Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bosannye ceriter lame nih!!!

Korang tentu ada baca dalam Utusan Meloya bebaru ni...pasal 77 buah kereta mewah yang diseludup masuk bernilai RM46 juta tu ler. Bayangkanlah kenapa selama ini kisah kereta mewah diseludup masuk tak pernah dapat diselesaikan oleh Jabatan Kastam Diraja? Same jer dengan segala maknika barang seludup lain seperti dadah, mercun, rokok, arak dsb. Aku tak nafikanlah memang jenis manusia ni suka buat kerja seludup...memang boleh kaya. Bukan setakat kaya diri sendiri malah mengkayakan orang lain termasuk pegawai-pegawai k'jaan yang mungkin kelabu mata dengan wang panasss...aku bukan saja-saja nak kutuk tapi dah jadi trend Kastam sebegitu...memang ramai yang jujur...aku akuilah hangpa memang baik. Cuma nak bagitau saja bahawa tak ramai dari kita yang takut kat BPR tu...sebab orang BPR manusia juga...jalankan tugas sebagai kakitangan bawahan...bila yang terlibatnya orang atasan tentu kita terkedu mati kutu. Kita ni ada anak bini nak sara...kalau disepak keluar dari jawatan ni susahle sikit. Macam akulah...24 tahun makan gaji...aku tak berani nak buat tak tentu hala didalam jabatan ni...walaupun tahu ada kekawan yang berlebih-lebihan cara hidupnya. Biar dulu depa enjoy...satu hari nanti kalau dah tersilap langkah kena juga perangkap BPR. Kita relax dulu.

OKlah...cerita kereta Merc dan BMW seludup tu memang seronok punya hal...bayangkan bagaimana 77 kereta yang belum dapat dikesan itu berjaya dibawa masuk. Maknanye 77 kali kastam kena tipu...BODOH BETUL KE GENG-GENG aku nih? Terpedaya dengan begitu teruk...selama ini apa Kastam pejam mata ke? Panjang ceritanya. Tapi yang nak aku gelak tu Bos-Bos dalam Kastam boleh pulak buat kenyataan memujuk tuan-tuan punya kereta tu serah kereta tu sebelum ditahan. Ni apa pulak ni? Burujerlah...apa pujuk rayu...ni nak jadi macam kes lesen terbang dulu jugak ker...dah puas pujuk orang tak peduli JPJ pun buat tak kisah jer. Kastam begitu juge AGAKNYA? Sebenarnya ramai orang tak sedar bahawa kebanyakan kereta mewah ni dibawa masuk dalam keadaan siap dipasang...istilah omptehnya CBU( completely built up ) Maknanya jalan masuknya melalui pelabuhan...Kastam ada di situ...ramai depa!!! Sebelum masuk Malaysia mesti ada AP ( approval permit ). Takkanlah orang Kastam tak dapat bezakan mana yang asli mana yang palsu AP nih. Atau pun AP itu asli TETAPI DIGUNA BERKALI-KALI BERSAMA BORANG IKRAR KASTAM TANPA ENDORSEMENT. Almaklumlah perkara ni terjadi semasa aku dalam UPP di Kelantan dulu. Smuggler guna Borang Ikrar Kastam No. 1 berkali-kali untuk banyak consignment...kalut betul...bayar sekali masuk barang berkali-kali. Tau sajalah Pegawai Kastam pun gaji kecik...lulus SPM/MCE tahun 70an baru RM295...lepas potongan EPF, Union, Ko-Op, Pinjaman Perumahan, ansuran kereta, belanja persekolahan anak-anak, belanja perubatan dsb gaji tinggal berapa? Kalau tokey-tokey projek sudah offer RM3000 sebulan tak nak ke? Seberang sana pekan Golok dok nanti dengan gamit-gamitan 'ayam'...apa lagi beb...sambar je. Dosa?!!! Nanti kita tobatlah...jangan marah aku, ni cerita betul...bukan tipu macam cerita polis malaikat Gerak Khas TV2 karya Ucop Haslam. Kalau aku buat skrip SKUAD ELIT memang boom punyer.

Balik cerita kereta mewah tadi...memang banyak hasil negara lupus sekiranya kereta-kereta tu tak berjaya dikesan...duti importnya 300%, Cukai Jualannya 10%...banyak tak?

OK...Dalam Utusan Meloya tu ceritanya ada sindiket luar negara yang dalangi...tapi sindiket takkan berjaya main game ni sendirian...orang M'sia mesti bagi jalan...Pegawai Kerajaanlah sasarannya...depa ni banyak hutang...tak percaya? Alamak...Boss aku GAJI DALAM PAYSLIP RM6K...tapi bawa balik RM2K je...mana cukup makan...kereta jer 2 biji...dia macam kita juga kena bayar road tax, petrol, ganti minyak enjin, ganti tayar, anak-anak boros, bini berlagak...tentu teruk!!!

Letihlah...nanti lain masa kalau ada permintaan aku sambung cerita...pening-pening lalat kita bila tengok kerenah manusia.

melayu_proto@yahoo.com






___________________________
Terbitan : 16 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)