SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ramadhan: Mana teks tazkirah JAIS.Oleh: Imam Lama. Bulan Ramadhan telah berlalu beberapa hari. Ramai para jemaah yang datang menunaikan solat taraweh tertanya-tanya, kenapa tidak ada tazkirah dibacakan oleh imam selepas tamat solat taraweh, seperti mana Ramadhan tahun lalu. Berbagai-bagai tafsiran serta andaian diberikan oleh jemaah berhubung dengan ketiadaannya. Pendapat (1) Isu berhubung dengan tazkirah yang dilakukan oleh kebanyakan masjid / surau yang dikuasai oleh parti pembangkang seperti tahun lalu sekarang dianggap telahpun reda. Pegawai-pegawai masjid/ surau seluruh Selangor pun semuanya sudah terdiri daripada orang UMNO belaka. Jadi tidak perlu lagi ada tazkirah selepas tamat solat taraweh di masjid-masjid. Pendapat (2) Mungkin JAIS mengharapkan teks tazkirah tahun lalu boleh dibaca lagi kepada jemaah pada Ramadhan tahun ini. Tak payah diarah-arah lagi. Sebab pegawai-pegawai masjid yang semuanya peminat UMNO belaka paham dan tahu sendiri tentang apa sebenar tujuan JAIS yang dikuasai oleh pemimpin UMNO nombor satu di Selangor ( Khir Toyo ) mengadakan tazkirah. Tapi , malangnya semua pegawai masjid itu terdiri daripada kalangan mereka seperti PM Mahathir pernah nyatakan dulu : MELAYU MUDAH LUPA !. Jadi mereka tidak akan buat, kalau tidak ada arahan baru. Pendapat (3) JAIS menyedari usaha mengadakan tazkirah berpandukan teks khas yang dibacakan kepada jemaah, cuma macam kata perumpamaan: Bagai mencurah air ke daun keladi. Sebab itu, tak payahlah dibuat teks tazkirah dan dibacakan pada Ramadhan ini. Buat menghabiskan boreh jeeee. Pendapat (4) Melalui agen-agen risikan JAIS terdiri daripada para JKKK, dengan adanya pembacaan teks tazkirah itu menyebabkan jemaah semakin berkurangan . Sebab jemaah hanya di pihak yang mendengar macam tunggul kayu dan imam yang membaca tazkirah pula hanya syok sendiri bercakap. Tak boleh diulas, dan jemaah tak boleh bertanya !. Jadi, untuk mengelakkan jemaah kurang dan dikatakan oleh pembangkang sebagai tazkirah klon saja, lebih baiklah tak payah diadakan lagi tazkirah. Siap sembahyang taraweh, semua jemaah boleh baliiiiiiik !. Tadarus Quran pun tak payah .. Pendapat (5) Mengesahkan kebenaran dakwaan parti pembangkang bahawa JAIS kini ada pengarah tertinggi terdiri daripada pemimpin nombor satu UMNO Selangor yang sentiasa membuat arahan-arahan semasa dan mengikut keadaan politiknya . Kalau keadaan perlu , dia akan buat arahan. Kalau tidak perlu, arahan tidak ada. Sekarang isu pembacaan tazkirah di masjid oleh orang-orang yang menyokong parti pembangkang sudahpun tamat. Sebab itu, pembacaan tazkirah juga dianggap tamat !. Arahan dari pengarah tertinggi JAIS sekarang ialah potong mangga kunci masjid yang dikuasai oleh pembangkang ( Kesian pada pegawai-pegawai JAIS yang bertugas cara terpaksa. Sentiasa sahaja disumpah seranah dan dicaci oleh anggota masyarakat. Hendak solat taraweh di kawasan sendiri pun malu , sebab takut kena sindir ! ) Di antara beberapa tafsiran dan andaian diberikan di atas, pasti ada di antaranya yang menepati maksud sebenar JAIS meniadakan pembacaan tazkirah pada Ramahdan tahun ini. Walau apapun, kebanyakan jemaah mempersoalkan berapa kos JAIS membuat meja kayu rehal untuk meletakkan teks tazkirah yang diberikan pada setiap masjid seluruh Selangor. Sekarang di manakah diletakkan rehal tersebut, adakah ianya masih ada dalam setor dan sudah berhabuk atau telah dibuang dalam perigi buta kerana sudah rosak . Siapa yang untung dan siapa pula yang membazirkan wang rakyat .
Diterbitkan oleh : |