SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ulasan Tentang Feedback Para Pembaca - Penjelasan Untuk Lebih Open and honestSaya ada banyak meneliti surat-surat daripada ramai pembaca tentang tulisan yang kurang sopan atau yang ejaan yang pelik-pelik. Saya sendiri pun bila baca tulisan Si Songkok tinggi, naik pening di buatnya. Adakah Saudara SST (Si Songkok Tinggi) ni menulis dalam bahasa standard, kemudiannya menukar ejaan menggunakan search and replace? Rasanya macam tu lah. Tapi biarpun saya pening, SST punya hak untuk menulis seperti yang dikehendaki beliau. Biarlah dalam bahasa Jerman atau Jepun sekalipun. Terpulang kepada kita untuk membacanya. Jika susah sangat untuk dibaca, jangan baca. Tapi kalau terpaksa juga baca, maka kenalah kita bertahan. Mengapa kita kena belajar bahasa Inggeris? Bukan kah bahasa Inggeris tu pelik? School di sebut skul, bukan secul, ataupun spare disebut sper bukan separe. Apesal kita tak komplen je kat mat saleh? Sebabnya dia peduli apa kat kita. Sapa yang nak maklumat, kita ke dia? Jika kita yang perlukan maklumat itu, kitalah yang kena bertahan, belajar bahasa mereka. So jika kita perlukan maklumat SST, maka kenalah kita belajar bahasa beliau. Mungkin satu hari nanti SST dapat memulakan satu language baru dalam dunia ini. Mana kita tahu. Apesal pulak takde orang yang marah bila BH tulis di muka depannya, "kurangkan politiking". Apa ingat ini negara apa? Apesal pakai bahasa yang pelik? Ada banyak lagi contoh-contoh lain seperti NTV7. Bagaimana dengan perkataan 'gunapakai'? Bukankah perkataan itu berganda dan salah? Mengapa pulak jadi popular? Bila semua orang menggunakannya, maka jadilah satu perkataan baru. Kita tak patut untuk menghentikan benda seperti ini. Yang penting maklumat sampai as intended. Orang lain faham 100%. Itu yang penting. How it is presented, is much less important. Jika anda menggunakan text to speech software, anda kena ada satu database khas untuk tulisan SST. Tidaklah susah sangat, tapi boleh dibuat. Jika disebut sebijik sebijik, should be okay. Lagi satu ialah kepada ramai orang, TranungKite adalah PAS. Tidak semua penulis atau pengunjung ke TranungKite adalah orang PAS. TranungKite open for everyone. Oleh itu tulisan di sini bukanlah sentiasa seiring dengan polisi PAS atau berkaitan 100% dengan PAS. TranungKite adalah tempat untuk bertukar-tukar maklumat. Tuan Webmaster telah menyediakan tempat untuk kita. Oleh itu kita mesti ingat, tulisan di TranungKite bukanlah sinonim dengan PAS atau BA. Reformasi yes! Apa itu reformasi?? (Jawab sendiri). Akhir sekali, saya sekali-kali tidak bersetuju dengan censorship bla..bla. Freedom of speech is essential for open and honest learning. We need to grow up on this matter. Kawan saya ada 4 orang anak, semuanya pandai-pandai dan dengar kata. Salah satu cara beliau mengajar anaknya ialah, "Biarkan mereka belajar sendiri". Kita cuma guide sahaja. Baby dia umur 11 bulan, sudah pandai berjalan, tapi langsung tak sentuh wayar-wayar elektrik di biliknya, pandai dan berani turun tangga sendiri. Anda bayangkan, tapi baby tu belajar sekejap sahaja. Dan tau mana bahaya dan mana tidak. In short, kita kena pandai ajar anak kita secara sistematik. Kalau langsung takde exposure, nanti dah tua bangka pun tak pandai jugak (contohnya tak pandai self control and self censorship). Kadang-kadang, kita perasan yang tulisan seseorang itu maybe niatnya buruk, ataupun cuba sabotage reformasi sendiri. Ada orang panggil orang yang sedemikian sebagai spy etc. Biarlah dia menulis, lagi banyak dia tulis, lagi banyak yang kita tahu, dan mampu predict from their thinking of what they will actually plan to do. Information, in any way, will always benefit us. Just follow our Prophet teaching, verify the authenticity, the source! Then publish in TranungKite what you had uncovered. This will help all of us. Jika anda smart, adakah anda rela yang semua berita yang sampai kepada anda dicensor oleh seorang individu? Contohnya semua berita di dalam UM dicensor oleh editornya. Adakah anda rasa anda kurang bijak atau takut terkeluar jalan hanya kerana berita yang tak dicensor? Adakah anda cuma layak tahu apa yang sieditor rasa anda perlu tahu? Tidak lebih dari itu? Jika bodoh editor tersebut, bodoh jugalah anda. Anda cuma akan sepandai sang editor sajalah. Too bad. Sekarang baru sibuk cakap orang Cina dah keliling dunia lagi lama dari Magellan. Aku tak hairan pun. Sudah berapa lama berita seperti ini dicensor oleh sang editor? (dulukan mat saleh censor semua history books). Habis tunggang terbalik sejarah yang anda percaya selama berpuluh tahun tu. Bagaimana cerita tentang kejatuhan Melaka? Berapa orang tahu sejarah sebenarnya? Tak kan kita nak percaya editor lagi. Editor akan tulis semahunya. WE WANT NEWS UNCENSORED exactly to prevent things like this. Sekian, Wassalam Engineer Terengganu
Diterbitkan oleh : |