SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ali Rustam ambil alih juara dunia MelayuOleh Subky Latif DEMI merealisasikan konsep Melayu Baru, muncul Tan Sri Muhamad Mohd Taib menjadi pemimpin Melayu dunia. Sesudah tidak menjadi Menteri Besar Selangor, pemimpin Melayu dunia meniru gaya Kulup Kecil mengira wang mengikut kilo itu, menumpukan peluang bagi mengekalkan kedudukan dalam UMNO selepas era Dr. Mahathir. Tetapi ia kurang mendapat perhatian dari pemimpin Melayu dunia. Maka sejak tahun 2000 Dato' Seri Ali Rustam pula berminat untuk menjadi ketua Melayu dunia. Hujung September hingga awal Oktober baru-baru ini wakil orang-orang Melayu dari serata dunia bertemu di Melaka dalam apa yang dipanggil Konvensyen Melayu Dunia Melayu Islam. Sekretariat khas DMDI kini berpusat di Melaka dan Melaka akan jadi pusat pertemuan Melayu dunia selepas ini. Mungkin dunia Melayu Muhamad Mohd Taib akan dikekalkan juga. Jika ia kekal, maka ada dua ketua Melayu dunia di Malaysia. Seorang bernama Muhamad Mohd. Taib dan seorang lagi Ali Rustam. Ali Rustam nampak lebih menunjul kerana dia tidak sekadar bercakap tentang Melayu sedunia saja, tetapi lebih selektif iaitu menarik Melayu Islam. Melayu Madagaska, sebahagian dari Melayu Bali, antara Melayu Dusun, Melayu yang syirik dan fasik sudah tentu terkeluar dari kumpulannya. Kalau kedua-duanya bertanding untuk merebut pengaruh, maka Ali Rustam hanya tertumpu kepada Melayu Islam, sedang Muhamad Mohd Taib mendapat perhatian semua jenis Melayu. Bagaimanapun dari sentimennya, Melayu yang dipimpin oleh Ali Rustam boleh menarik perhatian kerana Melaka adalah sumber awal keagungan Melayu. Tanpa Melaka dan Hang Tuah mungkin Melayu tidak terkenal di dunia. Tunku Abdul Rahman Putra dan UMNO menjelang kemerdekaan Malaya atau Tanah Melayu, dengan semangat Melayu yang berkobar-kobar juga melihat Melaka sebagai sumber sentimen Melayunya. Begitu banyak negeri dan bandar di Tanah Melayu, UMNO dan Tunku memilih Melaka sebagai tempat orang Melayu berhimpun menyambut kejayaan rombongan merdeka di London. Tunku dan Dato' Gantang disambut berpuluh ribu orang di Melaka. Mereka datang dari seluruh negara. Mereka memilih Melaka kerana di Melakalah kononnya sejarah dan pusat sumber Melayu yang asal. Antara pelopor awal komunis Melayu di Alam Melayu yang berdarah Indonesia sebelum kemerdekaan Indonesia menggunakan nama samaran Tan Melaka. Sudah tentu Tan Melaka memilih nama Melaka dalan nama masyhurnya itu adalah untuk menunjukkan keagungan darah Melayunya. Seolah-olah tidak lengkap Melayunya kalau tidak dikaitkan dengan Melaka. Memang ada satu masa dan kadang-kadang sekarang, terasa orang dari Melakalah orang yang dikira pekat Melayunya. Orang dari negari lain dikira orang Melayu biasa saja. Pendek kata bagi bangsa Arab, kabilah yang terbilang ialah Qusaisy. Bagi Melayu ialah Melayu Melaka walaupun mereka sudah tidak ada raja. Sekalipun Majapahit, Palembang dan Aceh pernah menjadi empayar gagah di alam Melayu, tetapi orang tidak mengira dan tidak mengaitkan sangat kerajaan dan keagungannya dengan peradaban Melayu. Sentimen Melayu itu dikira dari keagungan Melaka itu sendiri. Dan kemunculan Lasamana Hang Tuah sebagai wira Melayu cuikup membanggakan orang Melayu. Walaupun ada Tunku Abdul Rahman, Ghafar Baba dan Dr. Mahathir, maka Hang Tuah juga diingati orang. Dr. Mahathir yang dikira wira dunia ketiga bukan saja terkenal menjadi pemimpin orang Melayu, malah berjaya menggantikan Tarzan sebagai orang bukan kulit hitam menjadi pemimpin kepada orang kulit hitam di Afrika, belum tentu dalam jangka panjangnya boleh kekal seperti Hang Tuah. Hang Tuah bukan dikenali sebagai pahlawan dan pendekar saja, tetapi memukau hati nurasi orang Melayu dengan kata-kata berhimatnya iaitu "Takkan Melayu hilang di dunia". Menakala Dr. Mahathir, sekolah berbahasa Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa negara pun tidak dipertahankan. Semngat 'takkan Melayu hilang di dunia' inilah yang menjadi sumber inspirasi meneruskan nasionalisma Melayu zaman berzaman. Di sinilah kekuatan Melayu dan disinilah kekuatan Ali Rustam menggunakan Melaka ssebagai pengkalan untuk menggilap keagungan Melayu itu. Usaha dan inspirasi Ali Rustam itu kira-kira berjaya membuktikan kata-kata Hang Tuah terus laku. Walaupun sudah beratus tahun, tetapi Hang Tuah dan 'takkan Melayu hilang di dunia', terbukti betul orang Melayu masih ada di dunia. Walaupun orang Melayu di Malaysia tidak begitu dikenali sangat sebagai orang Melayu lagi, tetapi masing-masing sudah menjadi bangsa Malaysia, tetapi Melayu tetap ada di luar Melaka seperti di Seri Langka, di Afrika Selatan, Madagaskar dan lain-lain. Sekalipun gara-gara kesan kemerdekaan separuh masak yang dicapai oleh UMNO, telah dilihat betapa Melayu di Melaka sudah tidak kukuh lagi, dan Melaka bukan lagi kubu kekuatan Melayu, tetapi Malayu tetap ada di dunia, kalau tidak di Melaka, mereka ada di Timur Tengah, Afrika Selatan dan lain-lain. Sah Melayu takkan hilang di dunia, tetapi tidak mustahil di Melaka ia akan kehilangan. Ali Rustam cuba menumpang orang Melayu di dunia sebagai usaha nama Hang Tuah dan Melaka terus dikenali, kerana tanpa Melayu di seluruh dunia, Hang Tuah dan Melayu mungkin akan jadi sseperti Kibti dan Babylon, ada nama tetapi tiada orang dan negeri. - zs
Diterbitkan oleh : |