SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun RM 9500000.00 (RM 95 juta ) DUIT NEGARA DIGUNA UNTUK HANTAR SEORANG ANGKASAWANRM 9500000.00 (RM 95 juta ) DUIT NEGARA DIGUNA UNTUK HANTAR SEORANG ANGKASAWAN 28 Oktober 2003 yang lalu selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu Program Angkasawan Negara, Najib Tun Razak telah mengumumkan penggunaan wang negara sebanyak RM 95000000.00 untuk menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas. Angkatan Muda tidak menghalang dan tidak menafikan kemungkinan wujud keperluan dalam menghantar angkasawan tersebut. Namun kami menuntut satu kajian serius sebelum perbelanjaan yang amat besar wang rakyat digunakan untuk satu projek mega yang dilihat kurang memberikan kesan kepada rakyat terbanyak. Jumlah wang tersebut jika digunakan sebaiknya mampu untuk menanggung kos pengajian penuntut - penuntut di Institut Pengajian Tempatan secara percuma. Dengan ini akan lebih memberi peluang ramai rakyat Malaysia yang kurang mampu untuk mendapat hak melanjutkan pelajaran. Abdullah Hj Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia yang baru seharusnya meneliti perkara ini kerana ia berkemungkinan menjadi satu lagi projek pembaziran wang rakyat. Beliau sendiri pernah mengkritik projek dan program mega yang membazirkan wang rakyat sedangkan minda rakyat Malaysia sendiri tidak maju dan setaraf dengan minda negara mundur. TNB DI TUNTUT UNTUK MENURUNKAN KADAR TARIF ELEKTRIK Pada 28 Oktober 2003 yang lalu Pengerusi Tenaga Nasional Berhad telah mengumumkan keuntungan RM 1,720,000,000.00 ( RM 1.72 bilion). Keuntungan berdasarkan laporan prestasi kewangan TNB tahun lepas dari Ogos 2002 hingga Ogos 2003. Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pencapaian tersebut. Namun kami mendesak agar keuntungan tersebut turut dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia yang menjadi sumber pendapatan dan pengguna setia TNB. Kami menuntut Tarif Elektrik khususnya bagi kegunaan domestik dikaji semua untuk diturunkan sebagai menghargai dan berkongsi kejayaan sebuah syarikat Malaysia. Semasa kegawatan ekonomi yang lalu TNB turut mengalami kesan dan demi mengelakkan kerugian TNB telah menaikkan kadar tarif elektrik. Namun mengikut kenyataan TNB dalam laporan yang sama juga TNB kini telah kembali kepada prestasi kewangan seperti sebelum krisis kewangan 1997/1998. Maka dengan itu wajarlah taktif ini dikaji semula. TNB sebagai sebuah syarikat kebanggaan negara tidak seharusnya bersikap apabila rugi melihat kepada rakyat untuk diperas tetapi apabila untung langsung tidak melihat rakyat untuk berkongsi kejayaan tersebut. Paklah sebagai perdana menteri baru seharusnya melihat ini dengan serius. Kekayaan negara harus dikongsi bersama. BADRUL HISHAM SHAHARINKETUA PENERANGAN ANGKATAN MUDA MALAYSIA PARTI KEADILAN RAKYAT
Diterbitkan oleh : |