Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Signifikan gerhana Ramadan 2003 (Bahagian 1)

Isa Adam Naziri

“Dia bertanya, bilakah hari kiamat (kebangkitan) itu? Ketika pemandangan telah kacau bilau. Dan bulan hilang cahayanya. Dan bulan dan matahari dikumpulkan. Dan hari itu manusia berkata, ke mana tempat berlindung?” Surah al-Qiyamah: 6-12

Allah memberi petunjuk bahawa Imam Mahdi akan bersama dengan kita apabila dua gerhana berlaku dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah, saya telah menyelidik bila kejadian astronomi ini akan berlaku. Daripada maklumat yang saya perolehi menjelaskan bahawa keajaiban ini dijadualkan pada Ramadan 2003.

Dalam satu hadith Ahlul Bayt “Diriwayatkan oleh Imam Muhammad al-Baqir bahawa kejadian kezuhuran Imam Mahdi akan didatangi dengan dua petunjuk yang jelas yang mana akan bersama dengannya sepuluh petunjuk yang kuat. Ia adalah gerhana matahari dan bulan, dan kejadian ini tak pernah berlaku semenjak Adam mendiami bumi.” - Ikmal al-Din, p.361

Hadith kedua versi lain yang boleh dipertikaikan kesahihannya menjelaskan seperti berikut: “Berkaitan Mahdi kita terdapat dua tanda-tanda yang tak pernah berlaku semenjak kejadian Bumi dan Syurga. Salah satu ialah pada bulan Ramadan bulan akan gerhana pada malam pertamanya dan matahari pada pertengahan hari bulan Ramadan; dan petunjuk ini tak pernah berlaku semenjak terciptanya Bumi dan Syurga.” - Dar al-Qutni, vol. 8,. P.188

Bagaimanapun penetapan tarikh gerhana tersebut dalam hadith tersebut ada kekeliruan yang mana penetapan masa bulan Ramadan mengikut hadith versi ini secara nyatanya adalah mustahil. Pertamanya bulan tidak boleh dikatakan gerhana pada malam pertama kerana sememangnya bulan tidak nampak pada malam tersebut. Walaupun sekiranya ia gerhana pada malam tersebut, maka ianya merupakan penunjuk yang tidak bermakna kerana sememangnya ia hampir tidak nampak pada masa itu. Gerhana pada masa itu mungkin tidak nampak sepenuhnya. Tiada manusia mampu nampak petunjuk bulan yang gelap pada malam pertama, walaupun ia memberi petanda besar akan kezuhuran Imam Mahdi.

Dua fenomena gerhana lunar dan solar ini akan berlaku dalam keadaan yang sangat berlainan. Sebagaimana hadith kedua menjelaskannya, dengan gerhana matahari berlaku di pertengahan bulan, ini memerlukan bulan secara mendadak menggandakan kelajuan pergerakannya sebaik bermulanya bulan Ramadan. Bagi mempercayai bulan perlu menggandakan kelajuannya sebaik bermulanya bulan Ramadan itu sendiri adalah cukup tidak munasabah. Ditambah lagi dengan fakta yang mana bulan akan gerhana pada malam pertama Ramadan adalah secara nyata mustahil untuk berlaku, jadi kita mesti menyimpulkan bahawa hadith versi kedua adalah tidak munasabah dan bahagian hadith mengenai penetapan tarikh berlaku gerhana adalah tidak dapat diterima kerana tidak logik secara saintifiknya. Imam Ali al-Redha memberitahu kita bahawa kita mesti memahami Islam melalui alasan/hujah:

“Keajaiban Allah yang paling besar adalah akal manusia. Ia membolehkan untuk memikirkan idea-idea dan mencari penjelasan. Islam sangat mengehendaki penjelasan manusia. Manusia perlu mempercayai Allah melalui hujah dan bukan melalui keajaiban.”

