Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Seragam undang-undang sivil dan syariah

assaalamualaikum wmb.

Pertama sekali kita perlu melihat secara keseluruhan ke dua bentuk undang undang tersebut. Undang undang sivil adalah berdasarkan kepada undang undang British, manakala undang undang syariah adalah cedokan daripada undang undang sivil dan piagam madinah yang di sesuaikan untuk di pakai oleh umat Islam di Malaysia. Malah yang menderaf undang undang keluarga Islam itu adalah Jabatan Peguam Negara yang tidak mempunyai pakar yang khusus dalam bidang syariah. Sudah tentu ianya amat longgar dan bercanggah daripada apa yang di tuntut oleh Al-Quran dan Hadith! Malah bahasanya ada yang cedok bulat bulat daripada bahasa Inggeris.

Keduanya kita mesti melihat perbedzaan kuasa atau bidang kuasa kedua-dua mahkamah. Terdapat banyak undang undang keluarga Islam yang bidangkuasanya tidak boleh di dengar dan di adili di Mahkamah Sivil. Persoalannya bolehkah peguam Zahid Ibrahim mencabar hak undang undang hudud di Mahkamah sivil sedangkan mahkamah tersebut tidak mempunyai kuasa untuk mendengarkan kes yang berhubung dengan undang-undang Islam? Apakah peruntukan di dalam perlembagaan persekutuan membenarkan atau membolehkan ianya untuk di dengarkan. Kita jangan terlau di perbodohkan orang orang macam Zaid Ibrahim!

Malah selagi manapun saya tetap mengatakan kedua undang undang tidak akan dapat di seragamkan. Ini adalah kerana satunya undang undang Tuhan dan satu lagi undang undang bikinaan manusia. Manakan sama yang hak yang telah di perturunkan untuk di pakai bagi seorang Islam? So whats Zahid Ibrahim you hendak mempertikaikan undang undang hudud yang hendak dilaksanakan oleh Trengganu. Ianya bukan undang undang HUDUD PAS sepertimana yang telah di cap oleh Mahathir. Tunjuk ijazah kamu dulu dalam perundangan Islam sebelum kamu mencabar tentang undang undang Islam!

Pun, bagi undang undang keluarga dan penjagaan kanak kanak undang undang sivil itu sendiri telah di cedok daripada perundangan Islam dari segi perlaksanaanya. Contohnya bagi yang hendak bercerai mestilah merujuk kes mereka kepada pihak tribunal perkahwinan terlebih dahulu dan kalau tribunal tidak berjaya menyelesaikan dengan bukti surat daripada pihak tribunal barulah permohonan percerai boleh di bawa ke Mahkamah sivil. Begitu juga kuasa mahkamah syariah tidak mempunya bidang kuasa untuk mendengarkan hak penjagaan dan nafkah anak yang di luar taraf atau anak yang tidak sah taraf ( anak luar nikah ). Sebaliknya ianya mesti mendapat perintah sah taraf dahulu daripada mahkamah tinggi bilamana hendak membuat tuntutan hak jagaan dan nafkah anak di mahkamah syariah. Malah kedua dua perintah ini pernah bertembong ke sahihannya bila mahkamah sivil menolah perintah mahkama syariah. Ingatlah kes kes seumpama ini di akhbar dulu. Terutama kes anak cina yang telah memelok Islam......

Kemudian kuasa mufti yang selama ini berdiam sebagai tempat rujuk tentang hukum hakam Islam membuatkan public bertanya apa kerja mufti sebenarnya, adakah setiap bulan tandatangan untuk dapat gaji sahaja? Kecut dan penakut hendak menyatakan hak Islam sebenarnya!

Ini adalah contoh contah kecil yang saya bawakan untuk renungan, kajian dan penghayatan kerana ianya melibatkan diri kita sebagai seorang muslim. kalau hendak selaraskan tentang bentuk hukuman, tak payahlah kerana itu bukan undang undanag Islam. patutkah undang undang sivil di kahskan untuk bukan Islam dan undang undang undang syariah malaysia untuk orang Islam malaysia? Atau orang Islam malaysia kena pakai kedua undang undang sepertimana sekarang? Mengapa UMNO mesti kalut dengan perlaksanaan hudud ini hanya kerana pilihanraya mendatang?

wasalam

r_rahman.pg






___________________________
Terbitan : 14 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)