Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Debat Dengan Ezam: Satu Propaganda Haprak Khir Toyo.

Insan Menggilai Rasuah (IMR) DS Dr Mohd Khir Toyo diberitakan bersedia untuk berdepan dengan Ezam Mohd.Noor,Ketua Pergerakan Pemuda keADILan sama ada didalam pilihanraya umum ataupun debat terbuka dimana-mana saja lokasi.

Cabaran tersebut tercetus konon sebagai kesediaan Pengamal Rasuah Terkemuka itu untuk mempertahankan kredibiliti Ketua Pergerakan Pemuda Umno Dato Hishamuddin Hussien yang dikatakan tenggelam berbanding dengan kehebatan Ezam.

Khir Toyo Menghina Dato Hishamuddin.

Seorang Exco PP Umno Malaysia,yang dikenal pasti sebagai `hardcore` Hisham menyifatkan cabaran Khir itu sebagai penghinaan kepada PP Umno sendiri. Ujar beliau ketika berbuka puasa bersama penulis di sebuah hotel terkemuka di Ibu Kota: “ Setakat ini PPU Pusat,tidak pernah bercadang untuk berdebat dengan sesiapa pun termasuk Ezam Mohd.Noor. Kami lebih menumpukan usaha untuk memperkasakan PPU bagi menghadapi Pilihanraya Umum dari membuat kerja yang sia-sia .”

Menurut Exco PPU itu lagi,beliau dan sebahagian besar rakan sejawatannya amat tidak menyenangi tindak tanduk Khir Toyo itu. “Sekiranya Dr.Khir ingin mempamirkan kehebatannya mengapa dilibatkan kredibiliti Dato Hisham. Jika Hisham ingin berdepan dengan Ezam sekalipun,dia tidak memerlukan pertolongan Khir barang sedikit.” ujarnya lagi.

Secara terus terang beliau menyifatkan Khir secara simbolik telah memperlekeh-lekehkan kepimpinan Hisham dan PPU sendiri. “ Tidak timbul siapa yang lebih hebat diantara Hisham dan Ezam. Dato Hisham tetap hebat dikacamata ahli-ahli pemuda Umno.Manakala Ezam juga hebat jika ditanya kepada penyokong-penyokongnya.Membandingkan kehebatan mereka berdua adalah satu penghinaan kepada Hisham !” tegasnya dalam nada yang sedikit geram.

Apabila penulis mengemukakan pandangan bahawa `cabaran` Khir terhadap Ezam itu adalah sebagai salah satu agenda mempromsikan dirinya sebagai `hero` dalam usaha untuk merampas kerusi KPPU dari Dato Hisham,ternyata Exco PPU itu sependapat dengan penulis. “ Jika itu maksud Khir,dia hanya memperbodohkan dirinya sahaja. Berdepanlah secara `gentleman` dengan Hisham,mengapa harus libatkan orang lain ? Saya percaya Ezam sendiri tidak akan merelakan dirinya diperalatkan oleh budak hingusan itu.”

Pengamal Rasuah Terkemuka Yang Bakal Di singkirkan Pak Lah.

Sememangnya sejak kebelakangan ini,lebih-lebih lagi dalam menghadapi suasana peralihan pimpinan dari Mahathir kepada Pak Lah,Pengamal Rasuah Terkemuka itu dibaluti kegelisahan dan tidak ketentuan arah.Gerakan dalam Umno Selangor yang berhasrat untuk menghambat Khir dari kerusi MB bukan lagi sekadar berbisik-bisik tetapi sudah terang-terangan. Pak Lah sendiri difahamkan hanya mampu bermanis muka sahaja apabila berdepan dengan Khir ,sedangkan ditangan bakal PM itu sudah ada senarai beberapa orang calon bagi menggantikan Insan Menggilai Rasuah itu.

Lihatlah betapa terdesak dan munafiknya Khir,apabila di menganggap Ezam hanya berfokus kepada memperjuangkan `individu` yang telah dihukum oleh mahkamah dan hakim paling adil.Walhal seluruh rakyat jelata termasuk ahli-ahli Umno sendiri mengakui mantan TPM Anwar Ibrahim telah dizalimi oleh Mahathir dengan konspirasi paling terkutuk.Malah di Selangor sendiri masih ramai ahli Umno yang bersimpati kepada Anwar ,cuma mereka tidak berani menyatakannya secara terang-terang kerana takut dimamah` puaka` Mahathir.

Kini Mahathir hanya menuggu saat untuk tidak lagi menjadi `puaka` yang ditakuti oleh ahli-ahli Umno keseluruhannya.Hanya manusia yang korup,pembodek dan pengecut seperti Khir Toyo saja yang masih mengimani dan tertambat kepada kesaktian puaka itu. Al-maklum sahaja,selama lebih tiga tahun Khir Toyo telah mendapat perlindungan mutlak dari Mahathir didalam hobinya membaham rasuah dan merompak harta rakyat Selangor.