Jadi, berdasarkan pengajian dalam astronomi yang mana Imam Ja'far as-Shadiq juga mengkaji dan mengajarnya, adalah tidak munasabah untuk membayangkan bagaimana gerhana ini dijadualkan akan berlaku mengikut pendapat kedua. Dan juga, semenjak Imam Muhammad al-Baqir menyatakan pentunjuk tersebut tidak menyatakan tarikh-tarikh bila akan berlakunya gerhana tersebut, maka kita hanya boleh menerima bahawa dua gerhana itu akan berlaku dalam bulan suci Ramadan.

Keajaiban dua gerhana ini dijadualkan pada 9 November dan 23 November 2003. Bulan Ramadan 2003 dijadualkan lebih kurang pada 27 Oktober hingga 27 November 2003. Ramadan mempunyai 30 hari waktu lunar, kedua-dua gerhana pada 9 November dan 23 November jatuh dalam bulan suci ini - al-hamdulillah! Gerhana bulan pada 9 November akan kelihatan di Eropah, Barat Daya Asia, Afrika dan Amerika. Gerhana matahari pada 23 November akan kelihatan dari Antartika dan Laut India Utara.

Walaupun begitu kita mendapati umat masih lagi menafikan petunjuk tuhan ini dan akan menolak Imam Mahdi sehinggalah datang tribulasi besar barulah mereka tiada pilihan melainkan mengikuti beliau. Moga Allah memperkuatkan iman kita yang mana kita mempunyai mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar kebenaran yang mana Ruh itu bercakap dengan umatnya. Semoga Allah mempercepatkan kezuhuran Imam Mahdi, dan moga Allah membawa semua mereka yang membaca ini untuk mengakui Imam Mahdi bila diberikan petunjuk tersebut dimana beliau berada disamping kita.

Adakah kezuhuran ini secara zahir?

Adalah difahami secara umum dari pelbagai hadith bahawa ini adalah petunjuk utama akan kembalinya Imam Mahdi. Walau bagaimanpun saya tidak berhasrat untuk meramalkan sama ada beliau akan zahir atau tidak. Tidak sesekali dalam apa jua keadaan dalam kes ini sebagaimana yang difahami dalam hadith Ahlul Bayt pada awal lagi. Bagaimanapun, ini bukan bermakna beliau akan kembali sambil mendakwa “Akulah Al-Mahdi”. Dalam apa jua keadaan beliau akan merahsiakan identitinya, terutama pada permulaannya, ataupun kerajaan-kerajaan di dunia ini akan menghantar orangnya untuk membunuh beliau. Kita telah mengetahui sebahagian besar ummah menolaknya. Kita telah diberitahui oleh Imam Ja'far as-Shadiq yang mana “orang Arab akan menentangnya” dan ajarannya akan sangat sukar untuk diterima. Kita telah diberitahu bahawa 40,000 ulamak akan mati ditangan Imam Mahdi dan pengikutnya.

Satu hadith memberitahu bahawa satu delegasi muslimin telah dihantar untuk menanyakan sama ada beliau Imam Mahdi, dan apabila beliau menafikan maka beliau sebenarnya adalah Al-Qaim yang ditunggu-tunggu. Kemudian kumpulan tersebut kembali kepada yang mengarahkan mereka dan memberitahu bahawa beliau menafikan beliau Imam Mahdi, lalu pengarah tersebut mengatakan “sekarang kita tahu bahawa beliau adalah Mahdi!”

Jadi kita harus jelas bahawa pertama dalam apa jua keadaan beliau tidak akan menghebohkan bahawa beliau adalah Imam Mahdi, tetapi akan menyeru manusia bersamanya kembali kepada Islam, dan berjihad menentang sistem Dajjal. Semoga Allah membantu kita semua untuk mengenali beliau apabila beliau muncul.

Adakah petunjuk sebegitu pernah terjadi sebelum ini?

