Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kegiatan perniagaan yg sangat meragukan mengaitkan kerajaan Malaysia

Assalamualaikum warahmatullah

Terdapat sebuah perniagaan atas nama Mediface Technologies Sdn Bhd (http://www.medifacetechnologies.com/). Syarikat ini dahulunya telah diberikan status MSC. Laporan-laporan akhbar ada menyebut tentang MDC telah membuat laporan polis terhadap aktiviti syarikat ini malah status MSC nya juga dikatakan sudah ditarik (http://star-techcentral.com/tech/story.asp?file=/2003/10/15/technology/ 6500295&sec=technology).

Secara ringkasnya syarikat ini mendakwa bahawa mereka memiliki hak franchise terhadap satu sistem IT yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia yang juga merupakan sebahagian daripada projek koridor raya multimedia MSC. Projek ini melibatkan setiap negeri dan daerah di seluruh Malaysia dan melibatkan pelaburan sehingga berbillion ringgit.

Syarikat ini juga pernah mendakwa mendapat kemudahan kredit daripada bank-bank ternama termasuk World Bank bernilai berbillion ringgit.

Syarikat ini dimaklumkan telah mengumpul pelaburan daripada orang awam dan syarikat-syarikat persendirian kononnya untuk diberi peluang di dalam projek yang akan dijalankan.

Maklumat yang diberikan oleh syarikat ini sebenarnya mengelirukan. Malah sebahagian besarnya tidak masuk akal. Syarikat yang mendakwa memiliki kemudahan kredit berbillion ringgit ini tidak memiliki pejabat tetap. Pengerusi Eksekutifnya Supandi bin Mohamad beroperasi dari Kuala Lumpur International Hotel, Kg Baru. Website mereka (http://www.medifacetechnologies.com/profile1.htm) memaparkan alamat pejabat di Seksyen 20, Shah Alam, namun demikian alamat tersebut sebenarnya merupakan sebuah restoran yang sedang diubahsai.

Maklumat berikut mengenai "The Electronic Bill Presentment & Payment (EBPP) Industry" di website mereka (http://www.medifacetechnologies.com/intro03.htm) sebenarnya diciplak daripada website ini (http://www.businessplans.org/ePower/epower01.html)

Yang lebih menghairankan ialah penggunaan nama kerajaan Malaysia di dalam website mereka. Malah mereka mendakwa telah memeterai perjanjian dengan bekas Perdana Menteri Malaysia (http://medifacetechnologies.blogspot.com/announce1.gif).

Pengerusi Eksekutifnya, Supandi Mohamad juga menggunakan gelaran-gelaran yang mengaitkan kerajaan Malaysia yang sangat mengelirukan. Berdasarkan maklumat di beberapa website berikut adalah gelaran-gelaran yang digunakan:

RCFM - Royal Commissioner of Federation of Malaysia
JCFM - Judicial Commissioner of Federation of Malaysia
FLCM - Federal Land Commissioner of Malaysia

Bolehkah pihak tuan menjalankan penyiasatan dan menimbulkan persoalan ini kepada pihak kerajaan samada melalui Parlimen atau pun saluran-saluran lain yang bersesuaian.

1) Benarkah syarikat ini pernah diberikan status MSC? Kalau benar atas dasar apakah syarikat ini layak utk diberikan status MSC. Saya mensyaki syarikat ini memohon status MSC berdasarkan maklumat palsu. MDC telah gagal menapis permohonan syarikat ini dengan sewajarnya ataupun ada orang dalam yg terlibat melulukan status MSC ini. Syarikat ini mungkin menggunakan status ini bagi mengelakkan cukai terhadap perniagaan yg tiada kaitan dengan MSC. Ada maklumat yg menyatakan Supandi Mohamad terlibat dalam perniagaan trading.

2) Apakah status laporan polis yg telah dibuat oleh MDC? Adalah polis menyiasat tentang status MSC sahaja atau pun perniagaan syarikat ini secara keseluruhannya? Maklumat yg ada lebih menunjukkan penipuan (fraud) di dalam perniagaan syarikat ini termasuk mengumpul pelaburan berdasarkan maklumat2 palsu. Malah tindakan mengumpul pelaburan dari orang awam tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah menyalahi undang-undang.

3) Bagaimana Supandi Mohamad boleh terus menerus menggunakan gelaran-gelaran yg mengelirukan dan mengaitkan kerajaan Malaysia termasuk gelaran Royal dan Judicial.

4) Kerajaan mesti bertindak segera bagi melindungi orang awam daripada terus ditipu oleh satu skim pelaburan yg tidak dapat disahkan kebenarannya. Banyak syarikat yg telah melabur di dalam skim ini.






___________________________
Terbitan : 16 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)