad-Din cara hidup yang ditentukan oleh Allah SWT, tidak ada cara lain bagi umat manusia untuk tidak ikuti jalan yang ditunjukkan oleh Allah. Selain dari jalannya, umat manusia akan menghadapi kemusnahan sepertimana yang kita hadapi sekarang.
Islam disampaikan secara terus kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan malaikat Jibrail a.s selama 23 tahun dan disampaikan secara berperingkat-peringkat mengikut masalah semasa yang timbul ketika itu [ yang juga merupakan masalah yang sama seperti sekarang walaupun zaman berubah, tetapi perlakuan manusia tidak berubah sehinggalah sampai ke hari akhirat kerana manusia dicipta oleh Allah dengan empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin ]. Pengajaran buat semua manusia kerana manusia itu sendiri dicipta oleh Allah SWT yang maha mengetahui akan kekuatan dan kelemahan manusia.
Hukum Allah SWT ini lebih mendidik dari menghukum. Oleh itu ada hadis menyatakan lebih baik seorang hakim itu membebaskan [ sekiranya ada kekeliruan keterangan ] orang yang membuat kesalahan dari menghukum orang yang tidak membuat kesalahan [ kerana difitnah atau sebagainya ] adalah lebih baik hakim itu disisi Allah SWT. Dari tiga hakim, dua darinya akan dimasukkan ke neraka.
Dalam kes Anwar contohnya, mengikut hukum Allah, beliau sepatutnya dibebaskan kerana tuduhan terhadap beliau terlalu kabur dan mengalami 3 kali pindaan dan tiada tuduhan specifik dan saksi utamanya pula Azizan Abu Bakar adalah saksi fasik dan melakukan dosa besar kerana berzina. Tuduhan liwat ini mahukan sekurang-kurangnya 4 saksi yang beriman kepada Allah dan Rasulnya. Sedangkan dalam kes Anwar ini Azizan sebagai saksi tunggal dan tidak ada pengesahan dari pakar yang memperakui yang beliau telah diliwat.
Dalam satu kisah di zaman pemerintahan Khalifah Saidiana Omar Al-Khatab semasa beliau sedang berjalan menuju masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah, beliau ternampak seorang pemuda dan seorang wanita sedang melakukan zina di hadapan matanya sendiri. Selepas sembahyang, beliau terus menceritakan perkara ini kepada Saidina Ali, lantas Ali bangun bertanya: " Omar, adakah engkau boleh mengemukakan 4 saksi yang beriman lagi soleh yang sama-sama melihat kejadian itu ". Jawab Omar , : "Aku tidak melihat apa-apa pun".
Ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan senang untuk menuduh orang berzina atau liwat, di zaman Omar pun sukar untuk mendapatkan 4 saksi bagi membuktikan dakwaan beliau itu, apalagi di zaman ini yang begitu canggih dengan teknologi boleh mengelak itu semua.
Jadi kemungkinan hukum hudup yang diwartakan ini tidak boleh dilaksanakan kerana tiada sak seperti yang dikehedaki, kecuali orang yang terlibat mengakui dan hendakkan hukum itu dilaksanakan ke atasnya. Ini bukan bererti orang berzina boleh bebas, tetapi ia tetap dikenakan hukuman melalui kaedah undang-undang lain. Ini Zaid Ibrahim kena faham betul-betul, jangan jadi kes suami liwat isteri pula. Mamak ini pun dari segi amalan Islamnya [ berdasarkan tingkah laku dan percakapan ] semacam bosnya dulu yang boleh meringan-ringankan sembahyang untuk negara.
Hudud ciptaan Allah SWT ini sebagai pagar bagi mempagari tanaman yang ditaman tumbuh dengan subur. Kita menanam tanaman membesih, rumput rampai, meracun, membaja dan sebagainya. Kita sayang terhadap pokok-pokok yang kita tanam hidup subur dan berbuah lebat. Kalau kita tidak buat pagar, tentulah banyak anasir-jahat akan merosakkan tanaman-tanaman tersebut seperti kebau-lembu, babi hutan dan sebagainya. Oleh itu, bagi menjaga tanaman kita ini, kita akan buat pagar untuk melidungi tanaman itu dari dirosakkan. Satu perkara lagi, lembu tidak boleh jaga sesama lembu, lembu boleh dijaga oleh tuannya iaitu manusia. Manusia akan membuat peraturan-peraturan menguruskan lembu-lembu terbabit.
