SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Surat SuhakamPAS / K.100 / 2.01 ( 17 ) 17 Sya’aban 1424 / 14 Oktober 2004 Kepada, Tuan Pengerusi,Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Menara Tun Abdul Razak, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tuan, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh LAPORAN TERHADAP PENCABULAN HAK ASASI OLEH POLIS DAERAH AMPANG JAYA. Tujuan surat ini adalah untuk melaporkan tindakan pihak polis di Kg. Pandan yang mencabuli hak kami sebagai sebuah parti politik yang berdaftar dan ahli-ahli kami sebagai rakyat Malaysia. Pada 11 Oktober lepas, pihak polis telah melakukan satu provokasi terhadap majlis penerangan kami. Majlis tersebut telah diadakan dari jam 9.30 malam hingga 12.00 tengah-malam di dalam kawasan pejabat kami beralamat di No. 20, Jalan Pandan Mewah (Jalan H), Kg. Pandan, 56100 Kuala Lumpur. Tempat di mana pencabulan hak itu berlaku adalah di bawah bidangkuasa Polis Daerah Ampang Jaya, di mana ACP Azmi Hashim merupakan Ketua Polis Daerah. Perkara-perkara berikut telah dilakukan oleh pihak polis :- - Mengadakan dua sekatan jalanraya di kedua-dua hujung Jalan H dari jam 6.45 petang hingga 12.00 tengah-malam. - Menempatkan lebih-kurang 50 orang anggota polis yang beruniform di sepanjang Jalan Pandan Medan (Jalan H). - Menempatkan anggota-anggota polis tidak beruniform di sepanjang jalan tersebut. Tindakan pihak polis itu telah mengakibatkan beberapa perkara :- - Menakut-nakutkan mereka yang hendak menghadiri majlis penerangan kami. - Kehadiran begitu ramai anggota polis yang beruniform serta kenderaan-kenderaan polis telah mewujudkan suasana tegang. Majlis penerangan kami pada malam itu dan pada masa-masa yang lain telah berjalan dengan tenang dan aman. - Sekatan-sekatan jalanraya oleh pihak polis telah menghalang aliran trafik dan menyusahkan penduduk tempatan. - Kehadiran pihak polis yang tidak diundang telah memberi gambaran seolah-olah majlis kami adalah satu perhimpunan haram walhal ianya telah diadakan di dalam kawasan pejabat kami maka oleh itu tidak melanggar undang-undang. Ini telah memberi imej yang buruk kepada PAS di kalangan penduduk setempat. Tindakan pihak polis ini jelas sekali telah mencabuli hak kami sebagai sebuah parti politik dan hak ahli-ahli kami sebagai rakyat Malaysia. Tetapi yang paling serius tindakan pihak polis berupaya memberi keuntungan kepada parti-parti lawan kami seperti UMNO dan Barisan Nasional iaitu menghalang orang datang ke majlis kami dan memberi imej buruk kepada kami. Oleh itu pihak kami juga berharap agar pihak tuan dapat membuat penyiasatan sama ada pihak UMNO atau Barisan Nasional di kawasan Parlimen Pandan atau Ampang telah memaksa pihak polis Ampang Jaya untuk mengagalkan program-prgram PAS. Kami yakin penyiasatan ini amat perlu kerana pada 1 Oktober 2003, Ketua Perhubungan UMNO Selangor, YAB Dato’ Seri Mohammad Khir Toyo telah mengadakan satu rapat umum di padang awam Taman Kosas tanpa dihalang oleh pihak polis Ampang Jaya. Berdasarkan bendera dan kain rentang yang dipasang, program tersebut telah dianjurkan di atas nama UMNO dan Barisan Nasional. Iaya bukan program resmi kerajaan negeri. Sikap “double-standard” dan pilih kasih yang diamalkan oleh pihak polis Ampang Jaya disedari oleh masyarakat di Ampang Jaya dan sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan maruah dan kredibilti pihak polis di Ampang Jaya. Oleh itu tindakan pihak SUHAKAM dapat memastikan semangat demokrasi dihormati dan setiap rakyat Malaysia menkimati hak yang sama tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Aduan terhadap polis di Ampang Jaya pernah diserahkan oleh PAS pihak dalam tahun 2002 tetapi sehingga ini belum ada lagi makluman tentang penyiasatan ke atas aduan tersebut. Dengan itu kami berharap, kali ini pihak SUHAKAM akan lebih bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugasnya. Sekian. Terima kasih. “MENUJU KEMENANGAN” Saya dengan hormatnya, ISKANDAR ABDUL SAMAD YANG DI PERTUA PAS KAWASAN PANDAN SELANGOR DARUL EHSAN s.k. - YAB Dato’ Seri Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. - YB Dato’ Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor. - Biro Pengaduan Awam. - Badan Perncegah Rasuah.
Diterbitkan oleh : |