SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Rintihan Eksekutif MISC (anak syarikat Petronas)Saudara Pengarang, SAYA seorang pekerja eksekutif di MISC ingin memberikan sedikit input tentang masalah yang kami hadapi bila menubuhkan kesatuan tadi. Setelah MISC diambil-alih oleh Petronas pada tahun 1998, beberapa perkara besar telah berlaku di dalam syarikat ini. Pada mulanya kami menyangka nasib kami akan lebih baik di bawah pengurusan yang baru. Satu penyusunan semula organisasi telah dilakukan oleh pihak pengurusan yang baru. Oleh kerana banyak sangat perubahan yang berlaku maka saya fokuskan beberapa yang besar (main events) sahaja: (1) Pertukaran pasukan pengurusan (management team) yang masa kesemuanya oleh kakitangan peringkat kanan adalah para pegawai dari Petronas. Cuma seorang dua sahaja kakitangan yang dari MISC; (2) Pengenalan budaya kerja Petronas, melancarkan Visi, Misi dan Nilai2 Bersama. (rujuk web-site resmi MISC = www.misc-bhd.com) (3) Hampir semua jawatan kanan dipegang kakitangan yang ditukar (seconded) dari Petronas (4) Penyusunan semula organisasi bagi ‘over-haul’ syarikat bagi mencapai tahap global (world class). Semua sistem perkomputeran yang kritikal diubah kepada yang baru melalui ‘Projek Catalyst’ (5) Memindahkan ibu pejabat MISC dari Wisma MISC di Jalan Conlay ke Menara Dayabumi pada tahun 1998. Memang kami menyangka semua perubahan ini akan memberi manafaat kepada kesemua pihak: Pengurusan, Syarikat, Pemegang saham serta para kakitangan syarikat. Tidak lama lepas itu kakitangan MISC mula merasa tidak puas hati terhadap budaya kerja serta layanan pihak pengurusan terhadap kakitangan MISC, yang mana semua tuduhan dan pra-sangka terhadap kami penuh dengan kata-kata yang kurang manis pada pendengaran telinga kami. Apabila bermulanya episod penamatan perkhidmatan kakitangan bukan eksekutif melalui skim ‘Voluntary Separation Scheme’ (VSS), kami mula merasa sangsi akan nasib kami. Ok lah, VSS itu tawarannya boleh dikatakan bagus berbaloi dengan khidmat yang telah disumbangkan sekian lama kepada syarikat. Oleh kerana keadaan yang tidak memuaskan hati, jumlah kakitangan bukan eksekutif yang menerima VSS lebih ramai daripada quota yang dikehendaki oleh pihak pengurusan. Maka demi menjaga supaya kerja tidak terbengkalai, maka syarikat terpaksa mengambil kakitangan sementara serta menyambung kakitangan yang menerima tawaran VSS secara kontrak selama 6 bulan. Agaknya untuk mengelak dari situasi VSS dulu itu maka ‘pekej perberhentian’ kakitangan eksekutif tidak dibuat secara terbuka, tetapi sebaliknya tawaran kepada kakitangan yang ‘terpilih’ sahaja. Sayugia dimaklumkan, mereka yang diberikan surat tawaran ‘separation package’ (SP) terdiri dari kalangan kakitangan yang telah lama berkhidmat (sekitar 20 tahun atau lebih). Adalah sesuatu yang ironis, tidak logik dan penuh kontradiksi, apabila kita fikirkan tentang Petronas dan MISC, yang merupakan dua buah syarikat gergasi milik kerajaan; Petronas yang mampu melabur dalam industri petroleum di luar negeri seperti Sudan, Vietnam dan Afrika Selatan serta menaja dua kereta lumba bertaraf Fomula 1 (F1); MISC pula menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke seluruh dunia:- Eropah, Australia, Timur Jauh, Amerika; yang boleh dianggap sebagai kebanggaan rakyat Malaysia yang menempatkan nama baik di persada dunia, TETAPI seolah-olah tidak mampu untuk menawarkan pekerja-pekerja dengan skim pekerja yang baik kepada kakitangan MISC, yang majoritinya adalah rakyat Malaysia juga, yang juga berbangga dengan imej kedua-dua syarikat ini. (walaupun mungkin akan diberhentikan kerja melalui apa skim jua, VSS ke, SP ke, dan macam-macam lagi…!!) Adakah ini bermakna nilai-nilai kemanusiaan semakin terhakis dari pemikiran, minda dan hatibudi pihak pengurusan? Saya amat berharap Saudara Pengarang dapat menyiarkan surat ini, semoga rakyat Malaysia mendapat maklumat mengenai perkara ini. Sekiranya pihak MISC memberian respon di ruangan ini itu adalah lebih alu-alukan juga. Saya rasa menulis surat kepada berita web lebih selamat daripada memberikan teguran secara terbuka, kerana saya percaya pihak pengurusan tidak akan dapat menerima perbezaan pendapat dari pendapat mereka.. (salah satu ciri-ciri diktator..??) sekiranya ada yang berani makan mesti bersedia menerima dugaan seperti yang dialami oleh Presiden kesatuan kami. Pada 28 Oktober yang lalu Bernama telah menyiarkan berita mengenai masalah kesatuan kami. Oleh kerana petikan sumber Bernama itu dalam Bahasa Inggeris, saya telah membuat satu