Begitu juga manusia tidak boleh buat undang-undang untuk digunapakai sesama manusia. Keadilan tidak akan wujud. Kita lihat di Malaysia ini beratus-ratus laporan polis telah dibuat oleh pembangkang [ PAS dan Keadilan ] memohon membuat penyiasiatan terhadap salahlaku, penyelewengan dan penyalahguanan kuasa terhadap pemimpin-pemimpin UMNO, satu pun tiada disiasat.
Kesalahan yang benar-benar dilakukan oleh Ibrahim Ali menipu Majlis Bandar Kota Baru dengan memberi cek tendang dan Pengarah Bomba Negeri Kelantan ditumbuk dibuat semacam anjing kurap [ sedangkan dia seorang pegawai kerajaan ] tidak pun dengar tindakan diambil terhadap orang yang terlibat.
Kes-kes rasuah dilaporkan kepada BPR seperti kes Rafidah Aziz, Rahim TC, Dr.Khir Toyo, Khalil Yaakob terlibat isu pembalakan di Pahang, Perwaja, Bakun dan sebagainaya senyap menyepi. Tetapi kalau laporan itu dibuat oleh UMNO terhadap pembangkang terutama PAS, cepat-cepat pihak polis melompat dan berlari menyiasat seperti kes BA menyediakan budget tahun 2002, Haji Hadi kata dia dapat maklumat dari pegawai-pegawai atasan terus siasat Haji Hadi dan lain-lain sahabat yang terlibat merangka budget itu. Cuba bayangkan bila UMNO dengan bukti-buktinya sekali membuat laporan kepada BPR perlakuan rasuah Haji Hadi dan Nik Aziz sepertimana pihak pembangkang membuat laporan dengan disertai bukti-bukti dan keterangan yang jelas bagi memudahkan polis dan BPR menjalankan siasatan. Saya tidak boleh bayangkan dan saya kembalikan kepada pembaca-pembaca untuk bayangan.
Begitu juga dengan Zulkifli Sulung disiasat segera apabila laporan dibuat oleh Ibrahim Ali yang mengatakan Malaysia berpura-pura[ sandiwara] marahkan Amerika untuk meraih sokongan rakyat [ ekuran perbahasan di parlimen oleh Dr.Syed Azman Syed Zawawi MP Kuala Terangganu ].
Pemuda UMNO buat laporan polis terhadap ejekan imej pemuda oleh Malaysiakini.Com, pihak polis terus menyerbu dan merampas komputer-komputer milik milik Malaysiakini.com. Ini hanya sebahagian kecil [ sebenarnya banyak berpuluh-puluh kes seumpama ini dari 20.9.1998 hingga 15.11.2003] sebagai contoh ketidakadilan yang wujud apabila manusia mengubal undang-undang untuk manusia. Manusia rujuk kepada UMNO bila ia mengubal dan meminda undang-undang, kepentingannya akan diutamakan dan keadilan diketepikan. Contoh pindaan undang-undang kesalahan pilihan raya 1957 dan persempadanan semula kawasan pilihan raya menambahkuat UMNO dan membebankan pembangkang.
Kebaikannya lagi, hukum hudud tidak menceritakan keburukan orang yang didakwa berbuat maksiat sebelum ia didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Dalam kes Anwar, belum apa-apa lagi, baru dalam proses mengumpul maklumat untuk pendakwaan, bekas PM ke 4 telah menjatuhkan hukuman mendahulukan mahkamah dan mahkamah hanya bertindak sebagai mengesahkannya sahaja.Membentok formaliti undang-undang " rule by law bukan rule of law ". Proses mengaibkannya telah dilakukan secara berterusan oleh nazisme media di Malaysia.
Dalam satu kisah lain di zaman pemerintahan Omar Al-Khatab juga, semasa Omar sedang menjadi imam sembahyang insyak, seorang lelaki menjadi makmun dibelakangnya. Omar tahu bahawa lelaki ini pernah membuat maksiat dan beliau bercadang tidak mahu memberitahu kepada sesiapa mengenai maksiat lelaki ini. Lelaki juga perasan bahawa ia adalah makmun Omar dan beliau bercadang selepas memberi salam sahaja dia akan terus keluar meninggalkan Omar kerana kebiasaannya Omar berwirid memakan masa yang lama. Selepas bagi salam sahaja Omar terus mendapatkan lelaki itu, sehingga lelaki itu tidak sempat melarikan diri dari Omar. Omar berkata : " Aku tahu apa yang kau buat semalam, tetapi aku tidak akan menceritakan kepada orang lain untuk melindungi maruah awak ". Orang lelaki itu juga berkata : Wahai Omar itulah perbuatan maksiat aku terakhir, kini aku telah bertaubat dan kembali kepada Allah dan Rasulnya".
