SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Jalan raya terburuk ada di Selangor !Oleh: Kang Semar Sesiapa yang pernah menggunakan jalan raya Kuala Selangor – Sabak Bernam sekali sekala atau setiap hari tahulah dia bagaimana buruknya jalan yang terpaksa dilalui. Masalah jalan raya terburuk ini bukan hanya berlaku sehari dua saja, tapi sudah hampir sepenggal Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor. Sudah berpuluh orang pengguna jalan raya menemui ajalnya . Ada yang serentak hingga lima orang terkorban di atas jalan raya tersebut. Kalau hendak dikira kenderaan yang menjunam masuk ke dalam gaung buatan di tepi jalan pula, tak tahu berapa jumlahnya !. Tapi, Khir Toyo tetap juga mendakwa Selangor negeri maju. Selangor negeri membangun. Selangor lebih baik dari negeri-negeri yang diperintah PAS di Kelantan dan Terengganu. Dan entah macam-macam lagi pujiannya tentang Selangor. Sementara itu kroni-kroni dan pengampunya terus menerus memukul canang mengatakan Khir Toyo MB Selangor yang bijak dan pantas membuat pembangunan. Walaupun begitu, cuba tanya pada pemandu-pemandu lori atau pemandu bas pelancong yang sudah keliling Malaysia membawa kenderaan bas atau lorinya. Mereka mengatakan di negeri Selangorlah jalan raya yang terburuk berbanding dengan jalan raya yang ada di negeri lain dalam Semenanjung Malaysia !. Kata mereka, kalau memandu di jalan raya Kuala Selangor – Sabak Bernam hendak mengisap rokok pun tak selesa. Sebab kalau silap-silap hari bulan bukan sahaja lori atau bas terbabas masuk gaung buatan di tepi jalan raya, malah boleh melanggar pengguna jalan raya yang lain pula. Tambahan pula jalan raya sepanjang lebih 30 km itu memang padat dengan penduduk di sekitarnya. Ada yang naik motorsikal dan ada juga yang naik basikal cabuk di atas jalan raya !. Sudahlah sebuk dengan pengguna jalan raya, jalannya pula sempit dan penuh lobang-lobang di atas pemukaannya. Lobang-lobang jalan itu pula ada yang dalam hingga hampir setengah kaki. Tak pernah dibaiki. Namun begitu bila Khir Toyo balik ke kawasan, keretanya tetap membunyikan ‘seren ‘ supaya pengguna jalan raya yang lain ke tepi serta merta. Maka kelam kabutlah semua kenderaan yang ada di atas jalan raya pergi ke tepi. Silap-silap langkah mereka boleh terbabas atau terjatuh dari kenderaan masing-masing. Begitulah baiknya MB Selangor kepada rakyat !. Seperkara lagi, sejak pembinaan jalan raya yang entah bila akan siapnya, tanda-tanda jalan semuanya sudah ‘ terbang ‘ entah ke mana. Menyebabkan pengguna jalan raya boleh buat undang-undang sendiri. Mereka boleh potong pada jalan selekoh. Mereka juga boleh membawa kenderaan laju melebihi hadnya, terutama pemandu-pemandu samseng .Sudahlah begitu, nama-nama kampung juga sudah tidak lagi kelihatan. Betul-betul macam jalan dalam kawasan perkampungan ‘ koboi ‘ !. Dikhabarkan , ada satu rombongan pengantin dari Teluk Intan, Perak hendak pergi ke majlis perkahwinan di sebuah kampung dalam kawasan Sungai Panjang ( kawasan DUN Khir Toyo ) pada waktu malam , mereka telah terlajak jalan hingga ke pekan Tanjong Karang. Kerana tanda arah jalan waktu itu belum lagi dibuat oleh pihak berkenaan. Maka puaslah rombongan pengantin itu bertanya di beberapa tempat dan akhirnya sampai juga pada masa hampir tengah malam !. Yang mengelikan hati, ada orang yang menyamakan jalan tersebut macam jalan lepas kena serangan bom Amerika !. Entah betul , entah tidak dakwaan mereka itu. Tapi kalau sesiapa tak percaya silalah datang menyaksikan kebenarannya dan merasakan betapa ‘ azabnya ‘ jalan raya di negeri Khir Toyo yang menjadi Menteri Besarnya…….
Diterbitkan oleh : |