SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UMNO Pembela Agama, Bangsa dan NegaraUMNO pun nak hudud jugak tapi... 1) Islam cara Umno Al Quran untuk dibaca sahaja, bukan untuk diamal dan diletak di tempat tertinggi dalam undang-undang negara. 2) Islam cara Umno... sembahyang no. 2... berenang no. 1... sembahyang no. 2... belanjawan no. 1... Ameno ni tak boleh buat hukum hudud sebab majoriti penyokong dia adalah orang bukan Islam (orang cina, india lah tu..jangan terasa pulak..) PAS boleh buat hukum hudud sebab majoriti orang islam sokong PAS... ...kesian jugak aku kat ameno ni...PAS sensitip tentang perasaan orang islam, ameno tak sensitip perasaan orang islam. Itu lah perbezaan dia. Walaupun ada yang cuba memperlekehkan Dokumen Negara Islam yang dikeluarkan oleh PAS itu sebagai tiada banyak beza dengan BN, kita tertarik dengan pandangan seorang teman: “Sebenarnya, pada peringkat awal ini, boleh diungkapkan bahawa BA itu sama saja dengan BN yang telah ditolak segala kebobrokannya. Dalam bahasa matematik, BA = BN – keburukannya. Dengan itu, rakyat terutama bukan Islam tidak perlu risau tentang kemungkinan dasar negara akan dirombak secara drastik selepas PAS menerajui negara.” Bagi maklumbalas yang benar kepada saya, Bukan membodek saya!...itulah kata-kata Paklah Bedawi yang baru beberapa hari jadi PM. Dalam sejarah perjuangan Umno yang kita pernah baca dan lihat, orang yang berkata benar atau cuba nak menyampaikan yang benar tidak akan diterima oleh jamaah itu. Malah mereka boleh sengsara dan terseksa kerana cuba berkata benar!!! Para ulamak cuba menyampaikan Islam dan ajak untuk muzakarah mengikut tatcara Islam... akhirnya Ulamak dicerca dan dihina. Malah penghinaan ke atas ulamak berterusan hingga kini. Lihatlah ulamak yang cuba benteras maksiat di Selangor tempohari... yang dibenteras oleh Umno ialah ulamak tersebut!!! Lihatlah kepada orang yang cuba 'melaporkan' rasuah di mahkamah. Yang 'terpenjara' ialah orang yang cuba melaporkan. Perasuah bebas dan hidup senang-lenang. Lihatlah mangsa rogol yang cuba mendapatkan keadilan di mahkamah, yang terpenjara ialah mangsa rogol... perogol bersiri itu lepas bebas!!! Banyak lagi kisah perit dan pilu dalam Umno. Jadi, untuk menjadi orang yang berkata benar dalam Umno, perlu banyak Waspada. Dalam Laporan METRO pula kita boleh tengok UMNO atau PAS gadai HAK ISTIMEWA orang MELAYU?? Sejarah MARA ditubuhkan untuk bantu orang Melayu 100% kini apa sudah jadi? mereka tutup MRSM yang penuh dengan orang MALAYU di Terengganu dan apa yang mereka lakukan pula?? inlah kerja orang UMNO!! Dalam Edisi Utara bertajuk "Tambah bukan Melayu di MRSM" Oleh Mohd Rashidi Yusuf menyatakan dua langkah proaktif akan dilaksanakan bagi menambah jumlah pelajar bukan Melayu ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk memenuhi kuota 10 peratus kemasukan mereka tahun depan sepertimana diputuskan sebelum ini. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, berkata sebagai langkah pertama, beberapa MRSM akan dikenal pasti untuk ditempatkan pelajar bukan Melayu sebanyak 30 peratus. Katanya, langkah itu bertujuan mengimbangi jumlah mereka berbanding jumlah pelajar Melayu di beberapa MRSM yang akan dipilih itu supaya pelajar bukan Melayu tidak berasa terpencil dan bersikap negatif untuk bergaul. Tahun lalu, jumlah permohonan yang diterima adalah sedikit dan ada beberapa kemungkinan yang menjadi penyebabnya. “Ini kemungkinan tahun pertama ia ditawarkan di mana maklumat sepenuhnya belum diterima, kedua; memikirkan jumlahnya terlalu kecil memungkinkan mereka merasa sunyi dan pelbagai masalah negatif lain lagi,” katanya. Mohd Nazri berkata, setakat ini kementeriannya belum mengenal pasti MRSM yang akan dipilih untuk dilaksanakan langkah berkenaan kerana pemilihannya mestilah bersesuaian dan ia akan dibincangkan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Chenderoh, berkata pemilihan bukan Melayu juga akan dilakukan dari kalangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sekiranya jumlah kemasukan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan tidak mencukupi. Itu adalah langkah kedua bagi melengkapkan kuota 10 peratus kemasukan bukan Melayu ke MRSM. “Kita harap dengan dua langkah berkenaan jumlah penyertaan bukan Melayu ke MRSM akan menjadi lebih ramai mulai tahun depan,” katanya. Kita nak tanya Datuk Seri Mohd Nazri Aziz balik, mana Melayu kat UTAR & Kolej Swasta yang Nazri sebok cina kurang kat MRSM??? Inikah orang yang ngaku intelek dan cendiakawan dalam omno tetapi sebenarnya merupakan pembodek dan pengampu bangsa asing untuk meraih undi mereka dalam pilihanraya? Dalam omno orang sebegini terus disanjungkah? Orang yang tak kenal muka diri sendiri. Orang macam nilah Pak Lah kena singkirkan. Esok UITM pulak dia bukak pada Cina & India? Apa nak jadi dengan UMNO??? tempat bergantung anak melayu yang susah telah dikurangkan!!! sanggup dia tutup MRSM di Terengganu semata-mata tidak setuju formula pengambilan pelajar - 80% anak Trengganu 20% negeri lain!!! akhirnya dia ambil cina ngan India! Apakah dia partinya yang membela melayu??? dah itu sahaja tempat belajar yang menjadi harapan melayu... kalau kolej ke... sekolah swasta tak apa... ini yang diuruskan MARA! Apa makna MARA??? Kalau nak jaga hati pengundi Cina & India...jangan melampau sangat bagi hak tempat belajar kat bangsa lain, sudahlah tanah rezab melayu digadai... YA ALLAH bukakanlah pintu hati mereka Ini!!! apa yang tinggal untuk melayu lagi??? APA??? Dia pandang hina pada bangsa melayu. Kononnya melayu tu bodoh dsgnya. Adakah melayu kat kampong yang pergi sekolah kerajaan dengan serba kekurangan kau nak banding dengan cara mak bapak kau didik kau? Pada ku orang kampong kalau diberi peluang macam bapak kau nazri dah tentu mereka akan lebeeh berjaya dari kau. Benda baik dan berjasa yang kau boleh buat ialah dengan letak jawatan macam Tun Mahadey tu!!! UMNO terkial-kial kononnya... bela Hak Istimewa orang Melayu! tapi MENGGADAI BANGSA!!! teruk betui.. perangai UMNO!! tuii.. P/S Kita ingat nak mintak BPR siasat sapa orang umno dapat datuk beli lah, sebab dia oranglah banyak sangat dapat datuk, padahal bukan berjasa pada negeri, menghabiskan duit negeri adalah. Khabarnya MB-MB umno semuanya melenting dengan statement Dr Rais. depa kata depa tak rasuah. depa rekomen orang yang nak dapat datuk dengan jujur dan ikhlas...___________________________ Terbitan : 20 November 2003
Diterbitkan oleh : |