Oleh itu, untuk mencapai keadilan sejati, maka Allah SWT telah memberi panduan melalui Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak Ulamak dan Ijtihad. Semua manusia adalah sama disisi Allah melainkan orang-orang yang bertakwa. Allah mengawal manusia melalui amalan rukun Islam dan rukun iman, buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang.
Begitu indahnya hukum Allah SWT. Tidak menghukum dengan membuta tuli. UMNO menakut-nakutkan bukan Islam dengan Negara Islam dan Hukum Islam. Bukan Islam tidak terlibat dalam perkara ini, hanya untuk orang-orang Islam. Orang-orang Islam tidak terlepas wajib kena buat juga seperti amalan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Meraka bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Kenapa perlu ada sekatan terhadap sebahagian orang Islam yang lain yang mahu beramalkan dengan hukum Allah. Kenapa memberi alasan kepada perlembagaan negara yang menghalang perlaksanan hukum Allah ini, sedangkan pindaan perlembagaan dilakukan acap kali untuk kepentingan UMNO.
Mana-mana undang-undang yang menghalang perlaksanaan hukum Allah boleh dibuat pindaan. Semenjak merdeka sebanyak 42 kali perlembagaan negara dipinda, ISA paling banyak mengalami pindaan sebanyak 20 kali. Ini semua adalah auta UMNO semata-mata. Seringkali juga UMNO memberi alasan ini adalah Hudud PAS yang tidak mengikut Islam yang sebenar. Mana dia Hudud UMNO yang mengikut Islam yang sebenar.
Kalau begitu, apa sebab UMNO tentang, UMNO TENTANG KERANA :
1. UMNO melihat "amanah" yang diberikan oleh rakyat adalah sebagai alat untuk mencari kekayaan, kedudukan dan kuasa. Bukan untuk melihat amanah itu sebagai bebanan yang perlu dipikul dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Jika dilaksanakan huhum Islam ini, maka ia akan menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita peribadi masing-masing yang berlumba-lumba masuk UMNO ketika tahun 80an dan 90an dulu kerana untuk mendapatkan tender, kontrak dan saham-saham mewah.
2. Budaya kehidupan pemimpin-pemimpin UMNO bermegah dengan kereta mewah, rumah besar-besar, duit banyak dan menunjuk-nunjuk kekayaaan kepada rakyat. Mengenepikan kepentingan rakyat yang dipimpin. Pemimpin UMNO menjadi raja, rakyat menjadi hamba. Dalam Islam perbuatan begini sangat dikutuk oleh Allah, menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat marhaen yang tidak ada apa-apa. Nabi sendiri dalam kehidupannya terlalu bersederhana dari segi pakaian, makanan dan tempat tinggal [ seperti yang ditunjukkan oleh Haji Hadi dan Nik Aziz ], kalau Nabi hendakkan kekayaan dunia ini, Nabi akan dapat lebih hebat lagi lagi dari pemimpin-pemimpin UMNO haprak ini. Oleh itu, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyamaratakan kedudukan manusia.
3. Lagi budaya negatif pemimpin UMNO ialah mencari kekayaan denga apa cara sekalipun baik halal atau haram tidak diambil pusing.Menjadikan harta rakyat sebagai harta sendiri, kumpulan wang amanah seperti KWSP, LUTH, Petronas [ sejak ditubuhan di awal tahun 70an tidak pernah bayar sesen pun zakat ] dilaburkan di tempat-tempat yang tidak disesuai dan pelaburan yang dibuat merugikan. Penggunaan duit tabungan amanah digunakan secara tidak berhemah, malah duit orang miskin PPRT ditelan oleh orang kaya sehingga kini orang besar itu bebas.Yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin. Mana mungkin hudud dibenarkan wujud di negara ini selagi budaya seperti inidiamalkan tanpa asuhan aqidah.
4. Budaya rasuah, penyalahguanaan kuasa, pecah amanah, menyeleweng berlaku dipelbagai di institusi, sektor, individu dan terutama pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa apalagi pemimpin UMNO lah tu mana ada pemimpin-pemimpin PAS dan Keadilan yang berbuat demikian kerana mereka belum diberikan kuasa lagi. Membolot harta kekayaan negara, memonopoli keperluan rakyat untuk keuntungan dan faedah diri dan kepentingan kroni.
