SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Episod FTVM Seterusnya: Siapa Yang Bakal Terbakar,Samy Vellu atau Pandithan?Hero Pujaan Mula Berang. Nampaknya episod Filem Tamil Versi Malaysia (FTVM) memasuki babak kedua. Konvesyen Jentera Pilihanraya MIC berlangsung di Shah Alam pada 9 November 2003,yang dirasmikan oleh Pak Lah merakamkan bagaimana `hero pujaan` menyalak semahu-mahunya membelasah `crook` yang berada diluar gelanggang. Presiden MIC sewaktu menggulung resolusi konvesyen memberi amaran keras bahawa Dato MG Pandithan Presiden IPF akan menerima akibat jika terus mengacau beliau. Kata Samy: “ Saya sudah banyak bersabar dengan Pandithan,selama ini saya banyak berdiam diri,tetapi sekarang saya sudah tidak boleh berdiam terhadap tindak tanduknya,sedikit masa lagi dia akan terbakar disebabkan perbuatannya sendiri.” Sebelum itu para perwakilan turut mengambil peluang membelasah Pandithan sebagai pernyataan sokongan mereka kepada Samy Vellu. Sekiranya Pandithan hadir dimajlis itu mungkin beliau akan patah riuk akibat dilemparkan kerusi meja keatasnya. Apa yang menghairankan disebalik kemarahan Presiden MIC kepada Pandithan sempat juga beliau menyindir Timbalannya Dato Subramanian.Ujar Samy Vellu: “ Saya tak marah kepada Dato Subra,tetapi Pandithan tidak berhak sama sekali mengkritik dan memburuk-burukan saya dan MIC.” Soalnya benarkah Samy begitu memarahi Pandithan,sedangkan Pandithan sudah lama tidak kena mengena dengan MIC sejak beliau menubuhkan IPF lebih satu dekad lalu.Betapa hebatnya pun salakan Pandithan terhadap Samy,dia tak mungkin berjaya menyingkirkan Samy Vellu dari MIC,melainkan ahli MIC sendiri yang berbuat begitu. Lalu kepada siapa kemarahan Samy Vellu itu ditujukan ? Tidak lain,hanya kepada Subra yang merupakan `musuh dalam selimut` Samy sebenarnya. Sikap Subra yang sentiasa `cool` itu membolehkan dia terus mendapat tempat dihati ahli-ahli MIC.Sementelah Pak Lah pula amat merestui Subra sejak sekian lama. Acahan Pandithan terhadap Samy itu hanyalah bonus untuk Subra. Skrip Pandithan sebenarnya ditulis oleh Pak Lah. Samy Vellu Menolak Usul Kepercayaan Padanya. Sekiranya Samy Vellu merasai dia masih perkasa didalam MIC,tidak mungkin dia sendiri menolak mentah-mentah usul `memberi kerpecayaan sepenuhnya kepada beliau untuk terus memimpin MIC` dari diperbahaskan. Ketika melarang usul tersebut dari diperbahaskan,Samy menjelaskan ia tidak kena pada tempatnya. Benarkah begitu ? Walhal dikhabarkan urusetia konvensyen telah pun menderaf usul tersebut untuk dibahas dan diterima oleh peserta konvensyen. Ertinya Samy terlebih dahulu telah merestui usul berkenaan. Realitinya, Samy diberitakan amat kecewa apabila disaat akhir beliau dibertahu hanya 53 orang pengerusi-pengerusi cawangan MIC terlibat membawa usul itu daripada sejumlah 4300 orang pengerusi-pengerusi MIC yang menghadiri konvesyen.Sekiranya Samy masih mahukan usul tersebut diperbahaskan kemungkinan besar dia akan `kecundang mengejut`dan jika itu berlaku mudahlah bagi Pak Lah untuk menghalaunya keluar. Pandithan akan ketawa besar manakala Subra akan beraya sakan! Mungkinkah Samy yang menyedari dirinya semakin tak releven dalam MIC akan mengikut jejak langkah Mahagurunya Tun Mahathir Mahataik.Masih terlalu awal untuk meramalkannya. Apa pun Konvensyen Jentera Pilihanraya MIC yang pada mula bertujuan untuk mengangkatkan semula martabat kepimpinan Samy akhirnya menjadi `back fire` kepada hero pujaan itu. Niatnya untuk menggertak Pak Lah nampaknya kurang berhasil. Setakat ini Pak Lah lebih berjaya `mensutradarakan`FTVM ini walaupun Tun Mahataik dikhabarkan turut bersama mengarahkannya nun jauh dari Laut Meditranean. Mari sama-sama kita tunggu episod seterusnya……untuk menyaksikan siapakah yang akan terbakar Samy Vellu atau Pandithan ! Inderaloka.
Diterbitkan oleh : |