SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pak Lah Jangan Biarkan Orang-Orang Ini - Ust Shahril LongPantai Kundor, 7 Nov. - Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, diingatkan supaya mengambil tindakan segera dan jangan membiarkan 3 orang yang telah terkenal merosakkan dan menyesatkan aqidah umat Islam. "Pak Lah sebagai anak seorang tok guru, dan cucu tok wali, mesti mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka", tegas Ustaz Shahril Long, ketika berceramah di markas PAS MTD Pantai Kundor malam tadi. Mereka adalah; Kassim Ahmad, Astora Jabat dan Farish Noor. Kassim Ahmad adalah pengasas kepada gerakan anti-hadis di Malaysia, dan pernah menuduh nabi Muhammad saw sebagai berdosa dan melanggar hukum Allah apabila berkahwin lebih dari 4 orang. Sedang, kata Ustaz Shahril Long, terdapat ayat dalam al-Quran yang menyatakan bahawa terdapat perkara-perkara yang dikhususkan kepada nabi (Muhammad saw), tetapi tidak boleh kepada umatnya. Gerakan anti-hadis yang diasaskan beliau telah diharamkan di Malaysia, tetapi agak pelik, pengasasnya masih tidak diambil sebarang tindakan. Astora Jabat juga baru-baru ini mengeluarkan kenyataan di akhbar Utusan Malaysia yang menafikan siksa kubur. Dan apabila diterangkan kepadanya ayat al-Quran yang membuktikan ada siksa kubur, beliau menolak sambil menyatakan ia adalah ayat yang tidak muktamad. Begitu juga Farish Noor yang telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Rasulullah saw, apabila menuduh baginda berzina dengan 15 wanita. Kesemua individu yang tersebut selama ini telah mendapat suatu perlindungan dan 'lesen besar' untuk terus menyeleweng aqidah masyarakat Islam di negara ini. "Sekiranya Pak Lah seorang yang sayangkan Islam, saya pinta beliau bertindak keras kepada mereka ini" kata Ust Shahril lagi. Ust Shahril berkata, amat sayang sekali dibulan puasa ini, ramai yang melipatgandakan amalan. Ada yang berebut-rebut ke Mekah untuk mendapatkan ganjaran berpuasa di tanah suci. Namun apabila kembali ke Malaysia, mereka tidak menyokong perjuangan Islam, menolak dan mempertikai hukum hudud dan tidak percaya bahawa hudud adalah sebagai penyelesaian kepada masalah. Orang-orang ini kata beliau, dalam surah Al-A'raf - ayat 40, menyatakan mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah (yang juga berupa hukum-hukum dalam al-Quran) dan berlaku sombong pula terhadapnya (terhadap tuntutan melaksanakannya) maka tidak dibuka pintu-pintu langit (bermakna tidak diterima doa dan amal mereka oleh Allah). Mereka tidak akan dimasukkan ke syurga. Dan di ayat yang selanjutnya (ayat 41), menyatakan bahawa golongan ini akan terkepung dalam api neraka. Beliau juga menyelar tindakan Peguam Negara yang mencabar kesahihan kanun hukum Hudud Terengganu dan tindakan saman oleh Zaid Ibrahim, seorang peguam Umno. Mereka ini adalah orang-orang yang cuba untuk memastikan hukum hudud tidak dijalankan di negara ini, dan tunggulah di hari akhirat nanti, Allah pasti akan membalas perbuatan mereka itu. Mengambil iktibar daripada perang Badar, yang berlaku dalam bulan Ramadhan, Ust Shahril berkata, terdapat 3 pengajaran besar yang boleh dijadikan panduan dan renungan semua. Yang pertama, golongan yang sedikit tidak mustahil untuk mengalahkan golongan yang besar dan kuat, sekiranya mereka benar-benar bertakwa kepada Allah. Contoh ini juga ditunjukkan Allah dalam peristiwa Nabi Daud membunuh Jalud dan mengalahkan puaknya, di mana pasukan tentera Thalud yang disertai Nabi Daud juga tidak ramai. Oleh itu, beliau menasihatkan orang PAS supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah, kerana itulah yang menjadi penyebab besar kepada kemenangan, walaupun PAS ternyata kurang dari segi kekuatan fizikal berbanding Umno yang menggunakan segala prasana kerajaan pemerintah. Kedua, peperangan antara yang hak dan batil melangkaui hubungan kekeluargaan, di mana dalam perang Badar terdapat sahabat yang terpaksa berlawan dengan ayahnya sendiri yang musyrik dan menentang tentera Islam. Oleh itu, beliau menasihatkan semua ahli PAS memastikan keluarga mereka tidak terjerumus kepada kesesatan yang dibawa oleh Umno. Beliau menegur segelintir ahli PAS yang tidak berusaha membawa ibubapa mereka yang pekat Umno kepada PAS. "Selamatkanlah ibubapa dan kaum keluarga kita. Kita mesti menyampaikan risalah kebenaran kepada mereka dengan hikmah. Ini adalah penting kerana kita tidak mahu mereka mendapat masalah diakhirat nanti" ujar Ust Shahril. Ketiga, orang yang menentang Islam secara paksa juga berdosa. Dalam peperangan tersebut juga terdapat golongan yang telah dipaksa berperang menentang Islam oleh musyrikin Mekah. Golongan ini adalah mereka yang tidak berhijrah ke Madinah, walaupun mereka telah Islam secara diam-diam. Apabila dipaksa, mereka telah berperang dipihak musyrikin. Di antara mereka ada yang terbunuh dan akibatnya mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Diterbitkan oleh : |