Gerhana bulan dan matahari selalu berlaku dalam bulan yang sama. Akan tetapi ianya tidak selalu berlaku dalam bulan Ramadan. Kita tahu hadith Ahlul Bayt dalam perkara ini menjelaskan bahawa “Gerhana matahari dan bulan ini dan petunjuk yang sepertinya tidak pernah berlaku semenjak Adam”

Dua gerhana yang pertama berlaku dalam catatan sejarah dalam bulan Ramadan adalah pada tahun 283 AH/896H. Imam Mahdi kesayangan kita telah bersama kita selama 28 tahun pada masa dua gerhana itu berlaku. Sekali lagi kita diberitahu bahawa petunjuk ini bersamaan dengan 10 petunjuk. Kita juga tahu bahawa yang akan berlaku pada 2003 merupakan yang terakhir untuk beratus-ratus tahun - mengikut perkiraan semasa ia akan berlarutan sehingga tahun 3000 dan tiada apa-apa untuk ditunjuk pada masa itu.

Jadi kita bukan mengatakan gerhana pada bulan Ramadan tidak pernah berlaku - padahal kita tahu ia berlaku untuk pertama kalinya semasa Imam Mahdi kita berumur 28 tahun. Kita telah diberitahu itu adalah petunjuk kezuhurannya. Ini bukan menandakan kezuhurannya ditutup tetapi menandakan tribulasi besar oleh dajjal akan ditutup sebagaimana dijelaskan dalam Surah al-Qiyamah: 6-10. Kita tahu bahawa berdasarkan dalam al-Quran dua gerhana ini bukan dua gerhana ketika Imam Mahdi berumur 28 tahun dalam tahun 283AH/896H.

Guru Granth Sahib berkata kitab suci Sikhs: “Apabila Nishkalank Avtar muncul, beliau datang menyeru kepada seluruh dunia; dan matahari dan bulan akan memberikan buktinya.” Manakala dalam ajaran yang lain dinyatakan, “Bintang syurga dan kumpulannya tidak akan menyinar; matahari akan menggelap, dan bulan tidak menjadikan cahayanya menyinar.” - Isaiah 13:10

Begitu juga dalam Injil menyatakan, “Tiba-tiba selepas tribulasi pada hari-hari itu matahari akan menggelap, dan bulan tidak akan meberi cahayanya, dan bintang-bintang akan jatuh dari syurga, dan kuasa syurga akan digoncang, dan kemudian akan muncul petunjuk anak Adam di dalam syurga.” - Matthew 24:39

Disini mengesahkan bahawa “kemudian akan muncul petunjuk anak Adam di dalam syurga.’ Disini terdapat perbezaan petunjuk dengan dua gerhana Ramadan seperti yang dinyatakan diawalnya. Yang terakhir “petunjuk anak adam di dalam syurga” ialah petunjuk kezuhuran Ruhullah Isa Al-Masih, sebagaimana beliau merujuk diri beliau dan oleh orang lain sebagai anak Adam, termasuk di dalam kitab Matthew yang mana ramalan tersebut dilaporkan.

Jadi kita tahu bahawa dua gerhana yang paling penting adalah bukan yang berlaku pada 283AH/896H, yang ianya juga bukan merujuk dengan kezuhuran Ruhullah Isa Al-Masih, ia adalah yang mana Az-Zaman Ad-Dajjal akan keluar.

Tambahan pula kita telah diberitahu dalam hadith Ahlul Bayt bahawa petunjuk ini bersamaan dengan 10 petunjuk lain dan lagi kita tahu bahawa hampir keseluruhan ummah akan menjelaskan pada diri mereka bahawa ini adalah hanyalah bermakna Imam Mahdi akan kembali tidak lama lagi. Malahan sekarang kita memberitahu orang ramai mengenai petunjuk Allah akan kezuhuran Imam Mahdi, pada anggapan pertama kebanyakan mereka masih lagi tidak mempercayainya. Semoga Allah memperkuatkan iman kita jadi kita dapat mengenali Imam Mahdi kita apabila dia mendekati kita.

........................................
Isa Adam Naziri adalah seorang berbangsa Yahudi yang telah memeluk agama Islam dan menyakini bahawa Imam Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Di samping itu, beliau juga merupakan seorang intelektual yang terkenal di dunia serta sering membuat perbahasan tentang fenomena dunia di akhir zaman.
.......................................
Sumber: http://www.ummahonline.cjb.net/



___________________________
Terbitan : 20 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)