terjemahan bebas, demi tatapan pembaca yang tidak membaca di daalam Bahasa Inggeris. Berikut adalah terjemahan bebas dari petikan berita yang bersumber Bernama itu: Sekat Kesatuan Sekerja: MTUC Memberi Amaran Kepada MISC PETALING JAYA, 27 Okt (Bernama) – Kongres Kesatuan Perdagangan Malaysia (MTUC) telah memberi amaran keras kepada Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) Berhad di atas tuduhan terlibat aktiviti-aktiviti menyekat kesatuan sekerja. Presidennya, Senator Zainal Rampak, berkata MTUC tidak faham mengapa sebuah syarikat established seperti MISC, anak syarikat Petronas, merasa sangat tergugat dengan kewujudan sebuah kesatuan sekerja kakitangan eksekutif, yang tujuannya hanya menjalankan rundingan dalam suasana diplomasi dan setiakawan mengenai kebajikan kakitangan eksekutif MISC. “Saya kecewa mengenai perkara ini. Saya tidak dapat mempercayainya mengapa sebuah syarikat besar seperti MISC boleh terlibat menyekat kesatuan secara terang dan jelas. MTUC tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Kita akan berikan bantuan di dalam kes ini sehingga MISC mengiktiraf kesatuan kerana ianya dibenarkan di bawah Akta Hubungan Industri,” kata beliau kepada para pemberita di pejabat Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (TWU) di sini Isnin. Terdahulu daripada itu, di pejabat TWU, Presiden Kesatuan Kakitangan Eksekutif MISC Berhad, A. Majid Maidin, salah seorang pengurus kanan jabatan teknikal syarikat itu, mengadakan sidang akhbar untuk mendedahkan kegiatan menyekat kesatuan oleh pihak pengurusan MISC. Menurut Majid, MISC sememangnya mahu memecah-belahkan kesatuan dengan mengeluarkan surat penukaran tempat kerja (secondment letters) kepada para pemegang jawatan utama kesatuan, iaitu Majid, bendahari kesatuan dan salah seorang daripada ahli exco kesatuan. “Kami diarahkan melapur diri untuk bertugas di Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Melaka pada 30 Sept, untuk program attachment selama sebulan. Selepas itu kami mesti melapurkan diri untuk bertugas di INSTEP di Batu Rakit, Trengganu. Semuanya hanya seminggu selepas kesatuan didaftarkan secara resmi dengan Pengarah Besar Kesatuan Perdagangan pada 22 Sept,” kata beliau. Majid, yang telah berkhidmat selama 23 tahun dengan MISC, berkata beliau enggan menerima penukaran tempat kerja itu, manakala Bendahari kesatuan menerima dengan protes. Ahli exco telah melapurkan diri untuk bertugas di ALAM, tidak memprotes kerana beliau tidak menyedari bahawa penukaran itu muslihat untuk menyekat kesatuan. Akibat kengganannya, Majid berkata MISC mengeluarkan surat yang menyatakan sekiranya dia gagal melapurkan diri untuk bertugas di ALAM pada 22 Oktober, bererti beliau melanggar peraturan pekhidmatan dan beliau tidak lagi dikira kakitangan syarikat. “Syarikat telah menahan gaji bulan Oktober saya, tanpa merujuk kepada saya, tanpa memaklum apa-apa sebab pun atau memberikan surat perberhentian perkhidmatan. Ini jelas merupakan kesalahan di bawah Seksyen 20 Akta Hubungan Industri, dalam penamatan perkhidmatan yang salah (wrongful termination),” kata beliau. Majid berkata beliau telah bertemu Pengarah Besar Hubungan Industri, Mohd Yunus Mohd Razali, dan beliau dan para pemegang jawatan kesatuan telah membuat komplain di bawah Seksyen 8 Akta Hubungan Industri, dengan tuduhan menyekat kesatuan. Beliau medakwa MISC gagal menghantar wakilnya di satu mesyuarat yang dijadualkan pada 13 Oktober, dan ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa MISC enggan menyelesaikan perkara tersebut. Majid juga mendedahkan untuk memburukkan lagi keadaan, MISC telah menawarkan ‘pekej berhenti khas’ kepada beberapa orang eksekutif yang dipilh, kesemua mereka ahli-ahli kesatuan, dengan niat untuk menamatkan perkhidmatan mereka dari MISC. Mereka dikehendaki memberikan jawapan kepada tawaran itu sebelum 1 November, yang mana ini adalah tidak adil kerana kebanyakan mereka hanya menerima surat tawaran itu beberapa hari yang lalu, kaata beliau. Majid berkata beliau mendapat jaminan dari Zainal kesatuan itu menerima sokongan dan bantuan sepenuhnya dari MTUC di dalam perkara ini. Satu lagi mesyuarat telah dijadualkan pada 12 November di Jabatan Hubungan Industri di Putrajaya. “Saya amat berharap wakil MISC akan hadir di mesyuarat itu. Saya percaya kita masih boleh selesaikan perkara ini melalui perundingan. Kalau tidak, kita tidak ada pilihan lain, melainkan mengheret MISC ke Mahkamah Perindustrian,” kata Majid. Sumbangan dari:Penyokong Kesatuan Kakitangan Eksekutif MISC.
Diterbitkan oleh : |