Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Signboard PAS yang tidak bernasib baik



Ni la..antara signboard PAS yang tidak bernasib baik menjadi mangsa kekejaman Puak yang takut sangat dengan kebangkitan PAS di Selangor ni..Agak-agak siapa la punya kerja ni..sape lagi..kalau bukan Puak yang Anti sangat dengan PAS ni.

Ape la salah signboard tu..cuma kaku membisu,menabur khidmat namun fungsinya cukup menggerunkan puak yang lagi satu tu. Bagi mereka signboard ni merupakan mimpi ngeri buat mereka Wujudnya cawangan PAS di satu-satu tempat tu bermakna tumbuh lagi satu kekuatan yang akan menggugat mereka.

Pengaruh BA,makin baik dari masa ke semasa, kalau lah PAS ada peluang melaksanakan segala Program tanpa halangan dah lama berkubur Puak tu.

Walupun dengan saluran yang terhad,kita masih mampu menggugat mereka,dari segi jentera,mereka memang tak mampu menandingi semangat BA,Bagi PAS segala program menggunakan harta milik Parti termasuk Dewan & Markas, tapi bagi Puak tu, walupun memiliki Bangunan yang tersergam di tengah˛ bandar Shah Alam, namun program mereka tetap menggunakan hak orang ramai.

Mereka bebas menggunakan dewan orang ramai,dewan MBSA dan Masjid untuk menggerakkan program mereka..satu sifat pengecut..lagi BACUL yang mereka tunjukkan...

Gambar signboard ini diambil sekitar Shah Alam,kebangkitan Biarlah..sementara mereka ada kuasa,bagi kami di sini, walaupun pelbagai gangguan, selagi boleh, kami akan sabar, kami tidak membalas perbuatan mereka walaupun Bendera parti diturunkan, Signboard cawangan di conteng..kami tidak akan membalas apa yang mereka lakukan,biarlah ALLAH sahaja membalas perbuatan mereka

Namun Lawan Tetap Lawan...
Demokrasi tetap menjadi pilihan

PEMUDA SHAH ALAM









___________________________
Terbitan : 5 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)