Jika benar Pak Lah akan memulakan tugas rasminya sebagai PM dengan mengutamakan misi membasmi rasuah,maka Khir Toyo yang telah mencebak RM Ratusan Juta Hasil Rasuah sudah pasti akan tersenarai sebagai `Top Ten` untuk berdepan dengan misi yang amat menggerunkan itu.

Walau diberitakan Pengamal Rasuah Terkemuka itu telah mula memindahkan hasilan rasuahnya kedalam akaun diluar negara termasuk membeli ribuan hektar tanah di Riau dan Medan Indonesia ,itu bukan jaminan untuk dia terselamat,sekiranya Pak Lah benar-benar mengkotakan janjinya kepada rakyat.

Ezam Pejuang Rakyat,Khir Toyo Pejuang Rasuah.

Meskipun penulis bukanlah pengkagum kepada Ezam, tetapi seperti kebanyakan ahli Umno lain yang masih waras,penulis masih mampu menilai mana satu pejuang rakyat dan mana satu pula pengkhianat rakyat.

Memang benar seperti dakwaan Khir yang korup,bahawa Ezam adalah seorang pencetus huru hara yang telah menjalani deraan ISA dan sedang menunggu keputusan untuk menjalani hukuman terhadap puluhan kes yang didakwa keatasnya. Khir Toyo bukanlah orang yang pertama mewar-warkan tohmahan itu,dia hanya salah seekor dari ratusan kakak tua peliharaan Mahathir yang diajar dan di asuh menuturkan temberangan itu.

Temberangan tersebut sebenarnya hanya berjaya memukau segelintir manusia yang telah dikurung pemikiran mereka dibawah tempurung kezaliman kerana mengejar keperluan pengisian perut semata-mata,tetapi tidak berjaya sama sekali untuk memperdayakan ramai lagi manusia yang masih berpegang teguh kepada kemurnian Islam,keadilan dan kebenaran.

Bukan sekadar umat Melayu Islam dan non-muslim dinegara ini,malah warga dunia yang menganut pelbagai agama dan budaya tidak pernah berkompromi dengan kezaliman ISA serta hukuman terhadap Anwar,Ezam dan penegak-penegak keadilan serta kebenaran yang lain.Hanya Khir Tonyok dan gerombolan yang sekiblat dengannya masih berdegil untuk mengakui hakikat tersebut.

Ezam mungkin akan terpenjara tetapi `agenda` yang diperjuangkannya adalah murni dan hebat. Anak muda bersemangat waja itu,sebagaimana mentornya yang masih terkurung di penjara Sungai Buluh amat komited memperjuangkan hak rakyat dan membenteras rasuah. Berbeza dengan Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka yang juga amat komited; memperkosa hak rakyat dan membaham rasuah,semazhab dengan Rahim Tamby Chik,Rafidah Aziz,Ali Abul Hassan,Daim Zainuddin,Khalil Yaakub,Mohmmad Taib dan` ratusan lagi perasuah-perasuah teruk`ternakan Mahathir yang sudah pasti akan cabut untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Seperkara yang mungkin Khir Toyo tidak tahu ; Ezam juga adalah keturunan etnik Jawa seperti Khir,tetapi barangkali latar belakang leluhur kedua-duanya ditanah seberang itu berbeza. Menurut apa yang pernah penulis dengar sejak lama dulu,susur galur Ezam disebelah ayahnya ada kaitan dengan Sunan Kalijaga salah seorang dari wali terkemuka dalam kelompok Wali Songo yang tersohor.Jika itu ada kebenarannya,maka tidak hairan jika Ezam mewarisi semangat perjuangan murni leluhurnya.

Pengamal Rasuah Terkemuka itu yang begitu pekat dengan `Kejawaannya` sehingga merimaskan pimpinan Non-Javanese Umno Selangor,apa pula strukutur susur galurnya?Mungkin leluhurnya juga pejuang agama ,tetapi jika dilihat dari tindak tanduk Khir ketika ini,sudah tentu leluhurnya akan melaknati Khir kerana kebejatan yang ada pada Insan Menggilai Rasuah itu kecualilah leluhurnya pun sama `bejat dan bobrok` !

Kesiannya Khir Toyo ! jika terlalu gilakan publisiti haprak sekali pun,mengapa dipilih Ezam sebagai `saingan` debat,carilah mana-mana ketua Pemuda BA di peringkat cawangan kerana itu sudah memadai untuk memberi pukulan maut buat YAB ! Ezam hanya layak untuk berdebat dengan Mahathir atau Pak Lah sahaja ! bukan dengan `budak hingusan penggila rasuah` seperti YAB !

Fikir-fikirlah sedikit sambil berkemas-kemas apa yang patut dikemas YAB ! Jangan persia-siakan kemuliaan Ramadhan dengan khayalan karut !

Orang Dalam.






___________________________
Terbitan : 6 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)