Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

BENGKEL MEMBINA WEBSITE CARA MUDAH DAN PERANG SIBER DIADAKAN LAGI!

Di atas permintaan dan sambutan yang diterima Bengkel Asas Membina Laman web akan diadakan semula pada 8hb dan 9hb ini.

Dalam perkembangan dunia yang pesat ini, maklumat telah dijadikan senjata untuk memperluaskan pengaruh. Kumpulan yang mengusai maklumat khususnya penyebaran maklumat akan mampu memperkukuhkan kuasa.

Gerakan Reformasi Malaysia satu ketika dilihat begitu kuat kerana faktornya aktivis reformasi telah menguasai penyebaran maklumat. Walaupun penguasa memperkudakan sepenuhnya media arus perdana namun ia seolah tidak mampu menahan serangan gerakan reformasi yang menggunakan sepenuhnya penyebaran maklumat melalui kenajuan teknologi maklumat (internet). Penggunaan internet secera optimum pada ketika itu telah meletakkan kita sebagai penyerang, tetapi malangnya kini senario telah bertukar. Kita kelihatan tidak bermaya.

Menginsafi keadaan ini maka Biro Penerangan Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat dengan kerjasama Angkatan Muda Selangor dengan inimenganjurkan satu kursus ke arah mengembalikan penguasaan penyebaran maklumat, seperti berikut ;

BENGKEL SEHARI MEMBINA WEBSITE CARA MUDAH DAN PERANG SIBER
Tarikh : 8 Nov 2003 (Sabtu) / 9 Nov 2003 ( ahad )
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Jalan Kelang Lama, K.Lumpur
Yuran : RM 20 (seorang)

Diakhir bengkel ini peserta akan dipastikan mampu membina website mereka sendiri, bersesuaian dengan salah satu matlamat satu bahagian satu laman web menjelang pilihanraya akan datang. Panduan khas juga akan dibekalkan sebagai ringkasan panduan rujukan untuk melahirkan seorang webmaster.

Bengkel ini terbuka bukan sahaja kepada ahli angkatan muda tetapi terbuka kepada semua pendokong dan penyokong BA / Reformasi.

Kepada yang berminat boleh menghubungi angkatan muda selangor atau terus menghubungi pengerusi biro penerangan angkatan muda, Badrul Hisham (chegubard@freeanwar.com).

Sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini amat diharapkan. Setakat ini penganjur telah menerima banyak email yang menempah tempat untuk bengkel tersebut. Bagi yang berminat boleh menghantar tempahan tempat dengan menghantar maklumat peribadi seperti nama, alamat, pekerjaan, pertubuhan/ bahagian, no. k/p dan no telefon untuk dihubungi. Hantarkan ke alamat email chegubard@freeanwar.com. Siri bengkel seperti ini akan dibuat di seluruh negara.






___________________________
Terbitan : 5 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)