5. Arak, judi, perzinaan, hiburan yang mengbangkitkan syahwat lagi melalaikan, menipu, pembohong [ termasuk juga pembohongan dalam urusan pilihan raya ], kes tangkap khalwat, melarikan duit ke luar negara, melarikan anak seorang Raja menikah di selatan Thailand pada tahun 1994, menahan orang tanpa sebab dan pelbagai lagi gejala maksiat yang dilakukan, masakan boleh dilaksanakan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah [Hudud dan Qisas ]. Perlaksanaannya akan menyebabkan jiwa yang senantiasa diisi dengan kemaksiatan akan kekeringaan dan Islam akan menang.
Kita tidak berhak menuduh sesiapa [ biarlah bekas PM ke 4 dulu membuat keputusan bahawa Haji Hadi dan Nik Aziz akan masuk neraka kerana mereka akan melaksanakan hudud ], si anu itu atau si pulan itu adalah Abu Jahal Moden, tetapi ciri-ciri sebagai Abu Jahal itu tetap ada untuk dibahaskan.
Sebab itu dalam tulisan ini saya ada menyebut dua kisah yang melibatkan Khalifah Omar ibn Al-Khatab. Dua orang bangsawan[ semacam tokoh politik UMNO ada sekarang ni la ] yang mashyor di Mekah ketika itu ialah Omar bin Hisham dan Omar bin Al-Khatab.Dengan kepopularan[ kegagahan dan kuasa] mereka ini boleh menarik lebih ramai untuk mendengar dakwah nabi dan seterusnya memelok Islam, lalu Nabi bermunajat kepada Allah SWT supaya memberi kepadanya salah seorang Omar ini bagi memperkuatkan kedudukan Islam yang lemah di Mekah kerana ditindas dan ditekan dari segenap penjuru sehingga Nabi amat sukar bergerak untuk berdakwah.
Allah memperkenankan doa Nabi dengan memberi Omar Al-Khatab sebagai membantu Nabi yang setia. Omar banyak membantu Nabi dalam urusan berdakwah terutama di Mekah kerana penduduk Mekah sangat takut akan Omar Al-Khatab akan kebengisannya dan keberanian.Omar juga adalah pelindung keselamatan Nabi ketika berhijrah di Madinah.
Manakala Omar Hisham [ yang juga merupakan seorang hakim atau peguam ] masih terus dengan kegiatan yang amat digemari oleh iblis dan syaitan iaitu menghalang dakwah yang disampaikan oleh Nabi. Nabi dituduh dan dilebelkan dengan pelbagai gelaran seperti orang gila, nyanyuk, ajaran sesat, ahli siher, pembohong, pembawa fitnah dan sebagainya sepertimana yang kita terima pada waktu ini.
Pergerakan Nabi diintip dan disekat, masjid-masjid dan surau-surau dirobohkan kerana "base" ini memberi kekuatan perjuangan yang pernah Nabi lalui. Nabi dicerca dan dihina, dikepong, diludah, dilontar dengan batu sehinggakan berdarah di kepalanya, pelbagai seksaan diterima oleh Nabi dengan kesabaran dan senantisa berdoa kepada Allah SWT. Nabilah yang memberi gelaran kepada Omar Hisyam [ yang juga bapa saudaranya ] sebagai Abu Jahal { maknanya ibu segala kejahatan atau kejahilan ]. Abu Jahal ini menentang apa sahaja yang Nabi berdakwah sekat ceramah Nabi, hantar pegawai mengepong tempat ceramah Nabi sehinggalah sampai perintah dari Allah SWT supaya berhijrah ke Madinah untuk mengurangkan tekanan dan seksaan.
Tiada kemenangan tanpa kekuatan
Tiada kekuatan tanpa perpaduan
Tiada perpaduan tanpa maruah
Tiada maruah tanpa agama
Tiada agama tanpa dakwah
Tiada dakwah tanpa ilmu.
Sekian, untuk kali ini. Insya Allah kita akan bertemu lagi di lain kesempatan. Sambil itu saya mengucapkan " Selamat berpuasa dan Menyambut Aidil Fitri- Maaf Zahir Batin " kepada Saudara Pengarang dan krew di ruangan ini, penulis-penulis siber dan seterusnya kepada pembaca-pembaca dihormati sekalian. Wassalam.
___________________________
Terbitan : 16 November 2003
Ke atas
Home