Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Di Tanjong Karang pingat PJK pun ada yang beli !

Oleh : Hantu Raya SS.

Rakyat tak terkejut dengan pendedahan pakar rujuk undang-undang UMNO, Rais Yatim tentang wujudnya ‘orang-orang tertentu ‘ yang sanggup mengeluarkan wang hingga puluhan ribu untuk mendapatkan pingat membawa gelaran ‘ datuk ‘ . Sebab amalan tu sudah berlaku sejak berdekad-dekad dulu dan semuanya dilakukan oleh orang-orang UMNO/ BN. Jadi kalau nak dikira, pendedahan Rais Yatim tu bolehlah dikatakan sebagai ‘ ketinggalan keretapi ‘. Pemimpin UMNO / BN yang membuat komen dan ulasan berjela-jela tentang perbuatan itu pun, sama jugalah ketinggalan keretapi !.

Kalau nak tau lebih lanjut , di kawasan Tanjong Karang yang sekarang ini diketuai oleh Khir Toyo dan rakannya Noh Omar Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pun ada yang sanggup beli ratusan ringgit !. Di kawasan Tanjong Karang sejak Allah Yarham Datuk Kamaruzzaman hingga sekarang pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan semua sudah ada PJK belaka. Sudah ada ratusan orang dan boleh buat persatuan PJK kalau mahu !. Hinggakan orang-orang kampung tempatan pun kadang-kadang terkejut apa agaknya jasa yang dibuat oleh seseorang pemimpin UMNO itu hinggakan dia boleh dapat pingat.

Beberapa tahun dulu ada sebuah cawangan di DUN Sungai Panjang yang diwakili Khir Toyo jadi ‘ gempar ‘ kerana seorang anak muda berusia dalam lingkungan 30 an turut dapat pingat PJK !. Orang kampungnya terpinga-pinga apa jasa yang sudah dibuatnya ? . Semak punya semak, ooooh rupanya sebab berjasa kepada UMNO. Pasal bertungkus lumus menubuhkan cawangan UMNO di kampungnya saja. Lain-lain jasa tarak !.

Sekarang sesiapa yang teringin buat kajian di kawasan Tanjong Karang, bolehlah buat kajian berapa ramaikah pemimpin UMNO di peringkat cawangan yang masih belum lagi dapat pingat dan yang sudah dapat pingat PJK. Mana-mana yang belum dapat tu mereka sudahpun cari jalan supaya dapat pingat juga !.

Oleh sebab penyenaraian nama mereka yang berhak mendapat pingat ‘ ada pakai-pakai ‘ maka orang ramai sekarang sudah tak hirau lagi siapa yang dapat pingat pada tiap tahun. Orang ramai sudah ‘ tidak hormat ‘ kepada penerimanya. Yang menggelikan hati, cuba saksikan upacara penerimaan pingat yang selalu diadakan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Dalam banyak-banyak penerima tu adalah nanti mereka yang silap ketika membuat ‘ sembah ‘ . Pasal apa ? Tuhan nak tunjuk ketika itu siapa yang benar-benar berjasa dan layak menerima pingat dan siapa yang cuba melalui ‘ pakai-pakai ‘ untuk mendapatkan pengurniaan pingat serta rasa bersalah !.

Untuk mengembalikan ‘ penghormatan ‘ masyarakat kepada penerima pingat, eloklah disarankan kepada mereka yang ‘ mencadang nama ‘ meneliti benar-benar siapa yang layak menerima pingat. Jangan pakai ‘ lantak ‘ dan ada ‘ apa-apa ‘. Sebab ramai di kalangan masyarakat mereka yang benar-benar berjasa dan sudah berpuluh tahun menabur bakti kepada masyarakat tempatannya dengan mengajar agama di surau dan masjid tanpa elaun apa-apa. Ada juga wanita-wanita yang mengajar anak-anak membaca Quran sejak berpuluh tahun di rumahnya dengan sukarela serta mempunyai bilangan murid semasa hingga berpuluh orang, tapi sampai sekarang tidak ada sesiapa yang mencadangkan namanya untuk menerima pingat ( Sebab dia penyokong parti pembangkang ! ). Ketepikanlah emosi kepartian. Sebab pingat-pingat tu bukan diberikan oleh UMNO / BN. Ia dikurniakan oleh sultan/ raja kepada seluruh rakyat di negerinya tanpa mengira bangsa , agama dan pahaman parti politiknya !.



___________________________
Terbitan : 20 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)