SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun BUSH PENIPU ATAU MAHATHIR TEMBERANG?Kadangkala kita kesihan dengan PM kita yang sehari dua nak pencen ini kerana di akhir-akhir hayat beliau sebagai PM, terpaksa berhempas pulas dan bertegang leher dengan Presiden Bush. Apabila akhbar-akhbar asing menyiarkan laporan bahawa Bush telah menegur PM kita kerana kritikan beliau terhadap Yahudi dalam Persidangan OIC baru-baru ini, maka PM kita pun menyatakan wartawan salah sangka. Apabila wartawan bertanya pula pada Bush, Presiden Amerika itu pun mengiyakan laporan wartawan tersebut yang bermakna memang benar Bush menegur PM kita. Maka, PM pula masih menafikan kata-kata Bush dan menyatakan Bush pembohong. Kita tidak hairan dengan `lakonan' kedua-dua `pelakon' handalan ini. Siapa tidak kenal Bush? Bukankah beliau memang kaki penipu, yang pernah menuduh Iraq punyai senjata berpandu lantaran itu menghalalkan serangan ke atas Iraq? Sehingga kini, tiada satu pun senjata yang dapat dibuktikan telah dijumpai di Iraq. Siapa pula tidak kenal Mahathir? Bukankah beliau pernah menuduh bahawa aktivis Reformasi punyai berbagai jenis senjata bahaya seperti pelancar roket, molotov coktail dan bermacam-macam lagi dan atas alasan itu aktivis-aktivis tersebut ditahan di bawah ISA. Sehingga kini, mana senjata-senjata tersebut? Siapakah yang pernah menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar lebam mata kerana beliau menumbuk matanya sendiri? Akhirnya, terbukti Rahim Nor yang melakukan perbuatan tersebut. Oleh itu, janganlah kita keliru dengan `permainan' kedua-kedua `pelakon veteran' ini. Sesungguhnya, tuhan maha adil. Tuhan telah menunjukkan dengan nyata siapa kedua-dua mereka ini. Hebat sungguh PM kita mengkritik Yahudi, tetapi yang masuk penjara kerana menentang kehadiran Yahudi ke negara ini ialah Pemimpin PAS. Alahai....kalau inilah rakyat tidak boleh lagi berfikir, betullah kata PM bahawa `Melayu Mudah Lupa'. SELAMAT BERPUASA. FRustER^^Jr
Diterbitkan oleh : |