Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tulisan Penyumbang Bahan2 Tranung Kite

Asalamualaikum,

Saya adalah salah seorang peminat laman web Tranung Kite.

Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk menyalahkan atau mengutuk sesiapa pun tetapi sekadar ingin membuat teguran. Kebanyakan artikel-artikel yang ditulis oleh penyumbang-penyumbang web ini adalah baik-baik belaka walaupun boleh dipertikaikan kesahihannya kerana tiada bukti-bukti yang kukuh, tetapi itu bukanlah masalahnya, yang menjadi masalah ialah laman web ini mewakili Pas Kawasan Dungun (Kalau tak silap) tetapi susunan bahasa yang di siarkan didalam artikel-artikel amatlah menyedihkan, tidak langsung melambangkan bahasa ilmu, sedangkan laman web ini mewakili sebuah parti yang berteraskan Islam . Dengan ejaan yang tunggang langgang, (di sekolah dahulu seingat saya guru-guru tak pernah mengajar mengeja cara beberapa orang penyumbang di laman ini) Adakah begitu susah menulis dengan bahasa dan ejaan "standard" yang boleh difahami oleh semua orang. Cerita penyumbang-penyumbang bahan-bahan di web ini cukup menarik tetapi apabila ejaan dan gaya bahasanya yang tak teratur, mematikan minat untuk membaca artikel-artikel tersebut. Harap-harap para menyumbang yang aktif tidak berkecil hati, sekadar memberikan pandangan dan teguran. Diharap ubahlah gaya penulisan saudara-saudara, berikanlah sumbangan anda pada laman web ini bukannya meny"sumbang"kannya lagi.






___________________________
Terbitan : 7 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)